Sunday, May 30, 2010

KONVOI JUARA RAKYAT DI MATANG

Pada hari Ahad, 30 Mei yang lepas SEBC telah diberikan penghormatan untuk mengiringi Timb. Menteri- Dato' Hamzah Zainuddin yang merasmikan Program Juara Rakyat di kawasan Muzium Ngah Ibrahim, Matang. Seramai 22 orang ahli SEBC bersama 22 buah motosikal telah turun memberikan sokongan kepada program tersebut. Pertandingan motosikal cantik telah diadakan dan seramai 3 orang ahli SEBc telah memenangi acara tertentu di program tersebut. Saya akan upload gambar2 berkenaan jika mendapatnya daripada sesiapa yang menyertai program tersebut.

Terima kasih kepada Bro Geegoluck (PA En Ismail Safian- SUP YAB Menteri Besar Perak) dan juga Bro Kama (Naib Ketua Umno Bhg Bt Gantang) yang telah memberikan kepercayaan kepada SEBC. Ada satu laagi program yang lebih besar yang akan diadakan pada bulan Julai nanti di mana SEBC telah pun dipelawa secara lisan oleh pihak yang berkenaan.

Kepada semua ahli yang telah turun memberikan komitmen masing-masing, diucapkan jutaan terima kasih. SEBC terus bergerak aktif cuma saya sahaja yang keterbatasan masa untuk menyertainya. Begitu juga dengan laman blog ini yang agak slow kerana kesibukan saya sendiri.

Terima kasih...

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment