Tuesday, January 5, 2010

MAKLUMAN PROJEK MENGACAU BUBUR ASSYURA SEBC

SEBC akan mengadakan majlis yang tersebut di atas pada hari Ahad akan datang iaitu pada 10hb. Januari, 2010 jam 2.00 petang bertempat di rumah Pakleh di Air Putih.
Semua ahli SEBC diminta memberikan sumbangan sebanyak RM10/satu keluarga untuk digunakan bagi membeli bahan-bahan bubur assyura. Sumbangan boleh dibuat kepada Bendahari SEBC iaitu Geegoluck. Program akan dijalankan secara gotong-royong dan semua ahli diminta turun padang.
Tujuan program ini diadakan adalah sebagai satu tanda bahawa kita memperingati peristiwa-peristiwa yang bersejarah di dalam Islam dan menjadikan kita kumpulan bikers yang sentiasa menghayati agama.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Monday, January 4, 2010

KONVOI KE PENANG


menunggu feri


penulis bergambar di atas feri


menjamu selera di Padang Kota


motosikal Pakleh yang rosak akibat kemalangan


Pakleh cedera di muka dan tangan

SEBC bersama 17 orang ahli serta 9 buah motosikal telah meluangkan masa untuk berkonvoi ke Penang pada 02hb. januari, 2010 yang lalu. Konvoi mula bergerak pada jam 06.15 petang dari Tol Kamunting dan b erhenti di Tol Juru untuk bersolat Maghrib. Antara yang mengikuti konvoi adalah saya suami isteri, abg tamin suami isteri, abg saad suami isteri, pakleh suami isteri, abg aziz yb suami isteri, man ds suami isteri, faizal suami isteri, abg din dan ah keat (ahli baru)
Kami ke penang dengan menaiki feri dan singgah makan di padang kota. Selepas itu abg din bawa kami pusing penang dengan melalui jalan-jalan yang agak merbahaya selekohnya terutama di kawasan Balik Pulau dan Batu Feringgi. Tambahan pula ride pada waktu malam.
Agak malang apabila tiba di kawasan Barat Daya, Pakleh suami isteri telah kemalangan akibat mengelak sebuah kereta yang memandu secara merbahaya pada sekitar jam 01.00 pagi. Akibatnya Pakleh cedera agak teruk di muka dan isterinya mengalami lebam2 di tangan. Motosikal Pakleh rosak di bahagian hadapan dan dapat kami perbaiki sendiri. Kami memberikan rawatan kecemasan kepada Pakleh dan mujurlah saya ada membawa serba sedikit peralatan dan ubat di kotak motosikal saya. Kesian Pakleh tetapi dia kuat orangnya maklumlah orang JPA3.
Pakleh masih dapat menunggang walaupun di dalam kecederaan dan dapat sampai ke rumah dengan selamat dan diberikan rawatan seterusnya.
Malang sekali lagi apabila motosikal Ah Keat pancit tayar belakang sewaktu tiba di kilometer 188 berhampiran Bukit Merah. Nasib baik dapat tahan lori dan menghantar motosikal ke kedai di Kamunting.
Banyak sungguh pengalaman pada konvoi kali ini yang memberikan pengajaran di dalam beberapa perkara. Pertama soal keselamatan diri dan motosikal serta semangat setia kawan.
Saya masih teringat segalanya kerana ianya berlaku di hadapan mata..

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Sunday, January 3, 2010

SAMBUTAN TAHUN BARU 2010 SEBC-RAKAN COP


Naib Presiden I, Che Mat selaku Pengerusi Sambutan


Yg Setia Sjn Mejar Tuan Saad, Ketua Polis Balai Simpang




jemaah Surau Taman Kaya


antara gang yang hadir


ramai ahli keluarga dan orang luar yang datang


makan jangan tak makan


Tuan Saad sedang menyampaikan hadiah

SEBC telah mengadakan sambutan Tahun Baru 201 0 dan penyertaan Rakan-Cop oleh ahli2 SEBC. Majlis telah berlangsung di kebun Sdra Bain di lokasi tasik Taman Kaya. Kawasannya indah dan telah terdiri sebuah dangau yang cantik hasil usaha-sama Che Mat dan Bain.
Ramai ahli yang turun dan majlis tersebut berlangsung dengan gilang gemilang.
Majlis penyertaan Rakao-Cop telah disempurnakan oleh Yg Setia Sjn Mjr Tuan Saad, Ketua Polis Balai Simpang. Kami di SEBC mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Tuan Saad untuk bekerjasama dengan kami. Kami berjanji akan menberikan sepenuh komitmen dan kerjasama kepada pihak Polis dalam menangani jenayah.
Majlis dimeriahkan dengan persembahan karaoke yang ditaja oleh Sdra Mat Rock. Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam telah berakhir pada jam 02.00 pagi. Terima kasih kepada semua ahli, para hadirin yang telah sudi bersama menjayakan program kami. Semoga kita akan bersama lagi.

simple bike easy ride
"WE ARE BROTHERS-KITA BERSAUDARA"

KONVOI MENGIRINGI PENGANTIN- ADIK IPAR SDRA KAMAL (SU)








Khamis, 31hb. Disember, 2009- SEBC telah mengiringi adik ipar Sdra Kamal yang telah menjadi Raja Sehari. Konvoi bermula di Kuaters Tentera Kelapa Line dan berakhir di Taman Berkat. Sebanyak 18 buah motosikal telah mengiringi konvoi tersebut.
Sdra Kamal sertas seisi keluarga telah mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan konvoi tersebut dan beliau melahirkan rasa gembiranya dengan komitmen yang telah diberikan oleh ahli2 SEBC. No problem Bro....
Kami pun mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sdra Kamal yang telah menjalankan tugasnya sebagai SU SEBC dengan begitu baik sekali. Sdra Kamal akan berkursus di Kuala Lumpur selama 1 bulan dan kita akan berikan execuse kepada dia untuk menumpukan perhatian kepada tugasnya.

"simple bike easy ride"
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

PERJUMPAAN DENGAN GROUP SEBC DARI ZON PENANG


superbike 1000cc milik ahli baru (engineer)


ruang parkir


ahli2 mengambil kesempatan menatap gambar aktiviti SEBC


Abg Aziz Radio mengepalai bacaan doa sebelum majlis bermula


antara ahli yang hadir


baru dan lama


antara wanita yang hadir


hadirin mengaminkan doa


seperti biasa... mc SEBC, cikgu Razuan


Presiden sedang menyampaikan sesuatu


ucapan terima kasih dari Abg Saad


sepatah dua kata dari Faizal Penang


Abg Din yang ranggi..


ahli baru dari Penang


Taklimat dari Ketua Marshall- Zaman

We Are Brothers


group wanita di depan Zoo Taiping


bila malam menjelma...


detik perpisahan di Tol Kamunting


inilah tradisi kami di SEBC


SEBC telah mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli bagi meraikan kemasukan beberapa orang ahli baru dari Penang di bawah Ketuanya iaitu Faizal (adik Man DS) pada malam 25hb. Disember, 2009 yang lalu. Alhamdulillah majlis tersebut mendapat sambutan hangat. Pada malam itu kita menerima kemasukan ahli yang memiliki kapcai dan juga superbike 1000cc.
Alhamdulillah SEBC semakin mendapat tempat di hati peminat kelab motosikal. Majlis telah berlangsung di kedai Geegoluck. Selepas majlis selesai, kami sempat meronda ke Taman Tasik Taiping dan berakhir dengan bersalaman di Tol Kamunting pada jam 1.00 pagi. Sebanyak 20 buah motosikal ahli telah berjaya diturunkan pada hari tersebut. Memang gempak dan menyeronokkan.
Tahniah kepada semua yang telah bekerja kuat untuk SEBC!!

"simple bike easy ride"
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

GOTONG-ROYONG MERUNTUHKAN RUMAH ABG SAAD BAGI PEMBINAAN RUMAH MESRA RAKYAT


keadaan rumah asal

memulakan tugas


gang pecah rumah SEBC he he

sudah potong ka??


ini bukan buruh maut ya..


ni la dia kaki pech rumah yang sebenarnya..


bab melingkupkan serah kat kami


ingat tak lagu Buruh Kasar nyanyian Kump Kembara dulu?


ni pasukan Mandur SEBC he he


JUMAAT, 25hb. Disember, 2009- Satu majlis gotong-royong meruntuhkan rumah lama Abg Saad telah diadakan bagi memberikan laluan kepada pembinaan rumah baru beliau di bawah program Rumah Mesra Rakyat. Program telah bermula pada jam 08.00 pagi bertempat di rumahnya di Kg Tekah, Taiping dan berakhir kira-kira 3 jam kemudian. Ramai ahli yang telah turun memberikan bantuan dan mereka telah dihidangkan dengan sarapan pagi dan juga makan tengahari di rumah emak abg Saad. Alhamdulillah semangat berpasukan memang terbukti dan kerja yang susah pun menjadi senang apatah lagi dalam bab nak "meruntuhkan" ni...
Apapun, abg Saad sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan yang telah dihulurkan kepadanya. It's ok Bro, kicik punya hal..
"simple bike easy ride"
"WE ARE BROTHERS-KITA BERSAUDARA"

SELAMAT BERTEMU KEMBALI


SEBC akan mengaktifkan kembali laman blognya memandangkan ianya telah terhenti hampir 2 bulan kerana kesibukan saya menghabiskan kuliah di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg Petani sepanjang musim cuti sekolah tahun 2009 yang lalu. Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh tersebut di mana tidak sempat saya uploadkan ke laman blog ini. Saya akan memaparkan beberapa aktiviti besar yang telah dijalankan untuk tatapan para pengunjung laman blog ini.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.

"Simple Bike Easy Ride"
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"