Tuesday, February 2, 2010

MAKLUMAN PROGRAM BULAN FEBUARI, 2010


"Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera buat semua ahli keluarga dan rakan2 SEBC yang amat saya hormati. Ingin saya memaklumkan di sini bahawa SEBC akan mengadakan beberapa program lagi bagi bulan Febuari 2010 ini iaitu:

1. Gotong-royong membersihkan kawasan Kampung Jelapang bersama anggota-anggota RELA- 07hb. Febuari, 2010
2. Kursus Asas Pertolongan Cemas Bersama Jabatan Pertahanan Awam Taiping- 13hb. Febuari, 2010
3. Konvoi ke Padang Besar, Perlis (2hari 1 malam)- 26hb. Febuari, 2010

Tuan OCS Balai Simpang telah memaklumkan kepada saya bahawa ada satu lagi program yang menanti SEBC-PDRM dan butiran lanjut akan diketahui setelah pihak SEBC mengadakan mesyuarat dengan Tuan OCS Mat Saad nanti.

SEBC juga akan terlibat dengan konvoi Jabatan Pertahanan Awam dari Taiping-Selama tidak lama lagi.

Kepada semua rakan2 diharap supaya dapat bersedia fizikal dan mental. Bersedialah untuk cabaran seterusnya!!

Semoga Allah memberikan hidayah buat kita dan semoga kita semua diberikan petunjuk ke arah jalan yang lurus lagi benar. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang benar. Saya meminta kepada semua ahli SEBC supaya sentiasa menjaga akhlak dan budi pekerti serta sentiasa redha dengan apa yang telah ditentukan Tuhan. Marilah kita bersikap berlapang dada serta menjauhi sikap riak, bongkak, sombong dan takabbur. Walaupun Kelab kita sedang menuju ke ambang kejayaan, usahlah kita sombong dan marilah kita sama-sama tunduk ke bumi merendah diri. Amin.. Jazakallahu khairon kasiro.."
- Mukther Rizam Bin Ahmad, Timb. Presiden SEBC

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment