Monday, August 10, 2009

MENGENALI AHLI KELUARGA SEBC BULAN OGOS


PERSONALITI BULAN OGOS, 2009.
Seperti yang telah dijanjikan kepada ahli-ahli SEBC, kita akan tampilkan seorang personaliti bagi setiap sebulan sebagai satu cara kita memperkenalkan ahli-ahli keluarga SEBC kepada para pengunjung laman blog SEBC ini.

Bagi bulan Ogos ini personaliti yang terpilih adalah tidak lain dan tidak bukan Abg Rahim kita yang mana beliau adalah merupakan orang nombor satu di dalam SEBC. Nama penuhnya Abdul Rahim B Abu Johan dan baru berumur 40an. Tinggal di Kg Laneh, Padang Rengas. Seorang pesara tentera dan sekarang berkhidmat sepenuh masa dengan Sykt Bumi Hijau (dusun buah dia le..) Beliau adalah seorang yang suka membuat cerita lawak dan seorang yang steady serta kool.. Pemurah bebenor dia nie pasal selalu benor mengajak kami makan buah-buah kat rumah dia sampai kami pun naik segan. Isteri dia namanya kak Zah yang begitu mesra serta peramah. Abg Rahim ni ada 2 buah motor easy rider, satu jaguh dan satu comel. Seorang yang sangat komited kepada SEBC, tengah malam pun sanggup keluar untuk bertemu ahli-ahli. Kalau ada yg nak berkenalan dengan Presiden kami ni.. hubungilah beliau sendiri kot2 kita boleh berbicara tentang kelab kami ni - 0195976811. Sekian untuk kali ini

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"








No comments:

Post a Comment