Sunday, January 31, 2010

GALERI KURSUS LATIHAN ASAS MARSHAL SEBC TAIPING - TASIK BANDING - BUKIT BUNGA, KELANTAN 2010


suasana pada awal pagi di perkarangan Balai Polis Simpang



4X4 Rescue Team SEBC


anggota polis Balai simpang membantu Che Mat memperbetulkan vest


sesi perasmian di dalam Bilik Mesyuarat Balai Simpang



ahli2 tekun mendengar ucapan OCS


OCS bertanyakan sesuatu kepada Timb. Presiden SEBC


Timb. Presiden menyampaikan cenderahati kepada Tuan OCS, SM Saad B Mokthar



ahli2 Zon Taiping bergambar beramai2 sebelum upacara pelepasan oleh Tuan OCS


seorang lagi ahli baru- Mejar (B) Rahman


Zaman selaku Ketua Marshal memberikan taklimat sewaktu di Padang Rengas



konvoi berhenti di Lenggong


barisan motosikal sewaktu di Lenggong


SEBC tiba di Gerik


taklimat Presiden di Gerik


saya bersama Abg Tamin di Puncak Titiwangsa


wa are brothers


tiba di Bukit Bunga, Jeli


berbincang apa nak beli kot..


di Tasik Banding sewaktu balik


saya bersama Pakyeh


Tasik Banding yang indah di waktu senja


sesi brainstorming


semua ahli memberikan pendapat dan pandangan masing2


mendengar dengan teliti merupakan satu aspek yang amat penting


kalau ada sebarang kesilapan, kita tegur-menegur dan cuba memperbetulkannya


happy...


bagai aur dengan tebing



kami bersedia untuk aktiviti seterusnya!


kami sedia berkorban untuk misi dan visi Kelab kami..


mengisi minyak di Gerik sewaktu balik


singgah makan di Tasik Raban


tiba di R&R Bukit Gantang


bacaan doa penutup oleh Tn Hj Bakar atau Paklang



semoga Allah memberkati segala usaha kami


inilah keakraban kami..selamat berpisah di sini

SEBC dengan jayanya telah menyelesaikan Kursus Asas Latihan Marshal bagi fasa 1 pada 30hb. Januari, 2010. Kursus yang telah dirancang pada penghujung tahun 2009 itu akhirnya berjaya direalisasikan pada awal tahun 2010. Kursus fasa 1 ini adalah bertujuan untuk melatih ahli2 Kelab sebagai Marshal yang akan membantu pergerakan-pergerakan konvoi yang dianjurkan oleh SEBC sendiri ataupun daripada jemputan pihak-pihak luar yang semakin berminat untuk mendapatkan khidmat SEBC sekarang ini.

Majlis perasmian dan pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh Ketua Polis Balai Simpang iaitu Yang Setia SM En Saad B Mokthar. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh bermakna ini amat berharga sekali buat kami di mana SEBC telah menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak PDRM khususnya warga Balai Simpang. Ini adalah lanjutan daripada penyertaan ahli2 SEBC sebagai Rakan Cop yang dibuat semasa sambutan tahun baru SEBC di Taman Kaya akhir tahun lalu yang juga disempurnakan oleh SM En. Saad B Mokthar.

Konvoi telah bergerak pada jam 8.10 pagi dan kemudian telah bersatu dengan group Zon Kuala Kangsar dan akhirnya bercantum dengan group Penang di Gerik. SEBC telah mencuri perhatian peminat2 motosikal di Gerik apabila puluhan pemilik motosikal telah bertemu di Stesen Minyak Petronas. Saya sempat memberikan brousher SEBC kepada seorang peminat motosikal di sana. Jumlah keseliruhan motosikal SEBC di Gerik ialah 21 buah dengan 1 unit 4X4.

Kami meneruskan perlanan dan singgah makan tengahari di kawasan R&R Sungai Lengay. Boleh tahan harga makanan di situ.. maklumlah tengok group motor datang. Selepas itu kami terus ke Bukit Titiwangsa untu melakukan solat jemaah jamak dan qasar bagi waktu zohor dan asar. Selesai solat, kami terus mengisi minyak di Jeli. Satu lagi brousher diberikan kepada seorang peminat motosikal di sana. Alhamdulillah sepanjang perjalanan dari Bukit Bunga kami telah di'escort' oleh seorang kenalan yang berminat untuk menjadi rangkaian SEBC di Kelantan. Alhamdulillah Kelab ini semakin berkembang lagi.

SEBC tiba di Bukit Bunga pada jam 4.15 petang dan ahli2 bebas bergerak mengikut haluan masing2. Saya dan Che Mat mengambil kesempatan membasahkan tekak di sebuah warung.
Kami berlepas pulang pada jam 5.30 petang dan tiba di Tasik Banding pada jam 6.30 petang. Sementara menunggu waktu solah jamak mahgrib dan isyak, kami mengadakan sesi brainstorming dan semua ahli memberikan pandangan serta pendapat masing2. Idea dan kritikan cukup membina.

Selesai solat, kami berlepas ke Gerik untuk mengisi minyak dan singgah makan malam di Tasik Raban. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Bukit Gantang melalui Lebuhraya Utara Selatan dan berhenti di R&R Bukit Gantang untuk upacara penutup di situ.

Secara keseluruhan semua marshal SEBC telah berjaya menjalani satu proses pembelajaran yang amat menarik dan berkesan. Perjalanan yang menjangkau 600 km lebih bagi group Taiping dan 700 km lebih bagi group Penang telah memberikan pengalaman yang amat berharga sekali. Itulah kehebatan SEBC.

Akhirnya saya mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada semua ahli SEBC yang terlibat. Kalaulah Pakleh, Cg wan, Zul Jelapang, Along Pomen, Mat Jan, Shahidan, Ah Keat, Mr Teh, kamal serta Abg Khalid dapat turut serta, jumlah kesemuanya adalah 31 buah motosikal! (ahli SEBC sahaja). Sayang, mereka ada hal yang tak dapat dielakkan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn OCS Balai Simpang iaitu SM Mat Saad B Mokthar yang telah sudi merasmikan serta membuat pelepasan kepada konvoi kami. Tak lupa terima kasih kepada Tn Hj Bakar yang telah mengimamkan solat2 kami.

Sekian saja untuk kali ini, terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Thursday, January 28, 2010

TENTATIF PROGRAM KONVOI LATIHAN MARSHAL SEBC TAIPING-TASIK BANDING-BUKIT TITIWANGSA 2010

Berikut adalah aturcara program:

Tarikh : 3ohb. Januari, 2010 (Sabtu)
Pergerakan :

07.00 hrs - Peserta zon Taiping dan Kerian berkumpul di kawasan Baalai Polis Simpang
07.15 ahrs - Ucapan perasmian oleh SM Saad B Mokthar, Ketua Polis Balai Simpang
- Bacaan doa oleh En. Abd Aziz B Shaari, Pengerusi Biro Agama SEBC
- Pelepasan konvoi oleh Ketua Polis Balai Simpang
07.30 hrs - Konvoi bergerak ke Daerah Kuala Kangsar
o8.00 hrs - dijangka tiba di Padang Rengas dan konvoi bersatu dengan peserta Zon
Kuala Kangsar
09.00 hrs - Konvoi berhenti untuk bersarapan di Tasik Raban
09.40 hrs - Konvoi berlepas ke Gerik
10.30 hrs - Dijangka tiba di Gerik dan konvoi bersatu dengan peserta Zon Penang. Konvoi
berehat untuk sesi taklimat seterusnya.
11.00 hrs - Konvoi berlepas ke Tasik Banding dan mengisi minyak di Petronas.
11.20 hrs - Konvoi berlepas ke Bukit Titiwangsa
12.30 hrs - Dijangka tiba di Bukit Titiwangsa dan berehat.
- solat dan makan tengahari
- pembentangan hasilan laporan konvoi fasa I
- sesi soal-jawab
- sesi bergambar
14.30 hrs - bergerak ke destinasi seterusnya


simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

SATU CERITA DI PERSIAPAN AKHIR KONVOI LATIHAN MARSHAL SEBC 2010


Tak banyak motosikal yang dapat dikumpulkan pada malam ni (Khamis, 28hb. Januari, 2010), cuma dapat setakat 15 buah saja. Yang lain turun ke kedai Geegoluck dengan kereta. Ramai yang tak dapat hadir juga kerana ada hal yang tak dapat dielakkan. Parking memang padat dengan kenderaan ahli2 SEBC.


