Thursday, October 29, 2009

SEBC MEMBANTU MANGSA KEBAKARAN

















Khamis 29hb. Oktober, 2009- Seramai 16 orang ahli SEBC telah berkunjung ke Kg Air Hitam, Jelai, Batu Kurau bagi menziarahi sebuah keluarga yang rumah mereka musnah di dalam kebakaran pada hari Rabu yang lalu. Keluarga malang tersebut telah tinggal sehelai sepinggang akibat daripada kebakaran tersebut. Kebakaran itu telah memusnahkan sama sekali rumah mereka yang turut dijadikan sebagai bengkel membaiki kenderaan.

Menurut mangsa, kebakaran berlaku pada jam 9.00 pagi dan ianya berlaku terlalu pantas. Jentera bomba mengambil masa 45 minit untuk sampai ke tempat kejadian.

Berita mengenai keluarga malang ini telah disampaikan kepada saya oleh Che Mat yang secara kebetulan sedang menyiapkan sebuah jambatan di kampung berkenaan. Bertindak atas laporan yang diterima, unit "Rescue Team SEBC" telah mengambil tindakan mengumpulkan ahli2 serta membeli beberapa barang keperluan dapur untuk diserahkan kepada keluarga mangsa berkenaan. Kutipan derma kilat juga telah dibuat di kalangan ahli2 SEBC dan telah diserahkan kepada keluarga mangsa di tempat kejadian.

Keluarga mangsa telah melahirkan rasa terharu dan berterima kasih di atas kesudian SEBC membantu mereka.

Ini adalah sebahagian daripada misi amal yang dilakukan oleh SEBC sebagaimana tujuan penubuhannya.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Sunday, October 25, 2009

BERSANTAI DI PETANG AHAD















AHAD, 25hb. Oktober, 2009- Seramai lebihkurang 60 orang ahli keluarga SEBC telah berkumpul di kedai Geegoluck kerana SEBC mengadakan program bersantai sambil minum petang. Menunya mudah sahaja iaitu kerang bakar, ikan bakar, sotong bakar dan juga ada sedikit nasi minyak yang disumbang oleh Kak Mah kerana bernazar di atas kejayaan anaknya mendapat kerja sebagai Akauntan di Putrajaya. Air minumannya juga simple iaitu air anggur. Kehadiran di luar jangkaan dan makanan memang licin sehingga geegoluck terpaksa mengeluarkan stok ikan sembilang bagi menggantikan ikan keli yang begitu laris.

Sebelum makan, Abg Aziz Radio mengepalai bacaan tahlil dan doa kesyukuran untuk majlis tersebut.

Pakyeh pula telah menempah set karaoke pulak untuk ahli2 yang gian nak menyanyi secara suka-suka. Apa lagi... macam2 bakat la yang boleh dilihat!./ Pitching lari ka tak lari ka semua ada. Herman Tino, Jamal Abdillah dan artis 60'an boleh menangis kalau tengok artis2 SEBC ni menyanyi.. he he

Itulah kekuatan dan kelebihan SEBC setakaat hari ini. Sebut saja terus jadi kerana komitmen yang tinggi ahli2nya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Bro Faizal (Ketua Zon Penang) yang sanggup bersusah-payah turun bersama anak isteri. Terima kasih juga kepada Bro Zaman yang hadir juga walauapun terpaksa balik ke KL semula pada malam itu. Terima kasihlah semua.

Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan majlis santai ini khususnya buat Bro Geegoluck yang begitu bermurah hati, Kak Mah dan suami, Pakyeh serta semua individu yang terlibat memberikan sumbangan ikhlas. Semoga Allah memurahkan rezeki kalian semua..

Apa yang seronoknya majlis begitu meriah sehinggalah ke jam 12.00 malam dan majlis tersebut sebenarnya telahpun bermula sejak sebelum jam 05.00 petang lagi

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Thursday, October 22, 2009

NETWORKING BARU SEBC DI PUTRA JAYA

SEBC telah mendapat networking baru melalui seorang ahli sebuah kelab motor superbike dari Putrajaya. Beliau adalah adik Zulhashimi yang secara kebetulannya berjumpa dengan group SEBC di majlis tahlil arwah anak saudara Pakleh pada tiga empat hari yang lalu. Secara kebetulan pulak adik Zulhashimi ni memang dah kenal dengan saya dan pernah bersama saya sewaktu beliau berada di Taiping. Beliau juga adalah sahabat kepada adik saya. Sekarang ni beliau telah berhijrah ke Putrajaya dan ada syarikat Tour sendiri.

Beliau berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan SEBC apabila mendapat tahu SEBC banyak buat kerja2 amal. SEBC diminta anjurkan program dan group superbike dari Putrajaya akan turun memberikan sokongan. Ini adalah satu perkembangan yang amat baik. Insyaallah saya dan AJK SEBC akan mengaturkan satu program bersama-sama dengan group ini.

