Tuesday, January 5, 2010

MAKLUMAN PROJEK MENGACAU BUBUR ASSYURA SEBC

SEBC akan mengadakan majlis yang tersebut di atas pada hari Ahad akan datang iaitu pada 10hb. Januari, 2010 jam 2.00 petang bertempat di rumah Pakleh di Air Putih.
Semua ahli SEBC diminta memberikan sumbangan sebanyak RM10/satu keluarga untuk digunakan bagi membeli bahan-bahan bubur assyura. Sumbangan boleh dibuat kepada Bendahari SEBC iaitu Geegoluck. Program akan dijalankan secara gotong-royong dan semua ahli diminta turun padang.
Tujuan program ini diadakan adalah sebagai satu tanda bahawa kita memperingati peristiwa-peristiwa yang bersejarah di dalam Islam dan menjadikan kita kumpulan bikers yang sentiasa menghayati agama.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment