Thursday, March 11, 2010

RENUNGAN DI HARI JUMAAT- 12 MAC 2010

10 ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT:

Pada hari Jumaat kali ini marilah kita renungkan sejenak tentang bagaimana Allah memelihara hambaNya yang beriman kepadaNya.
Diceritakan daripada satu riwayat, apabila semua makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semua berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun(umur akhirat) dalam keadaan tidak makan dan minum, tidak duduk dan tidak bercakap.
Lalu bertanya seseorang kapada Rasulullah s.a.w, "Bagaimanakah kita dapat mengenali orang yang mukmin?". Lalu jawab Rasulullah s.a.w, "Umatku dikenal melalui wajahnya yang putih bersih kerana wudhu. Bila Malaikat datang ke kubur mereka lalu membersihkan debu yang ada di bahagian tubuh melainkan pada bahagian sujud. Debu itu bukanlah dari debu kubur merekaa tetapi debu dari keimanan mereka. Oleh itu tinggallah debu-debu itu sehinggalah mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga. setiap orang melihat dan mengetahui bahawa Mukmin itu adalah pelayanKu dan hambaKu.

Disebutkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa ada 10 orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput iaitu:
1. Para Nabi
2. Para ahli Jihad
3. Para ali Ulama
4. Para Syuhada
5. Para penghafal Al-Quran
6. Imam atau pemimpin yang adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati melahirkan anak
9. Orang yang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jikalau mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Sekianlah untuk kali ini, semoga ianya dapat memberikan sedikit sebanyak kebaikan kepada kehidupan kita. Wallahualam.

Terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"


Terima kasih

No comments:

Post a Comment