Cikgu Wan selaku MC mengendalikan sesi pada malam tersebut. Beliau telah memperjelaskan tentang tujuan Latihan Marshal diadakan dan secara kebetulan pula ada aktiviti besar yang sedia menunggu SEBC selepas ini. Tak sia-sialah kita adakan latihan ini.

Saya selaku Pengerusi Biro Disiplin amat menitikberatkan soal disiplin semasa kita menjalani latihan konvoi ini. Kita perlu menitikberatkan soal keselamatan dan program ini adalah untuk mendidik kita. Ambillah seberapa banyak ilmu daripada program yang kita adakan ni. Demikianlah antara beberapa amanat Abg Tamin.



Ahli2 SEBC sentiasa mengamalkan budaya "respect to each other". Kami memberikan tumpuan serta mendengar dengan teliti segala taklimat serta memberikan perhatian kepada topik perbincangan. Bagaimanapun sesi akan diselang-seli dengan humor kerana kami memang ada kumpulan tok selampit yang sentiasa memebuatkan orang tak kering gusi.


Setiap peserta dikenakan bayaran RM5 sahaja sebagai satu tanda komitmen terhadap program SEBC. Duit tu kita guna untuk top-up minyak 4X4 yang akan digunakan oleh Rescue Team SEBC. Selebihnya kita akan guna untuk berikan sijil kepada semua peserta. Duit tabung SEBC kita tak usik. Bagaimanapun saya sedih sangat sebab saya tak dapat pergi. Saya nak ke Johor atas urusan peribadi... Untuk makluman juga ada 4 program besar menunggu kita semua pada bulan Febuari ni.


Sepanjang program ni nati kita akan melakukan solat jamak dan qasar apabila tiba waktu solat. Semua ahli SEBC akan dibekalkan dengan nota berkaitan dengan solat jamak dan qasar. Harap dapat bawa kelengkapan yang sepatutnya seperti kain pelikat..


Tiba waktunya untuk kami pulang. Datang bersama, balik pun bersama. Ahli2 SEBC sedang menunggu rakan2 lain untuk pulang ke rumah masing. Pgrm malam ni tamat pada jam 12.30 tgh malam. Biasa le..


Saya lebih senang bergerak di belakang tabir. Saya amat berbangga dengan keupayaan dan pencapaian SEBC kini. Berbaloi sangat dengan penghijrahan ini. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Bukan saja sabut yang timbul tetapi benih yang dicampak ke laut telahpun menjadi pulau. Alhamdulillah, syukur banyak2 kepada Allah.

Sekian untuk kali ini.
Terima kasih

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Wednesday, January 27, 2010

KEPERLUAN BERKONVOI


KASUT BUT HIGH CUT @ YANG SESUAI


HELMET YG ADA VISOR


HELMET FULLFACE


GLOVE PENUH @ SEPARUH


VEST BERREFLEKTOR


CERMIN MATA


SELUAR JEANS TEBAL


JAKET


BEG PINGGANG / POCH BAG


NOTA: Pastikan helmet anda mempunyai tanda SIRIM

Perkakasan di atas adalah di antara beberapa perkakasan wajib yang perlu ada semasa berkonvoi pada hari Sabtu, 30hb. Januari, 2010 ni. Konvoi2 lain pun kita boleh gunakan benda yang sama juga. Itu adalah perkakasan asas je. Sesiapa yang belum lengkap, sila lengkapkan kerana masih ada masa. Kalau dapat, ada pad guard untuk siku dan lutut lagi le baik.
Terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"