Tuesday, September 29, 2009

OPEN HOUSE ABG THAMIN
















AHAD, 27hb. Sept. 2009- Abg Thamin telah mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Tmn Kaya pada jam 9.00 malam. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Abg Aziz Radio dan diikuti dengan jamuan hari raya. Ramai ahli SEBC yang hadir dan ruang rumah Abg Thamin penuh sesak juga le.
Selepas makan, kami menghabiskan masa berbual-bual sesama sendiri sambil membuat plan yang akan datang.
Malam tu menu yang Abg Thamin sediakan ialah nasi dengan lauk kari ayam serta ulam-ulaman kampung, memang lazat..
Selepas ni SEBc akan mengadakan Rumah Terbuka SEBC pada 3hb. okt. 2009, jam 9.00 malam bertempat di rumah Che Mat di Tmn Sg Mas. Pada sebelah paginya kaum wanita akan bergotong-royong menyediakan masakan di Surau Tmn Sg Mas. Semua ahli serta rakan2 serta pengunjung laman blog ini dijemput hadir ke majlis tersebut nanti.
Terima kasih kepada Abg Thamin dan Kak Jamaliah sekeluarga yang begitu baik hati dan dah beberapa kali menjamu kami di rumah beliau. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Sekian, terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Monday, September 28, 2009

OPEN HOUSE ABG AZIZ RADIO


motosikal Zaman


khemah jamuan di rumah abg Aziz


semasa menunggu kawan2 tiba


Abg Thamin dgn cucu


mana kawan2 ni


tuan rumah - Abg Aziz Radio



sembang2 dulu..


Abg Dollah


suasana mesra


Abg Rahim sempat berbincang dgn rakan2


antara motosikal yg ada


macam kenduri kahwin


yg ni 'along sebc'..



SABTU, 26hb. Sept. 2009- Abg Aziz Radio (pembaca doa serta Ketua Zon Kerian) telah mengadakan rumah terbuka Aidil Fitri di Kg Masjid Tinggi, Teluk Medan pada jam 10.00 malam. Sebanyak 19 buah motosikal dan 3 buah kereta denga 40 ahli keluarga SEBC telah menyerbu ke rumahnya dan Abg Aziz agak terkejut dengan kehadiran yang seramai itu. Menu yang dihidangkan pula sangalah lazat iaitu bihun sup (ala railway Taiping) dan nasi impit serta kuih-muih. Abg Aziz telah membacakan doa selamat serta Cikgu Razuan telah memainkan peranannya sebagai MC. Abg Rahim Presiden telah memberikan ucapan sulungnya pada malam itu. Terasa seronok benar keluarga SEBC pada malam itu. Ada 2 orang ahli baru yang hadir pada malam itu. Alhamdulillah, keluarga SEBC semakin besar sekarang!
Bukanlah hidangan yang penting tetapi keakraban serta kekeluargaan kami yang amat penting. Ternyata hubungan ahli2 SEBC sangat rapat.
Selepas tamat majlis, kami mengambil kesempatan membuat satu pusingan di pekan Bagan Serai setelah mengisi minyak di Stesen Petronas Bagan Serai. Ternyata deruman injin motosikal kami menarik perhatian penduduk di sana..
Waktu pergi ada peristiwa yang lucu berlaku di mana kotak hitam motosikal Cikgu Razuan telah tercabut dan nasib baik saya berada di belakang beliau dan telah bertindak sebagai rescue bersama menantu Abg Thamin. Marshall pada malam itu ialah Zaman dan Geegoluck sementara Abg Thamin bertindak sebagai Leader.
Seronok benar suasana pada malam itu... Hidup SEBC!

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

OPEN HOUSE CIKGU RAZUAN

JUMAAT 25HB. Sept. 2009- Cikgu Razuan (MC SEBC) telah mengadakan rumah terbukanya bertempat di Kg Ekspo, Kamunting. Majlis tersebut tiada di dalam perancangan awal tetapi demi meraikan kawan2 maka Cikgu Razuan telah memanggil kawan2 yang terdiri daripada ahli2 SEBC dan juga gang2 Pertahanan Awam ke rumahnya pada jam 11 malam. Untuk tidak menghampakan kawan, maka kami pun bergegas ke rumah beliau. Mohon maaf kerana tiada gambar yang sempat dirakamkan oleh saya yang pada ketika itu baru saja tiba dari JB.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Thursday, September 24, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA SEBC-BENGKEL PERLINDUNGAN SEMANGAT MAJU TAIPING


gambar beramai-ramai


Bengkel Perlindungan Semangat Maju Taiping- anak angkat SEBC


Mr Joseph Lau sedang berucap


Cikgu Razuan- Juruacara berpengalaman


Abg Aziz Radio dengan motosikal yang baru dibelinya


Abg Khalid tengah dok jampi hujan kot...


