Thursday, July 30, 2009

MOTOSIKAL UNTUK DIJUAL- KAWASAKI ZZR250



JENIS : KAWASAKI ZZR 250 TAHUN1996
OWNER : ANDA KE-3
SPEC : CAT BARU, TAYAR DEPAN BARU, MUDGUARD BARU, BATERI BARU,
RELAY STARTER BARU, COVER SIGNAL BLKG BARU, TAYAR
BELAKANG 75%
INJIN : BAIK. BIASA LONG DISTANCE TAIPING-KL-JB-CAMERON HLAND-
SG PETANI TANPA MASALAH
SBB NAK JUAL : NAK PAKAI DUIT DAN MOTOR NI JARANG GUNA
HARGA : RM6500 (NEGO)
Sesiapa berminat sila hubungi saya: Mukther Rizam 019-5219292 / mukter3345@gmail.com

KEDAI MAKAN SELERA MALAM JALAN MATANG, PERAK














Bro Mohd Fauzi B Ramli adalah salah seorang ahli SEBC (no ahli: SEBC 010) dengan motosikal Jaguh bernombor JFL8074 dan beliau adalah pemilik kedai makan yang terkenal di Jalan Matang. Kedai beliau mula beroperasi dari jam 04.00 ptg hinggalah ke jam 01.00 pagi. Kepada semua biker's yang datang secara berkumpulan, jangan biambang kerana kedai beliau mempunyai ruang parkir yang cukup untuk menyusun motosikal anda.

Menu Utama : Mee Udang
Menu lain : kari ikan semilang (terbaru), mintalah menu apa pun
dia akan buat..... rasa dijamin sedap beb!!
Sedia menerima tempahan. Silalah ke kedai beliau dan nikmati keenakannyaHubungi beliau di talian: 012-5098520 (GEEGOLUCK @ Gee)

PROGRAM SEBC 1HB OGOS, 2009

SEBC: Semua ahli diminta berkumpul di Tol Changkat Jering pada jam 08.30 pagi bagi mengiringi konvoi Pengarah Kemas Negeri Perak yang akan merasmikan Sukan Kemas DUN Changkat Jering di padang permainan Tmn Sg Mas Perak. Che Mat selaku Pengerusi Kemas Tmn Sg Mas memohon kepada semua ahli SEBC yang berkelapangan supaya dapat bersama-sama untuk menyertai konvoi tersebut. Semua bikers SEBC diminta supaya dapat memakai vest hijau pada hari tersebut.

Selepas program konvoi tersebut, SEBC akan mengadakan satu mesyuarat AJK bagi membincangkan beberapa aktiviti yang akan diadakan pada bulan Ogos ini. Semua AJK diminta hadir dan tempat bermesyuarat ialah di Kedai Selera Malam Jalan Matang (geegoluck).
Sekian makluman untuk semua ahli SEBC.

Terima kasih

"Kita Bersaudara-We Are Brothers"

Tuesday, July 28, 2009

Galeri SEBC


Galeri SEBC















Sebahagian dari ahli SEBC berkumpul di Tmn Tasik Taiping pd 27hb Jul 09















Me and my bike















sempat bergambar sementara menunggu gang sebelum ke Tasik Bukit Merah

Monday, July 27, 2009

SENARAI AJK PENAJA SEBC 2009-2010

Presiden : Sdra. Abd Rahim B Abu Johan
Timb. Presiden : Sdra. Mukther Rizam Bin Ahmad
Setiausaha Khmt : Sdra Nasrul Nizam B Othman
Bendahari Khmt : Sdra. Mohd Fauzi B Ramli
Peg. Phbgn Awam : Sdra. Mohd Saad B Mohamad
Pen. Peg. Phbgn Awam: Sdra. Azmi B Utar
Ketua Marshall : Sdra Zulkifli
Timb. Ketua Marshal l: Sdra. Kamarudzaman B Ahmad Mian
Ahli Jawatankuasa :
1. Abg Ramli B Zakaria (Paklong)
2. Sdra. Zamri B Shakdan (Komeng)
3. Sdra. Abd Aziz B Awang
4. Sdra. Zartamin B Awaludin
5. Abg Salleh B Omar (Pakleh)
6. Sdra. Mohd Noor B Mohd Akhir (Mat Rock)
7. Sdra. Mohd Kamal B Ab Majid
Pemeriksa Kira-kira:
1. En. Razuan B Abd Majid
2. En. Mat Hussain B Diah

Lambang SEBC


Ini adalah lambang rasmi Simple Easy Bikers Club (SEBC). Keterangan mengenai lambang boleh didapati daripada Buku Perlembagaan SEBC yang akan diedarkan kepada semua ahli kelak. Tahniah kepada rakan2 SEBC yang telah memerah otak bagi menghasilkan lambang yang membanggakan ini. Hidup SEBC!

"Kita Bersaudara-We Are Brothers"

Mencari Lebih Ramai Ahli SEBC

SEBC ingin melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua ahlinya yang kini baru menjangkau sekitar 30 lebih dan kita yakin bahawa SEBC akan dapat mencapai sasaran keahlian yang lebih pada masa akan datang berdasarkan kepada sambutan baik yang telah pihak kita terima. Mudah sahaja, kita tidak terlalu memilih di dalam mencari keahlian kelab kita ini. asal sahaja mereka meminati motosikal maka merekalah orangnya yang akan bersama kita di SEBC. Semua ahli di dalam SEBC dianggap sebagai satu jaringan (network) yang amat penting untuk memajukan kelab kita ini.
Di dalam masa yang singkat SEBC telah mampu berdiri sebagai sebuah "kelab baru" yang mempunyai keahlian yang memberangsangkan. Tidak lain dan tidak bukan kerana SEBC mengamalkan prinsip persahabatan serta persaudaraan. "Kita Bersaudara-We Are Brothers" adalah prinsip kita.
Kepada semua ahli SEBC, teruskan usaha mencari seberapa ramai keahlian yang boleh dan SEBC sedang dalam proses untuk menaiktaraf kelab ini supaya ia menjadi lebih kukuh dan profesional. Kita mempunyai banyak agenda untuk membantu biker's menjadi warga yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
Akhirnya, tahniah dan terima kasih di atas segala penat lelah yang telah dicurahkan untuk SEBC. "Kita Bersaudara-We Are Brothers"