Thursday, August 6, 2009

SEBC ADALAH JAMBATAN PERSAHABATAN DAN PERSAUDARAAN


Salam buat semua SEBC Biker's. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih serta penghargaan kepada semua ahli yang telah memberikan komitmen yang tinggi kepada SEBC selama ini. Walaupun usia SEBC terlalu muda tetapi pergerakan serta pencapaian kita adalah amat membanggakan. SEBC kini mula mendapat perhatian daripada individu-individu yang berminat di dalam dunia permotoran. Ada yang telah menyertai SEBC sewaktu SEBC berhenti rehat di lokasi konvoi kerana keterujaan mereka terhadap bilangan ahli SEBC yang berkonvoi pada ketika itu. Terbaru, ada biker yang dengan sendirinya telah "mengejar" serta terus menyertai group SEBC yang sedang berkonvoi kerana mereka terlalu meminati "cara" kita berinteraksi di dalam SEBC. Sekarang ini mereka selalu bersama kita sebagai rakan yang akrab. Alhamdulillah, syukur kerana segala usaha serta penat lelah kita telah mula menunjukkan hasil yang begitu positif. Semalam saya telah didatangi oleh seseorang dan beliau telah menyatakan rasa gembiranya untuk menyertai serta berjanji untuk membawa masuk group kapcai ke dalam SEBC. Alhamdulillah, kita terima dan "kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan". Tiada beza antara kita..
Saya yakin dengan keakraban serta rasa persaudaraan yang terjalin di kalangan kita akan mengukuhkan lagi SEBC. Pupuklah rasa hormat-menghormati serta kasih-mengasihi sesama kita di dalam SEBC. Saya tabik kepada individu-individu tertentu di dalam SEBC yang walaupun mempunyai kedudukan ekonomi yang mantap tetapi masih mampu merendah diri serta begitu menghormati orang lain. Syukur kepada Allah di atas semua ini. HIDUP SEBC!!!
Terima kasih kepada semua.
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment