Monday, August 31, 2009

PERSONALITI BULAN SEPTEMBER, 2009




Che Mat @ Abg Mat Hussain B Mat Diah

Kali ini penulis ingin memaparkan personaliti terpilih ahli SEBC bagi bulan September, 2009 pula. Orangnya ialah Abg Mat Hussain B Mat Diah atau lebih popular di kalangan kami dengan nama Che Mat saja. Beliau adalah seorang kontraktor dan tinggal di Tmn Sg Mas, Taiping. Orangnya berasal dari Kuala Terengganu dan sudah berkeluarga serta dah menjadi rakyat Taiping. Pada asalnya tak berminat dengan motosikal, tetapi apabila dah join SEBC mulalah pantang sebut perkataan "konvoi".. tengah malam pun jadi. Jentera beliau adalah dari jenis Jaguh 175 berwarna silver. Che Mat ni adalah salah seorang yang banyak membantu SEBC terutama dari segi wang ringgit. Beliau begitu pemurah dan very2 low profile orangnya.. Walaupun loaded tapi orangya tak berlagak langsung dan cukup mudah didampingi. Kerja dia nak beli motor orang yang nak dijual, lepas tu jual kepada mereka yang berminat untuk menjadi ahli SEBC. Kepada sesiapa yang nak berurusan dengan Che Mat terutama berkaitan dengan bidang construction atau apa sahaja bolehlah berhubung terus dengan dia di talian 013-5205879. Beliau adalah pemilik Syarikat Husdah Enterprise.
Sekian untuk personaliti kali ini. Wassalam.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

GOTONG-ROYONG PACKING BARANG

Satu gotong-royong untuk packing barang-barang yang akan diserahkan kepada anak2 yatim Ummu Soffiah akan diadakan pada 3hb. September, 2009 jam 10.00 malam bertempat di Kedai Selera Malam, Jalan Matang. Pada malam tu taukenya Geegoluck sponsor sikit untuk kita dari segi makan minumnya.. Mana-mana ahli yang nak bawa apa2 juadah, silakanlah. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang telah memberikan sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit ataupun berupa benda. Nampaknya ahli2 SEBC ramai yang pemurah. Walaupun SEBC baru setahun jagung usianya tetapi alhamdulillah sumber kewangan dah mula nak mantap dan kita tidak bergantung kepada sesiapa. Semuanya daripada kita sendiri. Walaupun kita ada funder, kita masih belum menggunakannya lagi. Hidup SEBC!!

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

KONVOI PENYERAHAN WANG MAJLIS BERBUKA PUASA DI RUMAH ANAK-ANAK YATIM UMMU SOFFIAH, TRONG

Isnin, 31hb. Ogos, 2009- Pada kira-kira jam 3.00 petang seramai 14 orang ahli SEBC telah berkumpul di Caltex Simpang untuk berkonvoi ke Rumah Anak2 Yatim Ummu Soffiah, Trong bagi menghantar wang majlis berbuka puasa yang akan diadakan pada 4hb. september, 2009 nanti. ahli2 yang turut serta adalah Abg Rahim (Presiden), Che Mat, Abg Tamin, Abg Saad, Paklong & Maklong, Mat Rock & Abby, Atan, Komeng, Geegoluck, Abg Zul, Abg Aziz dan saya sendiri. Kali ni giliran Abg Saad jadi leader konvoi. Yang seronoknya apabila tiba di jalan Trong, ada penunggang lain serta beberapa kereta yang "join" sekali konvoi kerana mereka nampak seronok dengan konvoi SEBC. Aisey... ini baru sikit yang dapat hadir. Kalau ramai lagi tentu lebih meriah. Bayangkan kalau macam biasa ahli2 yang selalu dapat hadir saja menjangkau 18 buah motosikal.. tentu makin seronok
Lepas penyerahan tu kami terus ke KK kerana nak tengok satu motosikal yang hendak dijual. Motosikal Jaguh kuning yang saya displayed dlm blog ni dulu dah terjual dan pembelinya dah registered sebagai ahli SEBC iaitu Cg Munir, pemilik Cagiva kuning tu. Nampaknya koleksi dia semuanya kuning..
Malamnya pulak ada jemputan kenduri kahwin anak angkat Paklong yang berketurunan India. Ada beberapa rakan yang dapat hadir manakala saya tak dapat menyertainya kerana kesuntukan masa. Minta maaflah Paklong ye. Semua program di atas tak dapat disertakan gambarnya kerana kamera saya kehabisan bateri pulak... frust
Sekian, terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program terkejut tergempar di atas

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

SELAMAT BERTEMU KEMBALI

Penulis ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat bertemu kembali kepada semua ahli serta para pengunjung laman blog SEBC ini. Laman blog SEBC telah terhenti selama seminggu lebih kerana penulis berada di Sg Petani bagi meneruskan pengajian penulis di IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Walaupun banyak info dan aktiviti SEBC yang telah diadakan dalam tempoh itu, namun ianya tidak dapat penulis siarkan kerana kesibukan serta kesuntukan masa.
Nampaknya untuk bulan September ini banyak aktiviti yang akan berlangsung dan nampaknya semangat ahli2 SEBC semakin meningkat dan ini terbukti dengan meningkatnya sumbangan kewangan oleh ahli2 kita kepada kelab SEBC. Terima kasih semua...

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Thursday, August 20, 2009

PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK2 YATIM UMMU SOFFIAH, TRONG

Adalah diingatkan kepada semua ahli SEBC bahawa kelab kita akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim di rumah Anak2 Yatim Ummu Soffiah, Jarum Mas, Trong pada 4hb. September, 2009 nanti. Setiap seorang daripada kita dikenakan bayaran RM10. Semua bayaran hendaklah dibuat kepada Bendahari SEBC iaitu Sdra Mohd Fauzi (geegoluck). Bawalah keluarga masing2 pada hari tu.... (yang lebih dpd 2 org, bawa kereta le..)

Tentatif Program:

05.00 petang - berkumpul di pekan Changkat Jering
05.30 petang - bertolak ke Rumah Anak2 Yatim Ummu Soffiah
06.00 petang - Tazkirah Ramadhan
07.00 petang - tahlil dan doa selamat
- berbuka puasa
- solat maghrib berjemaah
- bersurai
* sesiapa yang berminat untuk menyertai program kami sila berhubung dengan:

Abg Rahim (Presiden) 019-5976811
Asrul (SU) 019-5720911
Geegoluck (Bdahari) 012-5098520

terima kasih.
simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

IHYA RAMADHAN AL-MUBARAK

Jumaat, 21hb. Ogos, 2009- SEBC mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua ahli SEBC serta keluarga masing2 dan tidak lupa juga buat para pengunjung laman blog kami ini. Semoga Ramadhan kali ini akan mempertingkatkan lagi iman dan amalan kita bersama. Marilah kita penuhi Ramadhan kali ini dengan amalan berpuasa yang sebenarnya serta marilah kita menghidupkan malam kita dengan solat terawih serta qiamulaill.
Selamat berpuasa dan terima kasih.
simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Tuesday, August 18, 2009

Berehat Seketika Dari Pengendalian Laman Blog SEBC..


Saya ingin memaklumkan kepada semua ahli SEBC serta kepada para pengunjung laman blog ini bahawa saya akan berehat seketika dari menulis di sini bagi menumpukan kepada kelas pengajian saya yang akan bermula pada 21hb. Ogos, 2009 ini sehinggalah 28hb. Ogos, 2009 nanti. Sepanjang tempoh itu saya akan berada di IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, Sg Petani, Kedah Darul Aman. Kalau ada apa2, bolehlah berhubung terus dengan saya. Sekian, terima kasih dan salam hormat.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

SELAMAT HARI LAHIR KE 48

Che Mat kita..

Rabu, 19hb. Ogos, 2009 (Rabu) - Seluruh keluarga SEBC ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke-48" buat Che Mat kita. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan dapat terus bersama-sama membantu kelab SEBC kita ini. Kalau ada nak port untuk celebrate, just calling kwn2 semua n we are happy to do so..
" selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi Che Mat..
selamat hari jadi.."

Semoga Allah merahmatimu selalu- amin.

Terima
kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

HUSDAH ENTERPRISE


Che Mat kita..... sempoi saja orangnya


SEBC ingin mengambil kesempatan di sini untuk mempromosikan syarikat kepunyaan seorang ahli kelab ini iaitu Syarikat Husdah Enterprise kepunyaan En. Mat Husain B Mat Diah atau lebih dikenali sebagai Che Mat. Beliau adalah seorang kontraktor yang sedang meningkat naik dan mempunyai rekod yang baik. Kepada sesiapa yang berminat untuk berurusniaga dengan Che Mat bolehlah menghubungi beliau secara terus sepertimana maklumat yang dipaparkan di atas. Terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Monday, August 17, 2009

KONVOI KE RUMAH ANAK2 YATIM UMMU SOFFIAH, TRONG


ISNIN, 17hb. ogos, 2009- SEBC telah berkunjung ke Rumah Anak2 Yatim Ummu Soffiah, Trong bagi membincangkan program bersempena Ramadhan yang akan diadakan pada 4hb. September, 2009 nanti. Saya, Che Mat, Abg Saad, Geegoluck, Paklong, Abg Tamin, Abg Aziz, dan Mat Rock telah menyertai kunjungan pada petang itu. Kami bertolak pada jam 6.40 petang kerana menunggu Abg Tamin tukar tayar kereta dia dulu. Walaupun hari hujan namun kami redah juga demi kelab. Alhamdulillah segalanya perancangan dan perbincangan dengan pihak pentadbiran RAYUS berjalan lancar. On d way balik kami singgah bersolat maghrib di Masjid Temerlok dan selepas itu terus shoot ke kedai Geegoluck d Matang untuk makan malam dan berbincang seterusnya. yang seronoknya pada kali ni, motor Geegoluck dah siap pasang siren yang ada bunyi polis, bomba dan macam2 lagi.. meriah la konvoi lepas ni.. apapun, kepada semua ahli2 SEBC bersiap sedia nuntuk Program Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim Ummu Soffiah, Terrong yang akan diadakan pada 4hb. September, 2009 nanti. Hari tu kita bawa keluarga dan tinggalkan sementara motosikal kita.. Setiap seorang ahli atau keluarga kelab, kita kutip RM10 sahaja. Kepada rakan2 di luar sana, kalau nak join bersama SEBC silakan, dan boleh berhubung dgn mana2 ahli SEBC. Maaflah yg ni tak ada gambar sebab sy tertinggal kamera di rumah. Kalau tidak tentu syok tengok gambar deretan motor SEBC! Terima Kasih..

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

KENDURI PAK LEH DAN BAIM


Mat Rock n abg Saad di rumah Baim, Matang


Rumah Pak Leh di Kg Air Putih, Simpang


Paklong dok bercerita......


Cg Wan tengah melayan kami makan


Antara keluarga SEBC yang hadir

AHAD, 16hb. Ogos, 2009- Pak Leh telah mengadakan kenduri di rumahnya di Kg Air Putih dan beberapa orang ahli SEBC sempat hadir ke rumah beliau. Oleh kerana cuaca agak mendung pada hari tu, maka Abg Tamin ajak semua ahli yang nak ke kenduri tu bawa kereta saja dan motor tinggal saja kat rumah masing-masing. Apapun, Paklong dgn anak dia bawa motor juga tetapi akhirnya tumpang naik kereta Abg Saad. Seronok rasanya bila dah jadi ahli keluarga SEBC ni. Hari tu Abg Tamin, Pakleh dan Cg Wan ada sesi pemilihan rekrut baru skuad Pertahanan Awam di Wisma Persekutuan Taiping dan mereka hadir kenduri dengan uniform la.. Abg Tamin berpangkat Kapten, Pakleh Leftenan dan Cikgu Wan Leftenan Muda. Kalau masuk kita, jadi prebet saja la... Lepas kenduri Pak Leh kami bergegas ke rumah Baim di Matang pulak. Gambar2 di atas sempat saya rakamkan semasa kenduri tersebut diadakan.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Sunday, August 16, 2009

KONVOI KE SUNGAI BAKAP


me n my wife


Che Mat


Baim


Abg Tamin n Kak Jamaliah


Abg Saad n Kak Teh (Romeo n Juliet)


Abg Saad pening tengok barang..


Antara barang2 yang ada dijual


Baim pun pening tengok barang


Che Mat pun pening tengok barang he he he


Salesgirl..

Sabtu, 15hb. ogos, 2009 (Sabtu)- Selepas program gotong-royng dengan Sekolah Semangat Maju pada sebelah pagi, saya dengan dengan Che Mat, Abg Saad, Abg Tamin serta Baim telah ke Sg Bakap bagi meninjau kedai menjual spare-part terpakai untuk motosikal. Bukan apa, selepas ini bila time saya dah mula masuk kelas saya di Sg Petani, maka rakan2 bolehlah pergi sendiri ke tempat tersebut tanpa perlu menunggu saya. Ramai yg tak dapat join sebab ada yang bekerja dan terlibat dgn persidangan perwakilan bahagian. Gambar di atas sempat saya rakamkan ketika sesi itu berlangsung. yang seronoknya hari itu pulak Baim menyambut harijadinya yang ke -- tahun, jadi, dia belanja kami makan pulak. Baim seronok sangat kerana first time ikut konvoi. Alhamdulillah gang2 SEBC ni ramai yang pemurah. Terima kasih lah.
simple bike easy ride "KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

PROGRAM GOTONG-ROYONG SEKOLAH SEMANGAT MAJU TAIPING-SEBC


Penulis bergambar kenangan berlatarbelakangkan bas SSM


SEBC-SSM (Sekolah Semangat Maju Taiping)


Mr Asia 2009- Adik Helmi


Lepas penat bekerja, duduk makan-makan pulak. Terma kasih Abg Tamin, sponsor pulut



Bangunan bengkel SSM yang baru terletak di Aulong


Apa program pun, motor kena susun dgn kemas..


Cikgu2 ni pun nak try juga mtr jenis easy rider ni..


Munir, kamu kena tukar le motor lain pulak... yg ni adik ni dah chop


Tengah sibuk angkat barang


Bergambar beramai-ramai


Cikgu2 yg ni memang minat dgn motor nampaknya


Apa yang agaknya diperkatakan oleh Che Mat kpd Paklong gamaknya..


Mr Lau dgn Abg Tamin- org kuat SSM


Sedang mendengar ucapan


Bengkel SSM yang dikosongkan


Banyaknya barang yang nak diangkat


Mujur le Che Mat bermurah hati sponsor perkhidmatan lori dia utk gotong-royong ni.. Hidup Che Mat!!


Kami sempat berbincang dengan Mr Lau ttg perancangan seterusnya

Sabtu, 15hb. Ogos, 2009- Satu majlis gotong-royong telah diadakan di Sekolah Semangat Maju Taiping (SSM) dengan Simple Easy Biker's Club (SEBC) bertempat di SSM. SEBC telah memberikan komitmen kepada SSM sebagai satu tanggungjawab sosial kami sebagaimana tujuan kelab ini ditubuhkan iaitu untuk melibatkan diri di dalam kerja-kerja amal. Walaupun tidak ramai ahli SEBC yang dapat hadir kerana ada komitmen lain, namun kehadiran pada hari itu cukup membanggakanj.
Mr Lau selaku Chairman of the Board Director kepada SSM berasa amat germbira dan berbangga dengan kehadiran SEBC dan kami telah disambut dengan penuh meriah oleh guru2, kakitangan serta anak2 murid dan ibubapa pelajar di situ. SEBC telah diterima sebagai "rakan" kepada SSM. Apatah lagi Abg Tamin adalah YDP PIBG di situ, lagilah bertambah kuat ikatan kita.
SSM telah menerima sebuah bangunan baru di Pekan Aulong yang akan dijadikan sebagai bengkel untuk kerja2 tangan. Bengkel yg blama akan dijadikan kelas. Kami merasa amat terharu dengan keadaan murid2 istimewa di situ. Mereka memang berhati mulia dan amat mesra serta menghormati tetamu. kami tidak akan lupa insan2 seperti Saiful, Helmi dan lain2 lagi.
Akhirnya program yang bermula pada pukul 9.00 pagi itu telah berakhir pada jam 12.00 lebih. Walaupun penat tetapi kami berbangga dengan peranan besar yang telah kami sumbangkan kpd masyarakat. SEBC mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat seperti Mr Lau dan keseluruhan warga SSM, Che Mat- kontraktor yg begitu pemurah, Abg Tamin, Abg Rahim Presiden SEBC, Abg Saad, Cikgu Munir, Paklong, Pakleh, Cikgu Wan, Kak Jamaliah, Ju dan lain2 lagi. Semoga perkhidmatan kita akan berterusan lagi insyaAllah. SZekian untuk kali ini.
simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"



Tuesday, August 11, 2009

MARILAH BERMUNAJAT KEPADA ALLAH DALAM MENGHADAPI WABAK INFLUENZA A H1NI


Pihak SEBC ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyeru kepada semua ahli serta para pengunjung laman blog kami ini supaya dapat sama-sama kita bermunajat kepada Allah semoga diri kita, ahli keluarga kita serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya mendapat perlindunganNya daripada terkena wabak yang merbahaya ini. Inilah ujian Allah untuk kita dan saya berpendapat bahawa wabak ini adalah lebih merupakan satu bala yang diturunkan Allah di atas segala kemungkaran yang telah dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini.

Sekiranya ahli2 keluarga SEBC mengalami demam, maka adalah dinasihati supaya jangan berlengah-lengah untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan ataupun swasta. Kurangkan aktiviti yang membabitkan khalayak yang ramai dan adalah lebih baik untuk berada di rumah sahaja. Ikutilah garispanduan kesihatan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa supaya kita semua dapat menghindari wabak tersebut.

Sekian, terima kasih
simple bike easy ride
'KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

Monday, August 10, 2009

MENGENALI AHLI KELUARGA SEBC BULAN OGOS


PERSONALITI BULAN OGOS, 2009.
Seperti yang telah dijanjikan kepada ahli-ahli SEBC, kita akan tampilkan seorang personaliti bagi setiap sebulan sebagai satu cara kita memperkenalkan ahli-ahli keluarga SEBC kepada para pengunjung laman blog SEBC ini.

Bagi bulan Ogos ini personaliti yang terpilih adalah tidak lain dan tidak bukan Abg Rahim kita yang mana beliau adalah merupakan orang nombor satu di dalam SEBC. Nama penuhnya Abdul Rahim B Abu Johan dan baru berumur 40an. Tinggal di Kg Laneh, Padang Rengas. Seorang pesara tentera dan sekarang berkhidmat sepenuh masa dengan Sykt Bumi Hijau (dusun buah dia le..) Beliau adalah seorang yang suka membuat cerita lawak dan seorang yang steady serta kool.. Pemurah bebenor dia nie pasal selalu benor mengajak kami makan buah-buah kat rumah dia sampai kami pun naik segan. Isteri dia namanya kak Zah yang begitu mesra serta peramah. Abg Rahim ni ada 2 buah motor easy rider, satu jaguh dan satu comel. Seorang yang sangat komited kepada SEBC, tengah malam pun sanggup keluar untuk bertemu ahli-ahli. Kalau ada yg nak berkenalan dengan Presiden kami ni.. hubungilah beliau sendiri kot2 kita boleh berbicara tentang kelab kami ni - 0195976811. Sekian untuk kali ini

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"








SUBURLAH KEKITAAN DALAM SEBC




"Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu membuatkan kita ketawa, mengenali seseorang itu mampu membuatkan kita mengalirkan airmata. Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberikan kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.. tetapi sedarlah bahawa sesungguhnya mengenali seseorang itu sebenarnyaadalah "satu anugerah" biarpun hadirnya hanya sekadar seketika, sekadar teman buat sementara.. bersyukurlah dengan kehadirannya kerana dengan melaluinya kita mengenali erti "PERSAHABATAN DAN KEKELUARGAAN".. Mengenali SEBC ikatan menjadi kuat, barisan menjadi rapat, kata menjadi sepakat, jiwa menjadi hebat, persahabatan menjadi akrab, pandangan seiring ma'rifat.. Ya Tuhan kami, kekal peliharalah SEBC dengan penuh berkat- amin" - Mukther Rizam

Sunday, August 9, 2009

TERIMA KASIH SEBC BIKER'S


aksi abg saad, geegoluck dan che mat tentang marshall


lepak dan makan2 di restoran Singgahsana, Trong


ni masing2 masa nak balik dah


abg ad n kak teh


jom balik oii... maghrib dah nak hujung benar ni


kenape kamu potong aku tadi? mane ade, dlm konvoi mane bole potong..


parking betul2 beb... yg kuning ni pun dah mula syok dengan moto easy rider pulak..


ni masa baru sampai kat restoran Singgahsana


ni atan punya hal le ni... parking tak ikut law he he...

SEBC ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih serta syabas kepada semua ahli yang telah menyertai serta menyempurnakan Konvoi Jalur Gemilang Simpang-Lumut anjuran KRT Simpang Barat pada 09hb. Ogos, 2009 (Ahad) yang lepas. Sebanyak 15 buah motosikal dengan 20 penunggang dan pembonceng telah mengambil bahagian. Satu pengalaman baru yang cukup menerujakan!
Saya memohon maaf kerana tidak dapat turut serta di dalam program tersebut memandangkan ada komitmen lain yang perlu diselesaikan. Saya hanya dapat bersama-sama dengan rakan2 ketika mereka berhenti makan di Restoran Singgahsana, Trong. Saya cukup kagum dengan kejayaan SEBC menjalankan konvoi sulung ini. Gambar2 di atas adalah sebahagian daripada detik2 manis yang sempat saya rakamkan. InsyaAllah saya akan upload lebih byk gambar yg dirakamkan oleh kwn2 sepanjang konvoi tersebut. Dengar cerita ada kapcai biker's yang telah mengikuti group SEBC sewaktu perjalanan balik dan terus mendaftar sebagai ahli kelab SEBC. Alhamdulillah, SEBC semakin mendapat perhatian..
Sekian, terima kasih untuk kali ini.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"