Sunday, February 28, 2010

SEKILAS PANDANG KONVOI KE PADANG BESAR


bacaan doa oleh Paklang Bakar sebelum konvoi berlepas



taklimat di Sg Dua



Ah Keat sedang repair mtr Abg Saad



motor Abg Saad sedang ditarik oleh Storm



motor diangkat ke atas storm untuk dibawa ke Alor Setar



ramai pomen kat atas highway ni he he



saya dan Bro Faizal



Ni Tok Mo baik punye..



Bro Z


Pak Lang Bakar buat tahlil



makan tengahari



rumah persinggahan di Pantai Johor, Alor Setar



bergambar beramai2 sebelum ke Padang Besar



terima kasih semua..

Pada 26-27 Febuari 2010 yang lalu SEBC telah mengadakan konvoi ke Padang Besar. Tidak ramai yang dapat menyertai program ini kerana terlibat dengan pelbagai acara pada hari Jumaat lepas iaitu sempena dengan Sambutan Maulidur Rasul.
Sebanyak 11 buah motosikal dan sebuah Storm sahaja yang menyertai program ini. Saya sendiri hanya dapat menghantar sehingga ke Alor Setar sahaja dan kemudiannya berpatah balik ke Taiping selepas selesai solat Jumaat di Masjid Syed Mohamad Al-Bukhary di Pantai Johor, Alor Setar.
Apapun, group SEBC telah disambut dengan begitu meriah sekali oleh Kelab Jaguh Perlis yang dipimpin oleh Sdra Munir. Sebanyak 40 buah motosikal telah menyambut ketibaan group SEBC di Changloon dengansambutan yang begitu hebat. Khabarnya pelbagai jenis motosikal telah mengiringi group SEBC di Padang Besar.
Group SEBC telah menginap di sebuah Homestay di Paya Guring. Pelbagai aktiviti telah diadakan dan group SEBC telah menerima layanan yang begitu baik sekali. Terima kasih banyak2. Khabarnya Kelab Jaguh Perlis akan membuat kunjungan balas ke Taiping dan insyaAllah kita akan cuba memberikan sambutan yang terbaik buat mereka pula.
Apapun saya nak ucapkan berbanyak terima kasih dan syabas buat mereka yang telah menyertai konvoi ini iaitu Abg Tamin (Ketua Program), Abg Saad, Pak Lang Bakar, Pak Yob, Ah Keat, Abg Aziz Radio, Pakyeh, Pak Din Jamboi, Faizal, Bro Z, Bro Jan dan juga keluarga masing-masing yang mengikuti.
SEBC ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat keluarga abang ipar Abg Tamin yang telah sudi menjadikan rumahnya sebagai rumah persinggahan kani di Alor Setar serta kepada Kelab Jaguh Perlis yang telah memberikan kerjasama serta memberikan layanan 5 star kepada ahli2 Kelab SEBC.
Terima kasih juga kepada para penaja yang telah memberikan sumbangan kepada program ini.
Bersedialah untuk Konvoi ke Cameron dan Kuala Lumpur pula selepas ini.
Syabas!

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

KEMASUKAN AHLI BARU


Inilah ahli baru SEBC yang telah join pada 26 Febuari, 2010 yang lalu. Namanya Jefferi B Sakedan dan lebih mesra dengan panggilan Uda. Baru berumur 32 tahun dan bekerja sebagai Engineer di P.Pinang. Memiliki jentera Superbike 660cc dari jenis Honda. Bermakna sekarang SEBC ada 2 orang Engineer dan 2 buah Superbike. Terima kasih kerana menyertai SEBC dan diharapkan semoga Sdra Jefferi dapat menyesuaikan diri dengan budaya SEBC.
Jefferi telah sempat menghantar group konvoi SEBC ke Padang Besar di mana beliau telah sudi mengiringi mereka dari Tol Sg Dua sehinggalah ke exit Sg Petani. Selepas itu beliau telah shoot ke KL atas urusan peribadi. Terima kasih banyak2 di atas komitmen yang telah ditunjukkan.

Terima kasih kepada bro Faizal yang telah berjaya menambahkan keahlian SEBC.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Sunday, February 21, 2010

KEMASUKAN AHLI BARU SEBC


kemasukan 2 orang ahli baru



Cikgu Ahmad Dzulkifli



Tn Hj Norji



sesi memperkenalkan diri



kami sering memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan prestasi SEBC


SEBC telah menerima kemasukan 2 orang ahli baru pada 21 Febuari 2010 dan majlis suai-kenal ringkas telah berlangsung d Restoran Yala, Simpang. Mereka ialah Tn Hj Najmi dan juga Cikgu Dzulkifli.
SEBC mengucapkan selamat datang kepada mereka dan mereka dibawa masuk oleh Adik Ah Keat. Ah Keat memaklumkan bahawa ada seorang lagi ahli baru dari kaum Tionghua akan menyertai SEBC. Tahniah diucapkan kepada Ah Keat di atas kerja kuat beliau.

Alhamdulillah keluarga SEBC semakin besar dan keahlian kita telah mencecah 100 orang. Ini telah membuktikan bahawa SEBC mampu mencapai satu rekod prestasi yang cemerlang hasil daripada persepakatan, perpaduan dan persefahaman semua ahli.

Terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

UCAPAN TAKZIAH

SEBC ingin mengucapkan takziah kepada Abg Rahim Presiden sekeluarga di atas pemerigan ayahnda Abu Johan ke Rahmatullah pada hari Sabtu, 20 Febuari, 2010 yang lalu. SEBC turut merasa kehilangan kerana Allahyarham amat baik kepada keluarga SEBC. Sewaktu berita di terima saya sedang dalam perjalanan ke Sg Petani kerana urusan kuliah. Bagaimanapun ramai ahli SEBC yang telah pergi menziarahi dan SEBC telah menyampaikan kutipan derma kilat kepada keluarga Allahyarham.

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh arwah ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh dan mukmin. Al Fatihah..

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Wednesday, February 17, 2010

MAJLIS TAHLIL AZIZ YB


Abg Aziz YB menjemput semua ahli SEBC bersama keluarga untuk ke majlis tahlil di rumahnya pada hari Khamis malam Jumaat (18 Febuari 2010) selepas waktu solat Isyak. Majlis berlangsung di rumah beliau di Kg Jelapang, 34700 Simpang.

Selepas tahlil, SEBC akan mengadakan satu Mesyuarat Khas bagi membincangkan program Konvoi ke Padang Besar yang akan diadakan pada 26 Febuari 2010 nanti dan juga perbincangan tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan aktiviti Kelab.

Sekian, terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

WEEKEND BOATING


inilah bot kepunyaan Pakyeh



kami berlepas ke laut



laluan yang begitu indah dan berseni



hutan dara paya bakau



tangkap seorang 'lanun pencen'....he he



saya bersama Abg Aziz Radio



we are brothers



Abg Aziz YB sedang cuba memandu bot.. Ah Keat makan bahulu..



saya bergambar di chalet Kuala Sangga



Chalet Kuala Sangga... boleh tahan



pemandangan di laut lepas



perkampungan nelayan



jeti di gok arang

Kami telah berpeluang menaiki bot kepunyaan Pakyeh dan meronda sekitar Kuala Sepetang hinggalah ke Kuala Sangga pada hari Isnin 15 Febuari yang lalu. Bot Pakyeh boleh tahan besarnya dan saya bersama-sama dengan Pakyeh, Abg Tamin, Cg Wan, Abg Aziz YB, Abg Aziz Radio, Ah Keat beserta 2 orang anak Pakyeh meluangkan masa selama 2 jam di laut. Ramai rakan dari kalangan berbangsa Tionghua yang kami jumpa sedang berpesiaran dengan bot di sana.

Sungguh menyeronokkan.. Nampaknya program ini boleh dikomersilkan oleh SEBC. Selepas ini bolehlah kita merancang untuk mengadakan aktiviti memancing pula..

Terima kasih Pakyeh di atas kesudian memberikan peluang keemasan tersebut kepada kami. Terima kasih daun keladi, kalau boleh kita 'boating' lagi... he he

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Tuesday, February 16, 2010

GALERI TAKLIMAT KEMBARA JATI DIRI PDRM



Ketua Marshal SEBC, Zaman sedang menyusun peserta kapcai


adik2 kapcai yang menyertai program


Tuan OCS Balai Simpang sedang menyampaikan taklimat di Balai Polis Simpang


sesi taklimat sedang dijalankan



Tuan OCS sedang berehat dengan group SEBC di Giant


suasana di Giant


SEBC telah dipanggil membantu pihak PDRM mengumpulkan peserta motosikal bagi program Kembara Jati Diri pada hari Sabtu 13 Febuari 2010 yang lalu. OCS Balai Simpang telah menghubungi saya untuk membantu menjayakan program tersebut. Seramai 19 orang ahli SEBC telah turun membantu mengawasi perjalanan kumpulan motosikal dari Balai Simpang ke Giant, Taiping.

Pihak PDRM khususnya Balai Simpang mengucapkan jutaan terima kasih di atas komitmen SEBC di dalam menjayakan program ini. InsyaAllah pihak PDRM akan memanggil pihak SEBC untuk kembara tersebut yang tarikh serta venuenya belum diputuskan lagi.

InsyaAllah pihak SEBC akan sentiasa membantu pihak PDRM di dalam menjayakan program tersebut.

Terima kasih buat semua yang terlibat.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

GALERI KURSUS PERTOLONGAN CEMAS JPA3-SEBC



pegawai JPA3 Cawangan Taiping


Lt (PA) Salleh dan Lt Muda (PA) Razuan


pendaftaran peserta sedang dijalankan



Kapt (PA) Zartamin berucap



antara peserta yang hadir


makan time


peserta khusyuk mendengar ceramah


Pn Siew menerangkan cara-cara menolong penunggang motosikal yang kemalangan


Mr Peh dan Sdra Radhi dalam demonstrasi CPR


Abg Zul Jelapang dengan aksi memadamkan api


Presiden SEBC, Abg Rahim menyampaikan cenderamata SEBC kepada Tuan Zaki


Tuan Zaki menyampaikan sijil kepada SEBC


bergambar beramai-ramai selepas kursus



gang Penang berlepas pulang

SEBC telah berjaya menganjurkan satu siri Kursus Asas Pertolongan Cemas Bersama Jabatan Pertahanan Awam Cawangan Taiping pada 13 Febuari 2010 yang lalu bertempat di SK Kampung Jambu, 34000 Taiping. Majlis telah bermula pada sekitar jam 08.30 pagi dan berakhir pada jam 01.00 tengahari. Seramai 31 orang ahli SEBC telah hadir ke program tersebut.

Kursus tersebut amat menarik sekali dengan input-input yang penting berkaitan dengan aspek pertolongan cemas. Anggota JPA3 dengan diketuai oleh Tuan Mohd Zaki B Shueb, Pen. Peg. JPA3 Cwg Taiping, Kapt (PA) Zartamin, Kapt (PA) Peh, Lt (PA) Salleh, Lt Muda (PA) Razuan, Lt Muda (PA) Siew beserta 3 orang Jurulatih JPA3.

Para pegawai JPA3 Cawangan Taiping memberikan komitmen yang begitu tinggi terhadap program anjuran SEBC ini. Mereka amat bermotivasi tinggi dan tidak lokek dengan ilmu. Paling enjoy ialah pada slot Kapt (PA) Peh yang sentiasa buat joke dan tidak menjemukan.

Akhir sekali pihak SEBC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih khususnya kepada pihak JPA3 Cawangan Taiping dan juga kepada keseluruhan ahli SEBC yang telah hadir. InsyaAllah kita akan anjurkan sekali lagi program ini pada masa-masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"