Sunday, January 17, 2010

PERSONALITI BULAN JANUARI 2010


Zaman ketika bersama SEBC di Rumah Anak-anak Yatim Ummu Sofiah


bersama isteri tersayang pada salah satu program SEBC


aksi Zaman ketika menyampaikan taklimat Marshall pada bulan Disember, 2009


ketika menjawab pertanyaan salah seorang ahli konvoi

SEBC menampilkan Sdra Kamarudzaman B Ahmad Mian sebagai Personaliti Bulan Januari 2010. Beliau membuka tirai bagi ruangan Personaliti Bulanan untuk musim 2010 ini. Lebih dikenali sebagai Zaman atau Man Virago sahaja dan beliau memegang portfolio Ketua Marshall SEBC.
Beliau adalah orang yang bersama-sama dengan saya di dalam dunia kelab bermotor dan orang yang telah banyak membantu saya menubuhkan Kelab SEBC ini. Seorang yang kelakar tetapi tegas terutama ketika mengendalikan konvoi. Memiliki motosikal Virago 535 yang dibeli sejak 3 tahun yang lalu dan beliau telah membawa saya bersama ketika meninjau dan membuat keputusan untuk membeli motosikal tersebut. Beliau adalah orang yang sangat rapat dengan keluarga saya dan kami tinggal berjiran di dalam satu taman perumahan.
Memiliki 4 orang cahaya mata dengan 2 anak kembar. Isteri beliau lebih dikenali sebagai Liza.
Zaman pernah berkonvoi dengan saya sehingga ke Padang Besar. Hubungan akrab kami seperti adik-beradik.
Sekarang ini beliau sedang mengikuti kursus peralihan Angkatan Tentera di Sungai Buloh dan akan tamat pada tahun ini. Seorang yang dedikasi terhadap tugas yang diberi. Walaupun suka bergurau tetapi amat senang membantu orang.
Sekian untuk ruangan kali ini. Terima kasih

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment