Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja dan nescaya Allah Maha Mendengar sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang memanjangkan sujudnya dan memperbanyakkan doa dan zikir di dalamnya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Suasana yang paling hampir di antara seseorang hamba dengan TuhanNya ialah di kala bersujud dan kerana itu perbanyakkanlah berdoa di dalamnya"
Banyak doa yang boleh kita amalkan dan yang paling afdal ialah di sujud akhir solat. Antara doa yang baik ialah:
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermenafaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, HATI YANG BERSIH dan kejayaan yang besar"
Semoga dengan doa itu akan membantu cita-cita kita untuk mencari keredhaan Allah di dunia dan akhirat.
Keistimewaan sujud:
Ahli2 neraka pun beroleh keselamatan lantaran bekas sujud mereka. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli2 neraka yang Dia kehendaki, Dia memerintahkan Malaikat mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka) lalu Allah menegah Neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka keluar dari Neraka, maka setiap tubuh anak-anak Adam akan dimakan api Neraka melainkan bekas-bekas sujud itu"
Demikianlah betapa istimewanya orang-orang yang sentiasa bersujud.
Peliharalah solat dan sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.
Wallahualam
simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
No comments:
Post a Comment