Tuesday, February 9, 2010

SEKITAR PERJUMPAAN KHAS SEBC


parkir motosikal yang sesak


Cikgu Wan memulakan bicara


"Sori Cikgu, saya terlewat" kata Abg Zul Jelapang


"Padat benor aktiviti SEBC ni...." mungkin itu yang melayang di fikiran Abg Khalid Ribu


Abg Mail Tmn Sg Mas sedang meneliti sesuatu tu...


Apa agaknya yang dipeningkan oleh Awang Ayam ni.... projek banyak dan tak dapat turut serta program la tu..


Haaa..... Paklang ni kami punya Pakar Rujuk, jangan sembarangan..


Adik kami Ah Keat membawa 2 kotak limau manis malam tu


Maaf le teman makan dulu ye, teman ni datang beribu-ribu kilometer jauhnya he he..


"Ada apa-apa nak tanya ke?" soal Abg Tamin, Pengerusi Biro Disiplin SEBC


Pak Yob Tmn Sg Mas dengan Che Mat Tmn Sg Mas.. beres.. beres..



inilah penyokong setia SEBC


inilah aksi peserta AF kot..


beautiful moment at the end

SEBC telah mengadakan satu perjumpaan khas pada hari Selasa, 09hb. Febuari, 2010 yang lalu di Warung Angah, Taman Kaya. Ramai yang tidakdapat turun kerana kesibukan tugas masing-masing. Cuma 30 orang sahaja yang dapat melapangkan masa untuk bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain.
Ada beberapa perkara yang telah diperbincangkan dan kesemuanya berkaitan dengan program-program SEBC. Nampaknya jadual aktiviti SEBC memang padat. Secara purata, SEBC telah mengadakan 3 aktiviti bagi setiap bulan. Ini adalah rekod cemerlang SEBC berkat usaha gigih semua ahli.
Pada perjumpaan ini juga beberapa orang ahli telah menyuarakan pendapat dan pandangan masing2 berkaitan dengan beberapa perkara. InsyaAllah SEBC akan memberikan perhatian kepada isu tersebut.
Terimakasih kepada semua yang hadir terutama Bro Faizal da groupnya yang datang dari Penang. Inilah satu pengorbanan untuk Kelab yang tidak dapat kita lupakan. Malam tu kawasan parking warung Angah penuh sesak dengan motosikal ahli2 SEBC. Terima kasih kepada Bro Ah Keat yang telah memnyumbang limau manis untuk santapan kami semua.
Seperti biasa, suasana riang yang menyinari setiap perjumpaan SEBC terus menjadi ingatan.
Terima kasih semua.

Sejuk tengok wajah Paklang Bakar dan Pak Yob yang tak lekang dengan senyuman....
Live SEBC!

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment