SEBC ingin melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua ahlinya yang kini baru menjangkau sekitar 30 lebih dan kita yakin bahawa SEBC akan dapat mencapai sasaran keahlian yang lebih pada masa akan datang berdasarkan kepada sambutan baik yang telah pihak kita terima. Mudah sahaja, kita tidak terlalu memilih di dalam mencari keahlian kelab kita ini. asal sahaja mereka meminati motosikal maka merekalah orangnya yang akan bersama kita di SEBC. Semua ahli di dalam SEBC dianggap sebagai satu jaringan (network) yang amat penting untuk memajukan kelab kita ini.
Di dalam masa yang singkat SEBC telah mampu berdiri sebagai sebuah "kelab baru" yang mempunyai keahlian yang memberangsangkan. Tidak lain dan tidak bukan kerana SEBC mengamalkan prinsip persahabatan serta persaudaraan. "Kita Bersaudara-We Are Brothers" adalah prinsip kita.
Kepada semua ahli SEBC, teruskan usaha mencari seberapa ramai keahlian yang boleh dan SEBC sedang dalam proses untuk menaiktaraf kelab ini supaya ia menjadi lebih kukuh dan profesional. Kita mempunyai banyak agenda untuk membantu biker's menjadi warga yang bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
Akhirnya, tahniah dan terima kasih di atas segala penat lelah yang telah dicurahkan untuk SEBC. "Kita Bersaudara-We Are Brothers"
No comments:
Post a Comment