Dalam perbualan tempohari adik Zul mencadangkan supaya saya bertukar kepada CB400 dan beliau ada link untuk mendapatkan motosikal tersebut. Saya memang berminat juga dengan CB400 ni tapi Vulcan VN500 saya ni pun sayang juga. Apatah lagi motosikal saya ni specnya semua yang ori dan bukan diubahsuai. tengoklah macam mana, kalau ada offer harga baik bolehlah saya pertimbangkan juga...

Saya ada tanya dia, bolehkah group superbike nak ikut motor kami? Dia jawab tak ada masalah. Yang penting kita nak berkawan saja.... Inilah jawapan orang yang budiman yang tak pernah membezakan motosikal apa yang orang lain pakai. Betullah macam tu, hidup di atas dunia ni janganlah sombong.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Wednesday, October 21, 2009

UCAPAN TAHNIAH

SEBC ingin melahirkan penghargaan dan ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada Sdra Faizal B Abdul Shukor (Ketua Zon Penang) iaitu adik kepada Man Driving School kerana begitu aktif menambahkan ahli baru ke dalam SEBC.
Setakat ini beliau telah mambawa masuk 6 orang ahli baru dari Penang dan yang terbaru adalah semalam. Nampaknya beliau begitu komited kepada SEBC dan memang wajar dan tepat beliau dilantik sebagai Ketua Zon Penang.
Sekali lagi tahniah dari kami semua.

"TAHNIAH BRO!"

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Tuesday, October 20, 2009

UBAHSUAI MOTOSIKAL JAGUH

SEBC ingin melahirkan rasa bangga dan seronok di atas kecenderungan sebahagian ahli2nya yang begitu ghairah mengubahsuai motosikal Jaguh masing2.
Al-kisahnya banyaklah komponan motosikal jenis lain telah dipasangkan kepada motosikal Jaguh dan ada di antaranya "totally changed".

Mat Rock sekarang dalam proses mengubahsuai enjin motosikalnya dan saya telah melihat sendiri bagaimana foreman muda tersebut melakukannya di rumah beliau. Dari pengamatan saya, foreman ni memang expert dan boleh membaiki motor-motor besar juga. Mat Rock bukan sahaja telah up-grade fizikal motosikal Jaguh beliau tetapi "top-speed" motosikal beliau juga telah meningkat. Orang ada duit...

Paklong juga khabarnya telah mengubahsuai motosikal beliau dan khabarnya motosikal beliau sekarang ni pun dah agak ranggi sikit berbanding dulu. Khabarnya mudguard depan belakang pun dah labuh. Hebat tu Paklong..

Cikgu Razuan pun dah beli side box kiri-kanan dan mudguard labuh depan-belakang. Dia senyap2 saja beli dan sedang menunggu masa yang sesuai untuk memasangnya.

Bendahari kita Geegoluck pun sebenarnya dah order mudguard labuh depan-belakang tetapi sayangnya mudguard tersebut telah 'dikebas' oleh orang lain..

Abang Saad pula tak payah cakap le, memang motor dia ni macam2 yang dia akan pasang. Sebenarnya dia dah buat hanldle berantai sendiri tetapi tak jadi pasang kerana tak boleh nak 'croome'. Abang Saad ni memang kreatif terutama dalam menggunakan bahan2 terbuang.

Saya pula lebih suka kepada keadaan motosikal yang 'original' dan simple2 saja. Motosikal saya hanya untuk kegunaan saya berulang-alik dari Taiping ke kampus saya di Sg Petani bila setiap kali cuti sekolah. Jadilah, ada box untuk bawa laptop dan beg kuliah serta saddle-bag untuk bawa baju hujan dan serba sedikit spanar.

Yang paling saya tabik ialah Che Mat kerana beliau pernah berkata kepada saya iaitu "saya bukan tak boleh pakai motor besar, tetapi saya belum puas pakai Jaguh dan parking kat rumah saya pun tak muat". Inilah prinsip daripada semangat padi, walaupun ekonomi kukuh tetapi langsung tak berlagak dan suka menderma pula.

InsyaAllah, saya akan siarkan gambar2 motosikal ahli yang telah diubahsuai nanti untuk tatapan umum..

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Monday, October 19, 2009

PROMOSI MEE UDANG - PAKEJ I MALAYSIA


SELERA MALAM, Mee Udang Jalan Matang kepunyaan Geegoluck menawarkan pakej makanan kepada para pelanggan sebagaimana berikut:

Pakej minimum 20 orang:

1. Pakej 1: Mee Udang + minuman pertama - RM6.50/seorang 2. Pakej 2: Nasi Goreng Udang + minuman pertama - RM6.50/seorang

Waktu perniagaan:
Isnin - Jumaat : 4.00 ptg - 12.00 tgh malam
Sabtu - Ahad : 12.30 thari - 12.00 malam

Sedia menerima tempahan untuk sebarang majlis / keramaian

Datanglah beramai-ramai

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

KONVOI SEBC - PELANCARAN KEMPEN 1 MALAYSIA OLEH UMNO BHG BUKIT GANTANG










gambar2 di atas dapat menceritakan segalanya....

ISNIN, 19hb. Oktober, 2009- Seramai 21 orang ahli SEBC bersama dengan 19 buah motosikal telah diberi penghormatan oleh Umno Bahagian Bukit Gantang untuk mengiringi YB Dato'Hj Sharaani, Exco Kerajaan Neg. Perak bagi melancarkan Program 1 Malaysiadi Dewan Bunga Raya, Changkat Jering. Kumpulan konvoi SEBC telah menunggu di Tol Changkat Jering pada jam 7.50 malam dan YB Dato' Hj Shaarani telah tiba pada jam 08.15 malam. Konvoi SEBC telah mengiringi beliau sehinggalah ke dewan berkenaan.
Alhamdulillah, pasukan konvoi telah menerima ucapan penghargaan daripada YB Dato' Hj Shaarani sendiri sewaktu beliau bersalam-salaman dengan kami sebaik tiba di dewan. Sdra Kamaruddin B Abu Bakar (Naib Ketua Umno Bhg Bt Gantang) juga merakamkan jutaan terima kasih dan amat berpuashati dengan komitmen SEBC. Alhamdulillah inilah konvoi sulung kami mengiringi VVIP dan pihak SEBC telah menerima tempahan konvoi untuk beberapa majlis yang akan datang.
Majlis pelancaran i Malaysia itu telah berlangsung dalam suasana penuh gilang-gemilang. Selepas menjamu selera kami telah berkunjung ke majlis tahlil arwah anak saudara Pakleh di Kg Air Puteh. Setiba di sana, tahlil sedang bemula dan kami menyertainya sehingga selesai.
Akhirnya setelah selesai, kami bergerak ke kedai Geegoluck untuk minum2. Minuman ditaja oleh Geegoluck. Thank's Bro! Ini semua Bro punya jasa beb... Berkat kegigihan dan ketabahan SEBC akhirnya telah membuahkan hasil.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Sunday, October 18, 2009

UCAPAN TAKZIAH DARIPADA SEBC

SEBC ingin mengucapkan takziah kepada Pakleh serta seisi keluarga di atas kehilangan anak saudara beliau akibat kemalangan jalanraya yang berlaku di Teluk Intan pada hari ini. Kepada keluarga Allahyarham diharapkan supaya bersabar dengan ujian Allah yang maha hebat ini.
Kepada semua ahli SEBC sila berkumpul di hadapan Long Wan, Simpang pada jam 3.00 petang ini untuk kita bergerak ke rumah Pakleh dan dikhabarkan jenazah akan dikebumikan pada petang ini di Ayer Putih. Kutipan derma kilat akan dibuat pada petang ini.

Sekian, terima kasih.

Al-Fatihah

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

TAKLIMAT OLEH KETUA MARSHALL SEBC


saiz hang dengan saiz aku sama ka?


I'm Sheriff Lobo... still remember me?


semua beratur ambil baju...


masa berkonvoi, kena utamakan keselamatan.. Zaman Ketua Marshall SEBC


yang belakang tu dengar betul2, nanti tak faham pulak..



he he he...


serius nampak.. 2 ahli baru- Shahidan dan Faizal (adik Man DS)


macam taklimat kursus memandu pulak


yang ni faham ka tak faham..


hebat Ketua Marshall punya penerangan ni..

Jumaat, 16hb. Oktober, 2009 - SEBC telaah mengadakan satu taklimat konvoi yang dihadiri oleh seramai 23 orang ahli SEBC bertempat di kedai Geegoluck. Taklimat disampaikan oleh Sdra Zaman selaku Ketua Marshall SEBC pada jam 9.00 pm. Beliau menerangkan tentang tatacara berkonvoi dan taklimat tersebut amat menarik sekali.
Pada majlis itu juga ahli2 SEBC menerima TShirt Kelab yang akan digunakan untuk aktiviti2 rasmi SEBC. Baju korporat akan menyusul selepas ini.
Geegoluck telah menaja makanan dan minuman pada malam itu dan kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau di atas kemurahan hatinya. Inilah sifat2 yang ada pada ahli2 SEBC iaitu pemurah dan sentiasa membantu.
Terima kasih semua..

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"