Sunday, August 16, 2009

PROGRAM GOTONG-ROYONG SEKOLAH SEMANGAT MAJU TAIPING-SEBC


Penulis bergambar kenangan berlatarbelakangkan bas SSM


SEBC-SSM (Sekolah Semangat Maju Taiping)


Mr Asia 2009- Adik Helmi


Lepas penat bekerja, duduk makan-makan pulak. Terma kasih Abg Tamin, sponsor pulut



Bangunan bengkel SSM yang baru terletak di Aulong


Apa program pun, motor kena susun dgn kemas..


Cikgu2 ni pun nak try juga mtr jenis easy rider ni..


Munir, kamu kena tukar le motor lain pulak... yg ni adik ni dah chop


Tengah sibuk angkat barang


Bergambar beramai-ramai


Cikgu2 yg ni memang minat dgn motor nampaknya


Apa yang agaknya diperkatakan oleh Che Mat kpd Paklong gamaknya..


Mr Lau dgn Abg Tamin- org kuat SSM


Sedang mendengar ucapan


Bengkel SSM yang dikosongkan


Banyaknya barang yang nak diangkat


Mujur le Che Mat bermurah hati sponsor perkhidmatan lori dia utk gotong-royong ni.. Hidup Che Mat!!


Kami sempat berbincang dengan Mr Lau ttg perancangan seterusnya

Sabtu, 15hb. Ogos, 2009- Satu majlis gotong-royong telah diadakan di Sekolah Semangat Maju Taiping (SSM) dengan Simple Easy Biker's Club (SEBC) bertempat di SSM. SEBC telah memberikan komitmen kepada SSM sebagai satu tanggungjawab sosial kami sebagaimana tujuan kelab ini ditubuhkan iaitu untuk melibatkan diri di dalam kerja-kerja amal. Walaupun tidak ramai ahli SEBC yang dapat hadir kerana ada komitmen lain, namun kehadiran pada hari itu cukup membanggakanj.
Mr Lau selaku Chairman of the Board Director kepada SSM berasa amat germbira dan berbangga dengan kehadiran SEBC dan kami telah disambut dengan penuh meriah oleh guru2, kakitangan serta anak2 murid dan ibubapa pelajar di situ. SEBC telah diterima sebagai "rakan" kepada SSM. Apatah lagi Abg Tamin adalah YDP PIBG di situ, lagilah bertambah kuat ikatan kita.
SSM telah menerima sebuah bangunan baru di Pekan Aulong yang akan dijadikan sebagai bengkel untuk kerja2 tangan. Bengkel yg blama akan dijadikan kelas. Kami merasa amat terharu dengan keadaan murid2 istimewa di situ. Mereka memang berhati mulia dan amat mesra serta menghormati tetamu. kami tidak akan lupa insan2 seperti Saiful, Helmi dan lain2 lagi.
Akhirnya program yang bermula pada pukul 9.00 pagi itu telah berakhir pada jam 12.00 lebih. Walaupun penat tetapi kami berbangga dengan peranan besar yang telah kami sumbangkan kpd masyarakat. SEBC mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat seperti Mr Lau dan keseluruhan warga SSM, Che Mat- kontraktor yg begitu pemurah, Abg Tamin, Abg Rahim Presiden SEBC, Abg Saad, Cikgu Munir, Paklong, Pakleh, Cikgu Wan, Kak Jamaliah, Ju dan lain2 lagi. Semoga perkhidmatan kita akan berterusan lagi insyaAllah. SZekian untuk kali ini.
simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"



No comments:

Post a Comment