Sunday, August 2, 2009

KONVOI JALUR GEMILANG 2009

Kepada SEBC Biker's yang terlibat ( telah mendaftar sebagai peserta konvoi dgn KRT Jln Kg Dew- En Shanmugam) diminta bersiap sedia untuk menyertai konvoi tersebut yang akan diadakan pada 9hb Ogos (Ahad) ini. Semua biker diminta berkumpul di Dewan Orang Ramai Simpang.

Diminta semua biker supaya dapat menyelenggara motosikal masing2 kerana inilah kali pertama SEBC yang baru ditubuhkan ini mengambil bahagian di dalam program patriotik ini. Jarak perjalanan pula boleh tahan jauhnya iaitu dari Simpang ke Teluk Batik. Sila buat perkara berikut terhadap motosikal anda:
i. tukar minyak inijin (jika perlu)
ii. check rantai dan spoket
iii. cukai jalan
iv check tayar depan n belakang
v check lampu depan, belakang, signal, horn dan lampu brek
vi pasang jalur gemilang (saiz kecil) pada motosikal sepanjang bulan Ogos ni

Satu taklimat akan dipanggil di dalam masa yg terdekat ini berkaitan dengan program tersebut.
Sayugia diingatkan juga bahawa SEBC akan terlibat dengan 2 lagi program iaitu:

i. Program Gotong-royong dan pemeriksaan kesihatan bersama Pertahanan Awam di Sekolah
Semangat Maju - 15hb. Ogos, 2009 jam 08.00 am
ii. Program Konvoi Membawa Jalur Gemilang Bersama Pertahanan Awam dari Selama ke Parit
Buntar - 16hb. Ogos, 2009 jam 08.00 am (jam 07.00am SEBC perlu bertolak ke Selama)

Sekian, terima kasih.
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment