Isnin, 31hb. Ogos, 2009- Pada kira-kira jam 3.00 petang seramai 14 orang ahli SEBC telah berkumpul di Caltex Simpang untuk berkonvoi ke Rumah Anak2 Yatim Ummu Soffiah, Trong bagi menghantar wang majlis berbuka puasa yang akan diadakan pada 4hb. september, 2009 nanti. ahli2 yang turut serta adalah Abg Rahim (Presiden), Che Mat, Abg Tamin, Abg Saad, Paklong & Maklong, Mat Rock & Abby, Atan, Komeng, Geegoluck, Abg Zul, Abg Aziz dan saya sendiri. Kali ni giliran Abg Saad jadi leader konvoi. Yang seronoknya apabila tiba di jalan Trong, ada penunggang lain serta beberapa kereta yang "join" sekali konvoi kerana mereka nampak seronok dengan konvoi SEBC. Aisey... ini baru sikit yang dapat hadir. Kalau ramai lagi tentu lebih meriah. Bayangkan kalau macam biasa ahli2 yang selalu dapat hadir saja menjangkau 18 buah motosikal.. tentu makin seronok
Lepas penyerahan tu kami terus ke KK kerana nak tengok satu motosikal yang hendak dijual. Motosikal Jaguh kuning yang saya displayed dlm blog ni dulu dah terjual dan pembelinya dah registered sebagai ahli SEBC iaitu Cg Munir, pemilik Cagiva kuning tu. Nampaknya koleksi dia semuanya kuning..
Malamnya pulak ada jemputan kenduri kahwin anak angkat Paklong yang berketurunan India. Ada beberapa rakan yang dapat hadir manakala saya tak dapat menyertainya kerana kesuntukan masa. Minta maaflah Paklong ye. Semua program di atas tak dapat disertakan gambarnya kerana kamera saya kehabisan bateri pulak... frust
Sekian, terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program terkejut tergempar di atas
simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
No comments:
Post a Comment