Sunday, January 17, 2010

SEBC TERUS MENDAPAT SAMBUTAN


sebahagian motosikal milik ahli2 SEBC


Taiping Railway Station yang menjadi sejarah


sebahagian ahli menunggu untuk menjamu selera


Mr Teh sign up membership sambil diperhatikan oleh Tn Hj Bakar


Honda Shadow 600 milik Mr Teh

Ahad, 17hb. Januari, 2010- SEBC semakin mendapat tempat di kalangan peminat kelab bermotosikal apabila kita menerima kemasukan seorang lagi ahli baru dari kalangan kaum Tionghua iaitu Mr Teh yang tinggal di Taman Bersatu, Kg Boyan. Beliau bertugas di Penang dan menggunakan motosikal Honda Shadow 600. Kebetulan beliau terserempak dengan sebahagian ahli SEBC yang sedang duduk-duduk minum di Railway Station pada petang Ahad yang lalu. Mungkin sikap baik dan mesra yang ditunjukkan oleh ahli-ahli SEBC menguatkan lagi semangat Mr Teh untuk menyertai SEBC. Sekarang SEBC sudah mempunyai 2 orang ahli dari kalangan masyarakat Tionghua. Dalam minggu lepas sahaja kita telah menerima kemasukan 4 orang ahli baru.
Semoga ahli-ahli SEBC terus bekerja kuat untuk menambahkan keahlian di mana keahlian SEBC sekarang telah melebihi 70 orang. Tahniah sekali lagi dan terima kasih.

simple bike easy ride
"WE ARE BROTHERS-KITA BERSAUDARA"

No comments:

Post a Comment