Sunday, January 31, 2010

GALERI KURSUS LATIHAN ASAS MARSHAL SEBC TAIPING - TASIK BANDING - BUKIT BUNGA, KELANTAN 2010


suasana pada awal pagi di perkarangan Balai Polis Simpang



4X4 Rescue Team SEBC


anggota polis Balai simpang membantu Che Mat memperbetulkan vest


sesi perasmian di dalam Bilik Mesyuarat Balai Simpang



ahli2 tekun mendengar ucapan OCS


OCS bertanyakan sesuatu kepada Timb. Presiden SEBC


Timb. Presiden menyampaikan cenderahati kepada Tuan OCS, SM Saad B Mokthar



ahli2 Zon Taiping bergambar beramai2 sebelum upacara pelepasan oleh Tuan OCS


seorang lagi ahli baru- Mejar (B) Rahman


Zaman selaku Ketua Marshal memberikan taklimat sewaktu di Padang Rengas



konvoi berhenti di Lenggong


barisan motosikal sewaktu di Lenggong


SEBC tiba di Gerik


taklimat Presiden di Gerik


saya bersama Abg Tamin di Puncak Titiwangsa


wa are brothers


tiba di Bukit Bunga, Jeli


berbincang apa nak beli kot..


di Tasik Banding sewaktu balik


saya bersama Pakyeh


Tasik Banding yang indah di waktu senja


sesi brainstorming


semua ahli memberikan pendapat dan pandangan masing2


mendengar dengan teliti merupakan satu aspek yang amat penting


kalau ada sebarang kesilapan, kita tegur-menegur dan cuba memperbetulkannya


happy...


bagai aur dengan tebing



kami bersedia untuk aktiviti seterusnya!


kami sedia berkorban untuk misi dan visi Kelab kami..


mengisi minyak di Gerik sewaktu balik


singgah makan di Tasik Raban


tiba di R&R Bukit Gantang


bacaan doa penutup oleh Tn Hj Bakar atau Paklang



semoga Allah memberkati segala usaha kami


inilah keakraban kami..selamat berpisah di sini

SEBC dengan jayanya telah menyelesaikan Kursus Asas Latihan Marshal bagi fasa 1 pada 30hb. Januari, 2010. Kursus yang telah dirancang pada penghujung tahun 2009 itu akhirnya berjaya direalisasikan pada awal tahun 2010. Kursus fasa 1 ini adalah bertujuan untuk melatih ahli2 Kelab sebagai Marshal yang akan membantu pergerakan-pergerakan konvoi yang dianjurkan oleh SEBC sendiri ataupun daripada jemputan pihak-pihak luar yang semakin berminat untuk mendapatkan khidmat SEBC sekarang ini.

Majlis perasmian dan pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh Ketua Polis Balai Simpang iaitu Yang Setia SM En Saad B Mokthar. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh bermakna ini amat berharga sekali buat kami di mana SEBC telah menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak PDRM khususnya warga Balai Simpang. Ini adalah lanjutan daripada penyertaan ahli2 SEBC sebagai Rakan Cop yang dibuat semasa sambutan tahun baru SEBC di Taman Kaya akhir tahun lalu yang juga disempurnakan oleh SM En. Saad B Mokthar.

Konvoi telah bergerak pada jam 8.10 pagi dan kemudian telah bersatu dengan group Zon Kuala Kangsar dan akhirnya bercantum dengan group Penang di Gerik. SEBC telah mencuri perhatian peminat2 motosikal di Gerik apabila puluhan pemilik motosikal telah bertemu di Stesen Minyak Petronas. Saya sempat memberikan brousher SEBC kepada seorang peminat motosikal di sana. Jumlah keseliruhan motosikal SEBC di Gerik ialah 21 buah dengan 1 unit 4X4.

Kami meneruskan perlanan dan singgah makan tengahari di kawasan R&R Sungai Lengay. Boleh tahan harga makanan di situ.. maklumlah tengok group motor datang. Selepas itu kami terus ke Bukit Titiwangsa untu melakukan solat jemaah jamak dan qasar bagi waktu zohor dan asar. Selesai solat, kami terus mengisi minyak di Jeli. Satu lagi brousher diberikan kepada seorang peminat motosikal di sana. Alhamdulillah sepanjang perjalanan dari Bukit Bunga kami telah di'escort' oleh seorang kenalan yang berminat untuk menjadi rangkaian SEBC di Kelantan. Alhamdulillah Kelab ini semakin berkembang lagi.

SEBC tiba di Bukit Bunga pada jam 4.15 petang dan ahli2 bebas bergerak mengikut haluan masing2. Saya dan Che Mat mengambil kesempatan membasahkan tekak di sebuah warung.
Kami berlepas pulang pada jam 5.30 petang dan tiba di Tasik Banding pada jam 6.30 petang. Sementara menunggu waktu solah jamak mahgrib dan isyak, kami mengadakan sesi brainstorming dan semua ahli memberikan pandangan serta pendapat masing2. Idea dan kritikan cukup membina.

Selesai solat, kami berlepas ke Gerik untuk mengisi minyak dan singgah makan malam di Tasik Raban. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Bukit Gantang melalui Lebuhraya Utara Selatan dan berhenti di R&R Bukit Gantang untuk upacara penutup di situ.

Secara keseluruhan semua marshal SEBC telah berjaya menjalani satu proses pembelajaran yang amat menarik dan berkesan. Perjalanan yang menjangkau 600 km lebih bagi group Taiping dan 700 km lebih bagi group Penang telah memberikan pengalaman yang amat berharga sekali. Itulah kehebatan SEBC.

Akhirnya saya mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada semua ahli SEBC yang terlibat. Kalaulah Pakleh, Cg wan, Zul Jelapang, Along Pomen, Mat Jan, Shahidan, Ah Keat, Mr Teh, kamal serta Abg Khalid dapat turut serta, jumlah kesemuanya adalah 31 buah motosikal! (ahli SEBC sahaja). Sayang, mereka ada hal yang tak dapat dielakkan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn OCS Balai Simpang iaitu SM Mat Saad B Mokthar yang telah sudi merasmikan serta membuat pelepasan kepada konvoi kami. Tak lupa terima kasih kepada Tn Hj Bakar yang telah mengimamkan solat2 kami.

Sekian saja untuk kali ini, terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment