Thursday, March 4, 2010

RENUNGAN DI HARI JUMAAT 5 MAC 2010

SEBC ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyeru kepada semua ahli supaya dapat terus menjaga hubungan baik sesama ahli dan seterusnya sesama umat manusia di muka bumi ini. Jadikanlah amalan hormat-menghormati serta kasih-mengasihi sebagai satu budaya yang hidup subur sesama kita.
Janganlah kita menyakiti hati saudara kita walau dengan apa cara jua sekalipun. Perbualan harus terjadi dalam suasana yang paling indah dan harmoni. Andainya kita mahu membuat apa jua teguran yang perlu, maka kita harus berfikir semasak-masaknya bagaimanakah untuk kita membuat teguran itu supaya tiada hati yang akan terluka atau terguris. Berkomunikasi dengan sesama manusia memerlukan satu cara atau kaedah yang paling berhemah serta bijak.
Orang yang paling hebat darjatnya adalah mereka yang paling lemah-lembut budi bahasanya serta paling pemaaf kepada orang yang melakukan kesalahan terhadapnya. Orang yang hebat akan kurang berkata-kata kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah. Orang yang dikasihi adalah orang yang terlebih dahulu mengasihi orang lain dan orang yang dihormati adalah orang yang terlebih dahulu menghormati orang lain.
Ingatlah semua, satu jari yang ditunjukkan ke arah orang lain maka akan ada empat jari yang akan menunjukkan ke arah kita pula.. Wallahualam

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment