Tak banyak motosikal yang dapat dikumpulkan pada malam ni (Khamis, 28hb. Januari, 2010), cuma dapat setakat 15 buah saja. Yang lain turun ke kedai Geegoluck dengan kereta. Ramai yang tak dapat hadir juga kerana ada hal yang tak dapat dielakkan. Parking memang padat dengan kenderaan ahli2 SEBC.
Cikgu Wan selaku MC mengendalikan sesi pada malam tersebut. Beliau telah memperjelaskan tentang tujuan Latihan Marshal diadakan dan secara kebetulan pula ada aktiviti besar yang sedia menunggu SEBC selepas ini. Tak sia-sialah kita adakan latihan ini.
Saya selaku Pengerusi Biro Disiplin amat menitikberatkan soal disiplin semasa kita menjalani latihan konvoi ini. Kita perlu menitikberatkan soal keselamatan dan program ini adalah untuk mendidik kita. Ambillah seberapa banyak ilmu daripada program yang kita adakan ni. Demikianlah antara beberapa amanat Abg Tamin.
Ahli2 SEBC sentiasa mengamalkan budaya "respect to each other". Kami memberikan tumpuan serta mendengar dengan teliti segala taklimat serta memberikan perhatian kepada topik perbincangan. Bagaimanapun sesi akan diselang-seli dengan humor kerana kami memang ada kumpulan tok selampit yang sentiasa memebuatkan orang tak kering gusi.
Setiap peserta dikenakan bayaran RM5 sahaja sebagai satu tanda komitmen terhadap program SEBC. Duit tu kita guna untuk top-up minyak 4X4 yang akan digunakan oleh Rescue Team SEBC. Selebihnya kita akan guna untuk berikan sijil kepada semua peserta. Duit tabung SEBC kita tak usik. Bagaimanapun saya sedih sangat sebab saya tak dapat pergi. Saya nak ke Johor atas urusan peribadi... Untuk makluman juga ada 4 program besar menunggu kita semua pada bulan Febuari ni.
Sepanjang program ni nati kita akan melakukan solat jamak dan qasar apabila tiba waktu solat. Semua ahli SEBC akan dibekalkan dengan nota berkaitan dengan solat jamak dan qasar. Harap dapat bawa kelengkapan yang sepatutnya seperti kain pelikat..
Tiba waktunya untuk kami pulang. Datang bersama, balik pun bersama. Ahli2 SEBC sedang menunggu rakan2 lain untuk pulang ke rumah masing. Pgrm malam ni tamat pada jam 12.30 tgh malam. Biasa le..
Saya lebih senang bergerak di belakang tabir. Saya amat berbangga dengan keupayaan dan pencapaian SEBC kini. Berbaloi sangat dengan penghijrahan ini. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Bukan saja sabut yang timbul tetapi benih yang dicampak ke laut telahpun menjadi pulau. Alhamdulillah, syukur banyak2 kepada Allah.
Sekian untuk kali ini.
Terima kasih
simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
No comments:
Post a Comment