Thursday, March 11, 2010

PROGRAM SEBC PADA 14 MAC 2010

Pada 14 Mac 2010 ini SEBC menerima jemputan untuk mengiringi pengantin sempena perkahwinan adik Sdra Khalid Ratus di Kg Ribu, Kuala Kangsar. Sehubungan dengan itu semua ahli SEBC yang berkelapangan diminta supaya dapat turun bagi memenuhi undangan serta memeriahkan majlis perkahwinan tersebut. Sila rujuk ketentuan berikut:

Tarikh : 14 Mac 2010 (Ahad)
Masa : 11.00 pagi berkumpul di Caltex Simpang
12.00 tengahari mengiringi pengantin dari Masjid Kg Lubuk Merbau sehinggalah ke Kg Ribu.
Semua ahli diminta memakai pakaian yang bersesuaian.

Pada 14 Mac 2010 juga Pakleh mengadakan kenduri doa selamat di rumahnya di Kg Air Putih. Semua ahli dijemput hadir.

Silalah aturkan masa bagi kedua-dua program yang tersebut di atas.

NOTA: Saya memohon berbanyak kemaafan tidak dapat menyertai program tersebut kerana berada di Sg Petani selama 1 minggu bermula dari 14 Mac 2010 atas urusan pengajian saya.

Sekian terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment