Kami ke penang dengan menaiki feri dan singgah makan di padang kota. Selepas itu abg din bawa kami pusing penang dengan melalui jalan-jalan yang agak merbahaya selekohnya terutama di kawasan Balik Pulau dan Batu Feringgi. Tambahan pula ride pada waktu malam.
Agak malang apabila tiba di kawasan Barat Daya, Pakleh suami isteri telah kemalangan akibat mengelak sebuah kereta yang memandu secara merbahaya pada sekitar jam 01.00 pagi. Akibatnya Pakleh cedera agak teruk di muka dan isterinya mengalami lebam2 di tangan. Motosikal Pakleh rosak di bahagian hadapan dan dapat kami perbaiki sendiri. Kami memberikan rawatan kecemasan kepada Pakleh dan mujurlah saya ada membawa serba sedikit peralatan dan ubat di kotak motosikal saya. Kesian Pakleh tetapi dia kuat orangnya maklumlah orang JPA3.
Pakleh masih dapat menunggang walaupun di dalam kecederaan dan dapat sampai ke rumah dengan selamat dan diberikan rawatan seterusnya.
Malang sekali lagi apabila motosikal Ah Keat pancit tayar belakang sewaktu tiba di kilometer 188 berhampiran Bukit Merah. Nasib baik dapat tahan lori dan menghantar motosikal ke kedai di Kamunting.
Banyak sungguh pengalaman pada konvoi kali ini yang memberikan pengajaran di dalam beberapa perkara. Pertama soal keselamatan diri dan motosikal serta semangat setia kawan.
Saya masih teringat segalanya kerana ianya berlaku di hadapan mata..
simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
No comments:
Post a Comment