Sunday, January 3, 2010

PERJUMPAAN DENGAN GROUP SEBC DARI ZON PENANG


superbike 1000cc milik ahli baru (engineer)


ruang parkir


ahli2 mengambil kesempatan menatap gambar aktiviti SEBC


Abg Aziz Radio mengepalai bacaan doa sebelum majlis bermula


antara ahli yang hadir


baru dan lama


antara wanita yang hadir


hadirin mengaminkan doa


seperti biasa... mc SEBC, cikgu Razuan


Presiden sedang menyampaikan sesuatu


ucapan terima kasih dari Abg Saad


sepatah dua kata dari Faizal Penang


Abg Din yang ranggi..


ahli baru dari Penang


Taklimat dari Ketua Marshall- Zaman

We Are Brothers


group wanita di depan Zoo Taiping


bila malam menjelma...


detik perpisahan di Tol Kamunting


inilah tradisi kami di SEBC


SEBC telah mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli bagi meraikan kemasukan beberapa orang ahli baru dari Penang di bawah Ketuanya iaitu Faizal (adik Man DS) pada malam 25hb. Disember, 2009 yang lalu. Alhamdulillah majlis tersebut mendapat sambutan hangat. Pada malam itu kita menerima kemasukan ahli yang memiliki kapcai dan juga superbike 1000cc.
Alhamdulillah SEBC semakin mendapat tempat di hati peminat kelab motosikal. Majlis telah berlangsung di kedai Geegoluck. Selepas majlis selesai, kami sempat meronda ke Taman Tasik Taiping dan berakhir dengan bersalaman di Tol Kamunting pada jam 1.00 pagi. Sebanyak 20 buah motosikal ahli telah berjaya diturunkan pada hari tersebut. Memang gempak dan menyeronokkan.
Tahniah kepada semua yang telah bekerja kuat untuk SEBC!!

"simple bike easy ride"
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

GOTONG-ROYONG MERUNTUHKAN RUMAH ABG SAAD BAGI PEMBINAAN RUMAH MESRA RAKYAT


keadaan rumah asal

memulakan tugas


gang pecah rumah SEBC he he

sudah potong ka??


ini bukan buruh maut ya..


ni la dia kaki pech rumah yang sebenarnya..


bab melingkupkan serah kat kami


ingat tak lagu Buruh Kasar nyanyian Kump Kembara dulu?


ni pasukan Mandur SEBC he he


JUMAAT, 25hb. Disember, 2009- Satu majlis gotong-royong meruntuhkan rumah lama Abg Saad telah diadakan bagi memberikan laluan kepada pembinaan rumah baru beliau di bawah program Rumah Mesra Rakyat. Program telah bermula pada jam 08.00 pagi bertempat di rumahnya di Kg Tekah, Taiping dan berakhir kira-kira 3 jam kemudian. Ramai ahli yang telah turun memberikan bantuan dan mereka telah dihidangkan dengan sarapan pagi dan juga makan tengahari di rumah emak abg Saad. Alhamdulillah semangat berpasukan memang terbukti dan kerja yang susah pun menjadi senang apatah lagi dalam bab nak "meruntuhkan" ni...
Apapun, abg Saad sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan yang telah dihulurkan kepadanya. It's ok Bro, kicik punya hal..
"simple bike easy ride"
"WE ARE BROTHERS-KITA BERSAUDARA"

SELAMAT BERTEMU KEMBALI


SEBC akan mengaktifkan kembali laman blognya memandangkan ianya telah terhenti hampir 2 bulan kerana kesibukan saya menghabiskan kuliah di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg Petani sepanjang musim cuti sekolah tahun 2009 yang lalu. Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh tersebut di mana tidak sempat saya uploadkan ke laman blog ini. Saya akan memaparkan beberapa aktiviti besar yang telah dijalankan untuk tatapan para pengunjung laman blog ini.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.

"Simple Bike Easy Ride"
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Wednesday, November 18, 2009

BEREHAT SEKETIKA

Saya ingin memaklumkan kepada semua ahli SEBC dan juga para pengunjung laman blog SEBC ini bahawa saya akan berehat seketika dari pengendalian laman blog ini iaitu bermula dari 22hb. November, 2009 sehinggalah ke 23hb. Disember, 2009. Seperti biasa saya akan masuk kelas pengajian saya di Sg Petani.
Jika saya mempunyai masa yang terluang, maka saya akan cuba memberikan apa-apa input baru ke dalam laman blog ini. Kepada semua ahli SEBC, teruskanlah mana-mana aktiviti yang telah dirancang walaupun tanpa saya dan saya memberikan sepenuh sokongan kepada anda semua.
Untuk makluman awal, Pakyeh akan mengadakan korban (3 ekor lembu) pada Hari Raya Korban yang pertama, Pakleh akan mengadakan korban pada raya yang kedua. Sebelum itu kita ada gotong-royong mengecat surau (sila rujuk dengan Abg Saad).

Sekian, terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

PERJUMPAAN AHLI-AHLI SEBC

SEBC akan mengadakan satu perjumpaan sebagaimana ketentuan yang berikut:

Tarikh : 20hb. Nov 2009 (Jumaat)
Masa : 09.00 malam
Tempat : Kedai Geegoluck
Agenda : Perbincangan Konvoi ke Perlis

Semua ahli SEBC diminta hadir.

Terima Kasih

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Tuesday, November 10, 2009

PROGRAM RIADAH SEBC

SEBC ingin memaklumkan bahawa satu program riadah akan diadakan sebagaimana ketentuan yang berikut:

Tarikh : 15hb. Oktober, 2009 (Ahad)
Masa : 07.00 pagi
Tempat : Padang Esplanade
Pakaian : Baju T dan seluar trek
Fasilitator : Kapt. Zartamin B Awaludin (Pertahanan Awam)

Semua ahli SEBC diminta hadir.

Sekian, terima kasih.
simple bike easy ride

"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Monday, November 2, 2009

JAMUAN DI RUMAH MAN DS & MAJLIS HARI JADI ANAK ZAMAN


























AHAD . 31hb. Oktober, 2009- Man DS dan Zaman telah mengadakan majlis jamuan dan juga majlis hari jadi anak kembarnya pada jam 9.00 malam di rumah mereka di Taman Saujana Jaya, Assam Kumbang. Majlis pada jam 9.00 malam itu telah dikhaskan untuk ahli2 Kelab SEBC bagi memberikan ruang masa yang cukup panjang kepada ahli2 untuk beramah mesra. Ahli2 SEBC telah meluangkan masa sehingga jam 12.00 tengah malam di rumah mereka.

Keseluruhan ahli keluarga SEBC ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua keluarga yang telah sudi menjemput kami dan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan beroleh keberkatan dan kerahmatan hidup di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya kami datang bagai sebuah keluarga yang sentiasa kasih-mengasihi di antara satu sama lain. Terima kasih kepada semua.

simple bike easy ride "KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"