Monday, May 11, 2009

Salam Perkenalan Dari Kami Di SEBC

Kami ingin menghulurkan salam perkenalan dan mencari keahlian daripada seberapa ramai yang boleh. Kami adalah sebuah kelab yang dikenali sebagai SEBC (Simple Easy Biker's Club) yang berpengkalan di Taiping, Perak dan mula ditubuhkan pada bulan april yang lalu.
Kami membuka ruang yang cukup luas kepada sesiapa sahaja yang ingin bersama kami memperkembangkan minat, bakat serta semangat bekerjasama sebagai sebuah pasukan yang mantap. Kami tidak terlalu memilih asalkan sahaja kita mempunyai minat yang sama iaitu minta terhadap motosikal atau apa sahaja aktiviti yang berkaitan dengan motosikal. Kami tidak menghadkan jenis motosikal anda samada ianya dari jenis skuter,cub, easy-ride, superbike, sport-bike, klasik atau apa sahaja asalkan ia adalah sebuah motosikal. Bagi anda yang belum mempunyai motosikal, jangan bimbang kerana anda juga boleh menyertai kami asalkan saja anda mempunyai minat terhadap motosikal atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengannya.
Kami mengamalkan prinsip yang cukup mudah selaras dengan motto kami iaitu "simple bike easy ride". Kami tidak menghadkan jantina anda, sesiapa sahaja boleh menyertai kami. Kami hanya ingin menjadikan SEBC sebagai sebuah platform untuk kita sama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti berkonvoi, menganjurkan program-program amal dan kemasyarakatan sebagai salah satu tanggungjawab sosial SEBC.
Tak kenal maka tak cinta.... Marilah kita membina sebuah persahabatan dan persaudaraan melalui sebuah kelab- SEBC. Kepada anda yang berminat untuk bersama kami silalah berhubung dengan perantara-perantara kami:

Sdra. Rahim - 0195976811(Presiden)
Sdra. Mukther Rizam - 019-5219292 (Timb. Presiden)
Sdra. Saad - 0175440023 (S/U)

"SiMpLE BiKe EaSY RiDE"