Tuesday, August 4, 2009

BUDI BAHASA AMALAN MULIA

Saya mengambil kesempatan di sini untuk memperingatkan kepada diri saya sendiri serta semua ahli SEBC supaya sentiasa menjaga akhlak serta ikatan persaudaraan sesama kita. Amalkanlah nilai budi bahasa yang baik sewaktu berkomunikasi dengan mana-mana pihak supaya nama baik SEBC akan sentiasa terjaga. Peganglah kepada motto kita iaitu "Kita Bersaudara-We Are Brothers". Jauhilah sifat-sifat yang buruk seperti hasad dengki, hipokrit dan sebagainya tetapi sebaliknya amalkanlah sifat-sifat yang mulia seperti bersopan-santun, berbudi bahasa, merendah diri, serta saling tolong-menolong sesama kita. Yang tua kita jadikan 'abang' serta 'kakak' manakala yang muda kita jadikan 'adik'. Setakat ini tiadalah apa2 yang buruk berlaku di dalam SEBC namun ini sekadar satu peringatan sahaja.
Satu lagi saya sekadar memperingati kepada semua ahli SEBC supaya mudah2an kita dapat sama-sama menjaga waktu solat walaupun ketika kita berkonvoi. Ingatlah bahawa hidup kita ini sekadar perjalanan menuju ke alam akhirat yang lebih kekal. Biar kita nampak rugged tetapi hubungan kita dengan Allah serta sesama manusia berada di dalam keadaan yang amat baik. Terima kasih.
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment