Monday, March 29, 2010

MAJLIS TAHLIL MEJAR (B) ABDUL RAHMAN


Mejar (B) Abdul Rahman

Mejar (B) Abdul Rahman telah mengadakan majlis tahlil sempena keberangkatan beliau suami isteri ke Mekah untuk menunaikan umrah. Majlis telah diadakan di rumah beliau pada 28 Mac 2010 yang lalu. Ramai ahli keluarga SEBC yang telah hadir manakala saya sampai agak lewat sedikit kerana mewakili Boss saya merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Prianita Berhad pada jam 11.00 Assam Kumbang.
Mudah-mudahan Mejar dan isteri dapat menunaikan ibadah dengan lancar dan semoga diberkati Allah segala amalan. Lambai2lah kami dari sana.

Maaf kerana tidak dapat upload gambar kerana saya tidak membawa kamera ketika itu.

Sekian, terrima kasih

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

PERBINCANGAN HARI KELUARGA SEBC 2010




perbincangan bagi program Hari Keluarga SEBC 2010 telah diadakan pada 27 Mac 2010, jam 9.00 malam bertempat di rumah Abg Tamin di Taman Kaya, Taiping. Ramai yang turun untuk berbincang berkaitan dengan program tersebut yang akan diadakan pada bulan Mei 2010.
Hasil perbincangan adalah seperti berikut:

Pengerusi Program: Abg Tamin
Tempat : Chalet Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang
Bayaran : RM10/head
Butiran lanjut akan dimaklumkan kemudian setelah Jawatankuasa Induk SEBC bermesyuarat.
Terima kasih diucapkan kepada Abg Tamin sekeluarga serta Pakyeh di atas tajaan jamuan pada mesyuarat tersebut.

Terima kasih

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Wednesday, March 24, 2010

VULCAN VN500 CLASSIC FOR SALE






I'v one Vulcan VN500 to sale for intrested buyer only. The detail is:

Model : Vulcan VN500 classic (original)
Year : 1996 (registered)
Owner: u'll be the third
Color : original colours with original leather at d tank (kawasaki)
Engine: very smooth n no problem for long journey
Reason to sell: hv a rest from biking 4 a little while
Selling price: RM15.5K cash (negotiable 4 a little bit only until i get my asking price)
Another spec: new rear tyre, new radiator, siren, side box, luggage box, rdtax until july n inssurnce until jan 2011, head lamp hs been changed but i still keep d original head lamp.
Mileage: Below 1o ooo km

For intrested buyer, kindly contact my number @ 019-5219292. My area is in Taiping.

Thank you

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Thursday, March 18, 2010

LAGI GAMBAR2 SEMASA KONVOI KE PADANG BESAR


BERGAMBAR BERAMAI2 DI KG PAYA GURING



GANG KELAB JAGUH PERLIS. MACAM2 MOTOR ADA...




BERGAMBAR DI GUA KELAM

Gambar2 di atas menunjukkan sebahagian daripada aktiviti SEBC di Padang Besar yang mana saya tidak dapat menyertainya. Macam2 aktiviti telah diadakan serta sambutan yang cukup meriah di sana.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Thursday, March 11, 2010

RENUNGAN DI HARI JUMAAT- 12 MAC 2010

10 ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT:

Pada hari Jumaat kali ini marilah kita renungkan sejenak tentang bagaimana Allah memelihara hambaNya yang beriman kepadaNya.
Diceritakan daripada satu riwayat, apabila semua makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semua berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun(umur akhirat) dalam keadaan tidak makan dan minum, tidak duduk dan tidak bercakap.
Lalu bertanya seseorang kapada Rasulullah s.a.w, "Bagaimanakah kita dapat mengenali orang yang mukmin?". Lalu jawab Rasulullah s.a.w, "Umatku dikenal melalui wajahnya yang putih bersih kerana wudhu. Bila Malaikat datang ke kubur mereka lalu membersihkan debu yang ada di bahagian tubuh melainkan pada bahagian sujud. Debu itu bukanlah dari debu kubur merekaa tetapi debu dari keimanan mereka. Oleh itu tinggallah debu-debu itu sehinggalah mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga. setiap orang melihat dan mengetahui bahawa Mukmin itu adalah pelayanKu dan hambaKu.

Disebutkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa ada 10 orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput iaitu:
1. Para Nabi
2. Para ahli Jihad
3. Para ali Ulama
4. Para Syuhada
5. Para penghafal Al-Quran
6. Imam atau pemimpin yang adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati melahirkan anak
9. Orang yang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jikalau mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Sekianlah untuk kali ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit sebanyak kebaikan kepada kehidupan kita. Wallahualam.

Terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"


Terima kasih

PROGRAM SEBC PADA 14 MAC 2010

Pada 14 Mac 2010 ini SEBC menerima jemputan untuk mengiringi pengantin sempena perkahwinan adik Sdra Khalid Ratus di Kg Ribu, Kuala Kangsar. Sehubungan dengan itu semua ahli SEBC yang berkelapangan diminta supaya dapat turun bagi memenuhi undangan serta memeriahkan majlis perkahwinan tersebut. Sila rujuk ketentuan berikut:

Tarikh : 14 Mac 2010 (Ahad)
Masa : 11.00 pagi berkumpul di Caltex Simpang
12.00 tengahari mengiringi pengantin dari Masjid Kg Lubuk Merbau sehinggalah ke Kg Ribu.
Semua ahli diminta memakai pakaian yang bersesuaian.

Pada 14 Mac 2010 juga Pakleh mengadakan kenduri doa selamat di rumahnya di Kg Air Putih. Semua ahli dijemput hadir.

Silalah aturkan masa bagi kedua-dua program yang tersebut di atas.

NOTA: Saya memohon berbanyak kemaafan tidak dapat menyertai program tersebut kerana berada di Sg Petani selama 1 minggu bermula dari 14 Mac 2010 atas urusan pengajian saya.

Sekian terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Monday, March 8, 2010

MAJLIS SUAIKENAL AHLI BARU


halaman rumah penuh sesak




Abg Aziz YB dgn Paklang Bakar



Mr Teh sedang memerhatikan sesuatu



Pakleh di sisi motosikal Mr Teh



singgah di Masjid As Syafiee untuk solat Asar



berhenti di masjid


Pada hari Ahad 08 Mac 2010 yang lalu SEBC telah mengadakan majlis suaikenal dengan Tn Hj Abdullah di rumahnya di Jalan Banjar, Bagan Serai. Majlis telah berlangsung pada jam 3.30 petang. Ketika itu saya dalam perjalanan pulang dari Cameron Highland atas urusan peribadi.
Sebanyak 22 buah motosikal ahli telah berjaya dikumpulkan dengan kehadiran ahli serama hampir 40 orang. Itu pun Pak Din Jamboi, Bro Z, Jan, Arikhin, Abg Jalil dan gang2 Penang tak dapat turun. Motor saya sendiri pun lama dah tak bergerak.
Terima kasih kepada Tn Haji yang telah bersusah payah menyediakan bihun sup yang amat sedap rasanya. Ada kuih-muih dan buah-buahan pulak tu. Semoga dimurahkan rezeki hendaknya.
Selepas itu gang SEBC pergi ke Ban Pecah dan saya berpisah dengan group di Masjid as-Syafiee, Jalan Baru.
Alhamdulillah semoga Kelab SEBC semakin berkembang.

Terima kasih buat semua.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Thursday, March 4, 2010

RENUNGAN DI HARI JUMAAT 5 MAC 2010

SEBC ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyeru kepada semua ahli supaya dapat terus menjaga hubungan baik sesama ahli dan seterusnya sesama umat manusia di muka bumi ini. Jadikanlah amalan hormat-menghormati serta kasih-mengasihi sebagai satu budaya yang hidup subur sesama kita.
Janganlah kita menyakiti hati saudara kita walau dengan apa cara jua sekalipun. Perbualan harus terjadi dalam suasana yang paling indah dan harmoni. Andainya kita mahu membuat apa jua teguran yang perlu, maka kita harus berfikir semasak-masaknya bagaimanakah untuk kita membuat teguran itu supaya tiada hati yang akan terluka atau terguris. Berkomunikasi dengan sesama manusia memerlukan satu cara atau kaedah yang paling berhemah serta bijak.
Orang yang paling hebat darjatnya adalah mereka yang paling lemah-lembut budi bahasanya serta paling pemaaf kepada orang yang melakukan kesalahan terhadapnya. Orang yang hebat akan kurang berkata-kata kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah. Orang yang dikasihi adalah orang yang terlebih dahulu mengasihi orang lain dan orang yang dihormati adalah orang yang terlebih dahulu menghormati orang lain.
Ingatlah semua, satu jari yang ditunjukkan ke arah orang lain maka akan ada empat jari yang akan menunjukkan ke arah kita pula.. Wallahualam

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

MAKLUMAN PROGRAM - AHAD 7 MAC 2010

Pada hari Ahad 7 Mac ini, SEBC akan mengadakan 2 program iaitu:

1. Menghadiri jemputan perkahwinan adik kepada Along (Pomen SEBC) pada jam 12.30 tengahari di Kg Setia Jaya, Kamunting

2. Majlis suaikenal ahli baru SEBC yang mengambil tempat di rumah Tn Hj Abdullah di Kg Masjid Tinggi, Bagan Serai pada jam 03.30 petang.

Untuk kedua-dua program ini, para ahli diminta berkumpul di Stesen Keretapi Taiping pada jam 12.00 tengahari. Selepas kenduri Along, kita akan bersolat Fardhu Zohor di Masjid Tinggi, Bagan Serai dan selepas itu terus ke rumah Tn Hj Abdullah untuk menjayakan majlis suaikenal tersebut. Kepada semua ahli sila berpakaian kemas dan bersesuaian.

Sekian, terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Monday, March 1, 2010

PROGRAM CERAMAH MAULIDUR RASUL ANJURAN BERSAMA SURAU TMN SG MAS - SEBC (UP-DATES)


Surau Tmn Sg Mas tempat berlangsungnya program Maulidur Rasul



Al-Fadil Ustaz tn Hj Ismail Anang sedang mengajar



Abg Rahim Presiden SEBC sedang bercerita



Khalid Ratus, Che Mat dan Abg Aziz YB sedang tekun mendengar sesuatu



berkumpul selepas selesai majlis



saya bersama orang kuat SEBC, Paklang Bakar

Alhamdulillah, SEBC bukan sahaja sebuah kelab bermotosikal tetapi juga adalah sebuah badan yang bertindak sebagai platform penganjuran majlis-majlis kebajikan. Inilah adalah sebahagian daripada peranan yang telah kami mainkan dan membuktikan bahawa penubuhan SEBC bukanlah sekadar untuk mengisi masa untuk bersuka-suka sahaja. Kami jadikan SEBC sebagai satu wadah untuk memenuhi tuntutan duniawi dan akhirat jua. banyak lagi aktiviti yang akan dianjurkan dan kita akan memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakannya, insyaAllah.
Terima kasih.

Laman asal:

Adalah dimaklumkan kepada semua ahli dan juga para pelayar laman blog ini bahawa satu majlis ilmu sempena Maulidur Rasul akan diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh : 2 Mac 2010
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Tmn Sg Mas
Penceramah: Ustaz Ismail Anang (Bagan Serai)

Hadirin-hadirat dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis.

Terima kasih

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

KERJASAMA SEBC - JPA3


sementara menunggu konvoi JPA3 Pulau Pinang tiba di lokasi



siap sedia untuk bergerak



perbarisan di hadapan Pejabat JPA3 Cawangan Taiping



berarak masuk ke kawasan JPA3 Cawangan Taiping



jamuan makan tengahari

SEBC telah bekerjasama dengan pihak JPA3 Cawangan Taiping bagi menyambut seramai 30 bikers dari JPA3 Pulau Pinang pada 28 Febuari 2010 yang lalu. Kumpulan Konvoi JPA3 Pulau Pinang telah diiringi oleh seramai 10 orang bikers dari SEBC yang terdiri daripada saya sendiri, Abg Tamin, Pakleh, Cikgu Wan, Che Mat, Abg Saad, Pakyeh, Abg Aziz Radio, Paklang Bakar dan juga Pak Yob. Kami telah mengiringi mereka dari Air Putih sehinggalah ke JPA3 Cawangan Taiping di Pokok Asam.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"