ni di Abg Aziz hero Kg Jelapang


dari kiri- Pak Yusof, En.Ng Chee Fa, Abg Rahim dan ustaz


Che Mat sedang memberikan ucapan ringkas


Goluck sedang menyampaikan bantuan kerusi roda kepada BPSMT


rapat macam adik-beradik...


keluarga besar SEBC..


antara tetamu yang hadir


khusyuk mendengar ucapan


cute2 semuanye..


lokasi kereta terbabas


ni dia Panglima Awang


ni pulak Panglima Parang Panjang


kereta yang berjaya diselamatkan oleh ahli2 SEBC


tiada kerosakan yang berlaku..

JUMAAT, 18hb.September,2009- SEBC telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dengan Bengkel Perlindungan Semangat Maju Taiping (BPSMT) bertempat di Bengkel PSMT yang terletakdipekan Aulong,Taiping. Majlis telah bermula pada jam 6.00petang.Kehadiran ahli2 SEBC serta para tetamu amat memberangsangkan dan kehadiran adalah sekitar 200 orang.
En.Joseph Lau (Pengerusi SPSMT) merupakan tetamu kehormat pada hari itu. Pak Yusof selaku Ketua Kampung Aulong telah sudi hadirsebagai Tetamu Jemputan ke majlis tersebut.
SEBC telah memberikan pelbagai sumbangan dan bantuan kepada BPSMT dan juga kepada mereka yang kurang bernasib baik. Pada majlis tersebut, Che Mat selaku Pengurus Syarikat Husdah Enterprise telah menghulurkan bantuan berupa barangan dapur kepada mereka yang kurang bernasib baik. Pakyeh, Abang Thamin dan saya sendiri telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada majlis tersebut. Sementara Geegoluck telah menyumbangkan sebuah kerusi roda untuk kegunaan BPSMT.
Majlis pada hari itu telah dimulakan dengan ucapan Abg Thamin yang mewakili Presiden SEBC dan telah disusuli oleh En. Joseph Lau selaku Pengerusi SPSMT. Abg Thamin telah menyentuh tentang sumbangan yang dibuat oleh SEBC serta memberikan beberapa pandangan terhadap BPSMT. En.Joseph di dalam ucapannya pula telah melahirkan rasa terima kasih yang teramat sangat di atas keprihatinan SEBC di dalam menjalankan tanggungjawab sosialnya dan telah mengiktiraf SEBC sebagai "Bapa Angkat" kepada BPSMT. Seperti biasa Cikgu Razuan (orang berpengalaman) telah bertindak sebagai Juruacara majlis yang hebat.
Selesai sahaja ucapan, majlis penyampaian sumbangan SEBC telah dimulakan. Alhamdulillah majlis penyampaian tersebut telah tamat sebaik sahaja tiba waktu berbuka puasa. Selesai berbuka puasa,solat maghrib berjemaah diadakan di tingkat 2 bangunan tersebut.
Selesai solat maghrib,SEBC telah mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan program swelepas Hari Raya. Antara keputusan yang telah dicapai ialah SEBC akan mengadakan ziarah ke rumah Abang Aziz Radio di Teluk Medan pada 26hb. September, 2000 jam 9.00 malam. Selepasitu,pada 3hb.Oktober, 2009pula SEBC akan mengadakan rumah terbuka bertempat di rumah Che Mat di Taman Sg Mas,Taiping. Semua ahli akan memberikan sedikit sumbangan wang tunai bagi menampung serba sedikit perbelanjaan untuk majlis tersebut. Selebihnya akan ditanggung oleh Che Mat sendiri.
Selesai saja mesyuarat tersebut kami telah bergegas ke Petronas Aulong bagi membantu anak Abang Thamin di mana kereta Kancilnya telah terbabas masuk ke dalam longkang akibat hujan lebat. Inilah semangat setiakawan kami yang tidak boleh dijual-beli. Lori tunda dan konco2nya telah siap sedia menunggu untuk 'membuat duit' pada malam itu tetapi hero2 SEBC telah 'menghampakan' mereka!. Alhamdulillah kereta Kancil tersebut telah berjaya 'diangkat' semula ke atas jalanraya dengan berkat kerjasama kami keluarga SEBC..
SEBC ingin melahirkan ucapan penghargaan terima kasih yeng teramat sangat kepadasemua ahli yang telah menjayakan majlis pada kali ini. Kepada semua penyumbang yang budiman, semoga segala sumbangan ikhlas abda akan mendapat keberkatan serta kerahmatan Allah hendaknya.
Itulah aktiviti penutup SEBC di bulan Ramadhan yang mulia bagi tahun 2009 ini.
Sekian untuk tatapan kali ini, terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Wednesday, September 16, 2009

BERHATI-HATI-HATI DI JALANRAYA - Pandulah Dengan Cermat

SEBC mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua ahli serta para pengunjung laman blog ini. Olehkerana cuti perayaan yang panjang maka sudah tentu ramai pengguna jalanraya akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing. Jalanraya sudah tentu akan menjadi sesak terutama dari destinasi keluar bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya.

Kepada semua para pengguna jalanraya, berhati-hatilah semasa pemanduan. Periksalah serta selenggarakanlah kenderaan anda supaya sentiasa berada di dalam keadaan yang amat baik. Jangan mulakan perjalanan anda ketika badan berada di dalam keadaan yang letih. Rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan anda. Jika anda terasa mengantuk, berhentilah di tempat rehat yang selamat.

Elakkan daripada memandu di dalam keadaan emosi yang tidak stabil seperti ketika berada di dalam keadaan marah atau tertekan. Pandulah kenderaan anda dengan tenang serta tidak terburu-buru. Amalkan sikap bertimbang rasa serta bertolak ansur supaya kita sama-sama selamat.

Bagi penunggang motosikal yang akan melakukan perjalanan jarak jauh, sila 'double-check' motosikal anda terutamanya tayar depan & belakang, brek, lampu, signal, rantai & spoket serta jangan lupa lesen memandu serta cukai jalan motosikal anda. Jangan berlumba-lumba di atas jalan raya demi mengelakkan bencana. Pastikan topi keledar anda diikat dengan kemas serta gunakanlah topi keledar yang berkualiti serta mendapat kelulusan Sirim.

Kami mahu anda tahu bahawa kami di SEBC sentiasa mengambil berat tentang anda kerana anda adalah sahabat kami. Selamat pulang ke kampung halaman anda!

Pandulah dengan cermat dan ingatlah orang tersayang..

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

PROGRAM PERKELAHAN DI KG RIBU, KATI (KUALA KANGSAR)

SEBC ingin memaklumkan bahawa Abg Khalid telah menyatakan hasratnya untuk menjemput semua ahli keluarga SEBC untuk berkelah di Kg Ribu selepas hari raya nanti. Cuma tarikhnya belum dapat diputuskan memandangkan aktiviti yang padat menanti SEBC selepas hari raya nanti.
Abg Khalid akan membawa kita menangkap ikan sungai di kampungnya. Beliau akan menyediakan kemudahan sampan dan peralatan-peralatannya. Selepas itu kita akan memanggang ikan-ikan itu dan berkelah sahaja di tepi sungai.
Saya dapat membayangkan betapa seronoknya program itu nanti. Inilah suasana yang kita pernah rasai sewaktu kecil-kecil dulu sahaja dan kini ia akan kembali lagi!
Sehubungan dengan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada semua ahli SEBC bahawa kita masih mempunyai 2 program besar selepas ini iaitu ekspedisi ke Cameron Highland dan juga Hari Keluarga SEBC. Ramai yang dah tak sabar2 untuk berkonvoi ke Cameron Highland nampaknya. Untuk trip ke Cameron Highland nanti SEBC akan menyediakan 2 buah 4X4 sebagai rescue team. Kedua-dua 4X4 ini adalah milik Che Mat dan juga Pakyeh.
Sekian untuk makluman, terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI SEBC 2009

SEBC akan mengadakan "Rumah Terbuka Aidil Fitri 2009" sebaik sahaja selepas cuti sekolah seminggu sempena Aidl Fitri ini. Bagaimanapun Abg Aziz Radio awal-awal lagi dah 'booking' tarikh 26hb. September, 2009 (Sabtu) untuk mengadakan rumah terbuka beliau di Masjid Tinggi, Teluk Medan.
Kalau mengikut perbincangan awal, SEBC akan mengadakan rumah terbuka mengikut zon dan semua tarikh pada hari Sabtu & Ahad sepanjang Syawal nanti telah 'fully-booked' oleh ahli2 SEBC. Konsep yang akan digunapakai ialah semua ahli di dalam satu-satu zon berkongsi untuk mengadakan rumah terbuka. Mereka hanya perlu menentukan siapakah yang akan menjadi tuan rumah majlis tersebut.
Bagaimanapun saya ingin mencadangkan di sini supaya SEBC menganjurkan rumah terbuka secara berpusat di mana semua ahli menyumbang untuk satu majlis rumah terbuka di satu tempat sahaja. Perkara ini bukan sahaja akan menjimatkan kos tetapi juga lebih mudah serta boleh selesai di dalam satu hari sahaja. Bagaimanapun jika ada mana-mana ahli yang hendak buat rumah terbukanya sendiri adalah dipersilakan.
Keputusan mengenainya akan dibuat selepas majlis berbuka puasa SEBC yang akan diadakan pada 18hb. September, 2009 ini. Kita akan bermusyawarah secara beramai-ramai bagi mendapatkan kata sepakat.
Nampaknya rumah terbuka SEBC yang julung2 kalinya ini akan meriah, insyaAllah. Apatah lagi kita akan menerima beberapa orang ahli baru dari Zon Krian yang dibawa oleh Abg Aziz Radio. Alhamdulillah keluarga SEBC semakin besar!. Terima kasih semua

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Tuesday, September 15, 2009

GOTONG-ROYONG MAJLIS BERBUKA PUASA SEBC-SEKOLAH PERLINDUNGAN SEMANGAT MAJU TAIPING- 18HB. SEPTEMBER, 2009


gambar menunjukkan Bengkel SPSM Taiping tempat di mana maajlis berbuka puasa SEBC-BPSSMT akan berlangsung

SEBC akan mengadakan satu gotong-royong seperti yang tersebut di atas pada 17hb. September, 2009 (Khamis) ini bermula pada jam 10.00 pagi. Bagi sesiapa yang berkelapangan bolehlah hadir ke Bengkel SPSM Taiping di Aulong. Gotong-royong ini akan bersambung pula pada sebelah petangnya iaitu pada jam 5.00 petang bagi memberikan peluang kepada mereka yang baru pulang dari bekerja.
Setakat ini kita telah memperolehi beberapa hamper untuk diberikan kepada majlis tersebut dan hamper-hamper ini disumbangkan oleh Abg Thamin, Che Mat dan saya sendiri.
Sekian untuk makluman semua, terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

MOTOSIKAL BARU

SEBC ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada Abg Aziz Radio kerana telah memiliki sebuah motosikal easy-rider dari jenis Jaguh semalam. Selama menyertai SEBC Abg Aziz berkonvoi mengikut kami dengan menggunakan motosikal Honda Wave sahaja. Kita tak kisah kerana apa saja jenis motosikal boleh menyertai SEBC. SEBC tidak 'memandang' kepada motosikal apa yang anda pakai, kita hanya mahu menjalinkan persahabatan serta persaudaraan.
Berbalik kepada Abg Aziz ni, motosikalnya masih lagi cantik dan keadaannya amatlah memuaskan. Semalam juga Geegoluck telah memasangkan siren kepada motosikal tersebut. Semalam kami berhajat untuk berkonvoi ke Teluk Medan bagi menghantar Abg Aziz Radio balik tetapi terpaksa dibatalkan kerana masa yang begitu singkat.
Akhirnya seluruh keluarga SEBC sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada Abg Aziz dan isterinya. Bersedialah untuk kita ride ke Cameron Highland selepas ni..

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Monday, September 14, 2009

KONVOI KE RESTORAN ARTIST CORNER, TELUK MEDAN







Isnin, 14hb. September, 2009- Abg Aziz Radio telah bermurah hati untuk belanja kami makan2 di Restoran Artist Corner, Teluk Medan. Abg Aziz ni pun memang antara orang2 yang tak berkira di dalam SEBC.
Selepas terawih, kami berkumpul di hadapan kilang kabaid Ayer Puteh dan terus bergerak ke Teluk Medan. Malam ni tak ramai yang dapat hadir. Abg Rahim & gang Padang Rengas ada mesyuarat di masjid selepas terawih. Goluck tak dapat nak tinggalkan kedai mee udang dia sebab staf dia ada kecemasan. Paklong, Mat Rock pun tak ada. Che Mat dengan Pakyeh naik storm malam tu.Yang seronoknya ialah pada malam tu, Nasrul SU SEBC telah menjelmakan dirinya setelah beberapa lama berehat kerana demam yang kuat. Alhamdulillh dia sihat sekarang. Welcome back Bro!
Pada malam tu saya telah menghadiahkan sepasang jaket kulit kepada Abg Aziz Radio sebagai tanda persahabatan. Ini adalah kerana Abg Aziz Radio baru membeli sebuah motosikal Jaguh. Motosikal belum keluar lagi tetapi jaket dah dapat dulu.. Abg Aziz akan jadi Ketua Zon Bagan Serai dan dia dah tarik 4 orang ahli baru di sana. Cayalah Abg Aziz!!

Inilah doa kami buat abang kami- "Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau berkatilah serta Engkau rahmatilah Abg Aziz kami yang telah bermurah hati memberikan kami makan di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Engkau panjangkanlah umurnya, diberikan kesihatan serta dimurahkan rezekinya sekeluarga. Amin Ya Rabbal Alamin"

Malam tu saya tidur lewat lagi....

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"