Tuesday, August 4, 2009

KIBARKAN JALUR GEMILANG





Kepada SEBC Biker's adalah diminta supaya mengibarkan jalur gemilang kebanggaan kita pada motosikal masing-masing sepanjang bulan kemerdekaan ini. Tunjukkan semangat patriotik kita yang tinggi kepada negara kita Malaysia. Jangan tunggu bendera percuma sahaja, keluarkan sedikit wang poket kita untuk membeli bendera tersebut yang sedia terjual di merata kedai sekarang ni. Ayuh, jangan tunggu lagi...
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

BUDI BAHASA AMALAN MULIA

Saya mengambil kesempatan di sini untuk memperingatkan kepada diri saya sendiri serta semua ahli SEBC supaya sentiasa menjaga akhlak serta ikatan persaudaraan sesama kita. Amalkanlah nilai budi bahasa yang baik sewaktu berkomunikasi dengan mana-mana pihak supaya nama baik SEBC akan sentiasa terjaga. Peganglah kepada motto kita iaitu "Kita Bersaudara-We Are Brothers". Jauhilah sifat-sifat yang buruk seperti hasad dengki, hipokrit dan sebagainya tetapi sebaliknya amalkanlah sifat-sifat yang mulia seperti bersopan-santun, berbudi bahasa, merendah diri, serta saling tolong-menolong sesama kita. Yang tua kita jadikan 'abang' serta 'kakak' manakala yang muda kita jadikan 'adik'. Setakat ini tiadalah apa2 yang buruk berlaku di dalam SEBC namun ini sekadar satu peringatan sahaja.
Satu lagi saya sekadar memperingati kepada semua ahli SEBC supaya mudah2an kita dapat sama-sama menjaga waktu solat walaupun ketika kita berkonvoi. Ingatlah bahawa hidup kita ini sekadar perjalanan menuju ke alam akhirat yang lebih kekal. Biar kita nampak rugged tetapi hubungan kita dengan Allah serta sesama manusia berada di dalam keadaan yang amat baik. Terima kasih.
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Monday, August 3, 2009

JAGUH UNTUK DIJUAL















keadaan injin yg masih baik


























































Jenis : Modenas Jaguh
Owner : Baru 1 tangan
Harga : RM3000 (nego)
Keadaan : Baik

Sesiapa yang berminat untuk membeli motosikal di atas sila hubungi:
Geegoluck- 012-5098520
Che Mat - 013-5205079

PORT DI KEDAI GEEGOLUCK - 3HB OGOS, 2009















Abg Rahim Presiden sedang sibuk berbincang















Mat Rock n The Gang















Pakleh, Cg Wan n Abg Tamin















orang kuat SEBC, Geegoluck n Paklong















canggih motor deme ni

Sebaik saja selesai majlis jamuan makan malam, Geegoluck call saya memaklumkan ramai gang SEBC yang port kat kedai dia untuk sembang2. Saya pun bergegas pergi dengan isteri ke sana dan memang ramailah rakan2 yang ada di sana. Semua sekali ada 15 buah motosikal. Rasa bersemangat betul melihatkan SEBC sekarang ni.. Masa mula2 nak tubuh dulu teruk juga berkejar untuk mencari ahli. Sekarang ni alhamdulillah sambutan begitu membanggakan. Alhamdulillah semua ahli SEBC amat akrab dan memang macam sebuah keluarga. Gambar di atas hanyalah sebahagian daripada aksi yg sempat dirakamkan di lensa kamera saya. Skrg ni ke mana pergi pun kamera mesti sentiasa ada kat dlm box mtr sbb nak mengabadikan saat2 manis SEBC. Hidup SEBC!!!!
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Sunday, August 2, 2009

KONVOI JALUR GEMILANG 2009

Kepada SEBC Biker's yang terlibat ( telah mendaftar sebagai peserta konvoi dgn KRT Jln Kg Dew- En Shanmugam) diminta bersiap sedia untuk menyertai konvoi tersebut yang akan diadakan pada 9hb Ogos (Ahad) ini. Semua biker diminta berkumpul di Dewan Orang Ramai Simpang.

Diminta semua biker supaya dapat menyelenggara motosikal masing2 kerana inilah kali pertama SEBC yang baru ditubuhkan ini mengambil bahagian di dalam program patriotik ini. Jarak perjalanan pula boleh tahan jauhnya iaitu dari Simpang ke Teluk Batik. Sila buat perkara berikut terhadap motosikal anda:
i. tukar minyak inijin (jika perlu)
ii. check rantai dan spoket
iii. cukai jalan
iv check tayar depan n belakang
v check lampu depan, belakang, signal, horn dan lampu brek
vi pasang jalur gemilang (saiz kecil) pada motosikal sepanjang bulan Ogos ni

Satu taklimat akan dipanggil di dalam masa yg terdekat ini berkaitan dengan program tersebut.
Sayugia diingatkan juga bahawa SEBC akan terlibat dengan 2 lagi program iaitu:

i. Program Gotong-royong dan pemeriksaan kesihatan bersama Pertahanan Awam di Sekolah
Semangat Maju - 15hb. Ogos, 2009 jam 08.00 am
ii. Program Konvoi Membawa Jalur Gemilang Bersama Pertahanan Awam dari Selama ke Parit
Buntar - 16hb. Ogos, 2009 jam 08.00 am (jam 07.00am SEBC perlu bertolak ke Selama)

Sekian, terima kasih.
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Jemputan Makan Malam Oleh Umno Bhg Bukit Gantang

Malam ni jam 9.00pm diminta semua SEBC Bikers berkumpul di Esso Simpang untuk kita sama-sama memenuhi jemputan Umno Bhg Simpang ke Masjlis Makan Malam. Sila pakai pakaian yang kemas dan sesuai dengan majlis. Terima kasih diucapkan kepada pihak UBBG kerana sudi menjemput kami. Yang penting bukaanlah kerana makan tetapi sebagai satu simbol persahabatan dan persaudaraan. Habis saja majlis tu kita cari port untuk membincangkan program pada 15hb & 16hb Ogos, 2009. Terima kasih daun keladi

"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

RONDA-RONDA KE KUALA KANGSAR















Susun kemas2.....















Ahli2 wanita yg setia















Taman Tasik Taiping- lokasi berkumpul SEBC Biker's















Sementara kwn2 siap bersolat asar serta mengisi minyak, sempat juga lepak sambil buka cerita sensasi..















Abg Dollah terlupa pakai baju tema hitam, x kisahlah janji seluar hitam he he.....















Aiii.... dari tadi tak siap2 lagi?















Bergambar dulu beb..















Bergambar di depan Istana Bukit Chandan















Menjamu selera di Lembah















Hidup di Malaysia ni mewah dengan makan..



Pada 2hb. Ogos yang lepas kira-kira 17 orang ahli SEBC dengan 10 buah motosikal telah memanaskan injin ke Kuala Kangsar. Ramai yang tidak dapat hadir kerana ada komitmen lain yang tidak dapat dielakkan. Mereka yang dapat mengikuti konvoi tersebut hanyalah Paklong & Maklong, Abg Aziz & isteri, Abg Tamin & isteri, Cg Mukther & isteri, Geegoluck, Che Mat, Abg Rahim, Komeng, Abg Dollah n Atan. Paling tidak 7 buah motor yang biasa ikut tak dapat ikut kali ni.. kalau tidak bertambah meriah lagi petang tu. Hari tu Abg Saad pergi ke Perlis, Mat Rock tolong member bisnes kat cubprix, Pakleh dgn Cikgu wan hantar anak balik asrama, Asrul ada dating dgn awex dia plak, Abg Brahim beli barang niaga, abg zul pun ada urusan yg tak dapat dielakkan

Pergi ke KK bukannya apa, saja nak lepak sambil pekena laksa dan cendol kat Lembah. Seronok betul bila SEBC dapat berkumpul sambil berbincang tentang perancangan SEBC seterusnya. Terasa pulak konvoi ni jaraknya dekat sangat.. dapat jauh sikit lagi bagus.. Apa kata lepas ni kita ke Cameron Hgland pulak

Saya paparkan beberapa keping gambar di atas berkaitan aktiviti di KK tu.

"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"