Wednesday, November 18, 2009

BEREHAT SEKETIKA

Saya ingin memaklumkan kepada semua ahli SEBC dan juga para pengunjung laman blog SEBC ini bahawa saya akan berehat seketika dari pengendalian laman blog ini iaitu bermula dari 22hb. November, 2009 sehinggalah ke 23hb. Disember, 2009. Seperti biasa saya akan masuk kelas pengajian saya di Sg Petani.
Jika saya mempunyai masa yang terluang, maka saya akan cuba memberikan apa-apa input baru ke dalam laman blog ini. Kepada semua ahli SEBC, teruskanlah mana-mana aktiviti yang telah dirancang walaupun tanpa saya dan saya memberikan sepenuh sokongan kepada anda semua.
Untuk makluman awal, Pakyeh akan mengadakan korban (3 ekor lembu) pada Hari Raya Korban yang pertama, Pakleh akan mengadakan korban pada raya yang kedua. Sebelum itu kita ada gotong-royong mengecat surau (sila rujuk dengan Abg Saad).

Sekian, terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

PERJUMPAAN AHLI-AHLI SEBC

SEBC akan mengadakan satu perjumpaan sebagaimana ketentuan yang berikut:

Tarikh : 20hb. Nov 2009 (Jumaat)
Masa : 09.00 malam
Tempat : Kedai Geegoluck
Agenda : Perbincangan Konvoi ke Perlis

Semua ahli SEBC diminta hadir.

Terima Kasih

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Tuesday, November 10, 2009

PROGRAM RIADAH SEBC

SEBC ingin memaklumkan bahawa satu program riadah akan diadakan sebagaimana ketentuan yang berikut:

Tarikh : 15hb. Oktober, 2009 (Ahad)
Masa : 07.00 pagi
Tempat : Padang Esplanade
Pakaian : Baju T dan seluar trek
Fasilitator : Kapt. Zartamin B Awaludin (Pertahanan Awam)

Semua ahli SEBC diminta hadir.

Sekian, terima kasih.
simple bike easy ride

"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Monday, November 2, 2009

JAMUAN DI RUMAH MAN DS & MAJLIS HARI JADI ANAK ZAMAN


























AHAD . 31hb. Oktober, 2009- Man DS dan Zaman telah mengadakan majlis jamuan dan juga majlis hari jadi anak kembarnya pada jam 9.00 malam di rumah mereka di Taman Saujana Jaya, Assam Kumbang. Majlis pada jam 9.00 malam itu telah dikhaskan untuk ahli2 Kelab SEBC bagi memberikan ruang masa yang cukup panjang kepada ahli2 untuk beramah mesra. Ahli2 SEBC telah meluangkan masa sehingga jam 12.00 tengah malam di rumah mereka.

Keseluruhan ahli keluarga SEBC ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua keluarga yang telah sudi menjemput kami dan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan beroleh keberkatan dan kerahmatan hidup di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya kami datang bagai sebuah keluarga yang sentiasa kasih-mengasihi di antara satu sama lain. Terima kasih kepada semua.

simple bike easy ride "KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"