Monday, August 17, 2009

KONVOI KE RUMAH ANAK2 YATIM UMMU SOFFIAH, TRONG


ISNIN, 17hb. ogos, 2009- SEBC telah berkunjung ke Rumah Anak2 Yatim Ummu Soffiah, Trong bagi membincangkan program bersempena Ramadhan yang akan diadakan pada 4hb. September, 2009 nanti. Saya, Che Mat, Abg Saad, Geegoluck, Paklong, Abg Tamin, Abg Aziz, dan Mat Rock telah menyertai kunjungan pada petang itu. Kami bertolak pada jam 6.40 petang kerana menunggu Abg Tamin tukar tayar kereta dia dulu. Walaupun hari hujan namun kami redah juga demi kelab. Alhamdulillah segalanya perancangan dan perbincangan dengan pihak pentadbiran RAYUS berjalan lancar. On d way balik kami singgah bersolat maghrib di Masjid Temerlok dan selepas itu terus shoot ke kedai Geegoluck d Matang untuk makan malam dan berbincang seterusnya. yang seronoknya pada kali ni, motor Geegoluck dah siap pasang siren yang ada bunyi polis, bomba dan macam2 lagi.. meriah la konvoi lepas ni.. apapun, kepada semua ahli2 SEBC bersiap sedia nuntuk Program Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim Ummu Soffiah, Terrong yang akan diadakan pada 4hb. September, 2009 nanti. Hari tu kita bawa keluarga dan tinggalkan sementara motosikal kita.. Setiap seorang ahli atau keluarga kelab, kita kutip RM10 sahaja. Kepada rakan2 di luar sana, kalau nak join bersama SEBC silakan, dan boleh berhubung dgn mana2 ahli SEBC. Maaflah yg ni tak ada gambar sebab sy tertinggal kamera di rumah. Kalau tidak tentu syok tengok gambar deretan motor SEBC! Terima Kasih..

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment