

pegawai JPA3 Cawangan Taiping

Lt (PA) Salleh dan Lt Muda (PA) Razuan

antara peserta yang hadir

makan time

peserta khusyuk mendengar ceramah

Pn Siew menerangkan cara-cara menolong penunggang motosikal yang kemalangan

Mr Peh dan Sdra Radhi dalam demonstrasi CPR

Abg Zul Jelapang dengan aksi memadamkan api

Presiden SEBC, Abg Rahim menyampaikan cenderamata SEBC kepada Tuan Zaki

Tuan Zaki menyampaikan sijil kepada SEBC

bergambar beramai-ramai selepas kursus

gang Penang berlepas pulang
SEBC telah berjaya menganjurkan satu siri Kursus Asas Pertolongan Cemas Bersama Jabatan Pertahanan Awam Cawangan Taiping pada 13 Febuari 2010 yang lalu bertempat di SK Kampung Jambu, 34000 Taiping. Majlis telah bermula pada sekitar jam 08.30 pagi dan berakhir pada jam 01.00 tengahari. Seramai 31 orang ahli SEBC telah hadir ke program tersebut.Kursus tersebut amat menarik sekali dengan input-input yang penting berkaitan dengan aspek pertolongan cemas. Anggota JPA3 dengan diketuai oleh Tuan Mohd Zaki B Shueb, Pen. Peg. JPA3 Cwg Taiping, Kapt (PA) Zartamin, Kapt (PA) Peh, Lt (PA) Salleh, Lt Muda (PA) Razuan, Lt Muda (PA) Siew beserta 3 orang Jurulatih JPA3.
Para pegawai JPA3 Cawangan Taiping memberikan komitmen yang begitu tinggi terhadap program anjuran SEBC ini. Mereka amat bermotivasi tinggi dan tidak lokek dengan ilmu. Paling enjoy ialah pada slot Kapt (PA) Peh yang sentiasa buat joke dan tidak menjemukan.
Akhir sekali pihak SEBC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih khususnya kepada pihak JPA3 Cawangan Taiping dan juga kepada keseluruhan ahli SEBC yang telah hadir. InsyaAllah kita akan anjurkan sekali lagi program ini pada masa-masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
No comments:
Post a Comment