Sunday, May 30, 2010

KONVOI JUARA RAKYAT DI MATANG

Pada hari Ahad, 30 Mei yang lepas SEBC telah diberikan penghormatan untuk mengiringi Timb. Menteri- Dato' Hamzah Zainuddin yang merasmikan Program Juara Rakyat di kawasan Muzium Ngah Ibrahim, Matang. Seramai 22 orang ahli SEBC bersama 22 buah motosikal telah turun memberikan sokongan kepada program tersebut. Pertandingan motosikal cantik telah diadakan dan seramai 3 orang ahli SEBc telah memenangi acara tertentu di program tersebut. Saya akan upload gambar2 berkenaan jika mendapatnya daripada sesiapa yang menyertai program tersebut.

Terima kasih kepada Bro Geegoluck (PA En Ismail Safian- SUP YAB Menteri Besar Perak) dan juga Bro Kama (Naib Ketua Umno Bhg Bt Gantang) yang telah memberikan kepercayaan kepada SEBC. Ada satu laagi program yang lebih besar yang akan diadakan pada bulan Julai nanti di mana SEBC telah pun dipelawa secara lisan oleh pihak yang berkenaan.

Kepada semua ahli yang telah turun memberikan komitmen masing-masing, diucapkan jutaan terima kasih. SEBC terus bergerak aktif cuma saya sahaja yang keterbatasan masa untuk menyertainya. Begitu juga dengan laman blog ini yang agak slow kerana kesibukan saya sendiri.

Terima kasih...

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

USAH SALAH GUNAKAN LAMAN BLOG

Salam.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk membuat teguran secara terbuka kepada seorang pemimpin sebuah kelab motosikal yang sering menggunakan laman blog kendalian beliau sebagai satu medan untuk menghina, menyindir serta meburuk-burukkan kepemimpinan kelab motosikal lain. Perkataan yang sering digunakan adalah 'perebutan kuasa', 'politicking', 'fitnah', 'kelab haram' dan macam-macam lagi lah. Yang hairannya, kenapa sakit hati sangat dengan pihak lain yang tak pernah menyibuk pun hal kelab dia.

Kalau tak suka mana-mana pihak pun, janganlah emosi macam budak-budak kecil... Kata pelajaran tinggi. Antara yang menjadi sasaran beliau adalah saya sendiri. Saya dah simpan semua entry dia yang asal dan saya sedang mempertimbangkan untuk mengambil satu tindakan undang-undang ke atas dia supaya dia dapat belajar menjadi manusia yang lebih ada akal serta menghormati pihak lain. Saya dah pun berbincang dengan pihak-pihak tertentu berkaitan perkara ini. Sekarang ni tengah berfikir antara simpati atau nak menebus maruah saya yang telah banyak sangat dijatuhkannya. Saya masih ada akal dan simpati terhadap beliau yang asyik-mahsyuk memperlekehkan pihak lain ni..

Saya mengingatkan diri sayasendiri serta kepada semua pengendali laman blog, kendalikanlah blog masing-masing dengan penuh beretika serta berhemah.

Terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS

Tuesday, May 18, 2010

JEMPUTAN KONVOI PROGRAM JUARA RAKYAT

SEBC telah menerima jemputan untuk konvoi Program Juara Rakyat yang akan diadakan pada 29 atau 30 Mei 2010 di Bukit Gantang.
Wakil Kelab telah dipanggil untuk bermesyuarat pada hari Rabu 19 Mei 2010 jam 3.00 petang di Muzium Matang.

Harap maklum dan terima kasih

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

SIMPLE EASY BIKER'S CLUB FAMILY DAY 2010





Our Family Day has been held on 15th - 16th May 2010 located at Pusat Eko Pelajaran, Hutan Paya Bakau Matang, Kuala Sepetang Perak. Perlis Jaguh Club has joined us and we're celebrated it together. About 60 peoples has came n the programe ends at 10.00am. This is our first Family Day and it will be organize for every year.
Thanks for brothers and sisters especially for our guests from Perlis and we felt so happy. Thanks for our Chairman of the programe- Mr Zartamin, Pakyeh, Saad and many others in d comunity. Also thanks a lot for both of our SEBC members whome supports the programe very hard.
Maybe we can organize it much better for d next year. Maybe we can do it at a different location and we can organize many more programs.

For brothers and sisters, dont forget our sweet memories.

simple bike easy ride

KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS