Monday, August 31, 2009

PERSONALITI BULAN SEPTEMBER, 2009




Che Mat @ Abg Mat Hussain B Mat Diah

Kali ini penulis ingin memaparkan personaliti terpilih ahli SEBC bagi bulan September, 2009 pula. Orangnya ialah Abg Mat Hussain B Mat Diah atau lebih popular di kalangan kami dengan nama Che Mat saja. Beliau adalah seorang kontraktor dan tinggal di Tmn Sg Mas, Taiping. Orangnya berasal dari Kuala Terengganu dan sudah berkeluarga serta dah menjadi rakyat Taiping. Pada asalnya tak berminat dengan motosikal, tetapi apabila dah join SEBC mulalah pantang sebut perkataan "konvoi".. tengah malam pun jadi. Jentera beliau adalah dari jenis Jaguh 175 berwarna silver. Che Mat ni adalah salah seorang yang banyak membantu SEBC terutama dari segi wang ringgit. Beliau begitu pemurah dan very2 low profile orangnya.. Walaupun loaded tapi orangya tak berlagak langsung dan cukup mudah didampingi. Kerja dia nak beli motor orang yang nak dijual, lepas tu jual kepada mereka yang berminat untuk menjadi ahli SEBC. Kepada sesiapa yang nak berurusan dengan Che Mat terutama berkaitan dengan bidang construction atau apa sahaja bolehlah berhubung terus dengan dia di talian 013-5205879. Beliau adalah pemilik Syarikat Husdah Enterprise.
Sekian untuk personaliti kali ini. Wassalam.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment