Berikut saya ingin memanjangkan 10 wasiat yang berkenaan buat renungan diri saya sendiri, ahli2 SEBC serta seluruh pembaca yang budiman. Semoga ianya menjadi pedoman buat kita semua;
1. Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah untuk bersolat pada waktunya walau bagaimana keadaannya sekalipun.
2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah Zikrullah dan janganlah sama sekali Saudara membuang masa walau sedikitpun dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah.
3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan baik di dalam Bahasa Arab yang betul (Fusha), kerana Bahasa Arab yang betul itu adalah syiar-syiar Islam.
4. Jangan banyak berselisih dalam apa-apa perkara sekalipun kerana perselisihan kosong itu tidak memberikan apa-apa kebaikan sekalipun.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan sentiasa bersungguh-sungguh di dalam setiap perkara.
7. Janganlah saudara bercakap dengan lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar, kerana percakapan yang nyaring begitu adalah satu tabiat yang sia-sia malah menyakitkan hati orang lain.
8. JAUHILAH DARIPADA MENGUMPAT-NGUMPAT PERIBADI ORANG, MENGECAM PERTUBUHAN-PERTUBUHAN LAIN DAN JANGANLAH BERCAKAP MELAINKAN APA-APA YANG BOLEH MEMBERIKAN KEBAJIKAN.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap saudara seaqidah yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara mengenalinya, kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih-sayang dan berkenal-kenalan.
10. Kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu bantulah saudaramu sendiri tentang bagaimana cara-cara untuk menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka segerakanlah perlaksanaannya.
NOTA: Sebaik-baik Muslim adalah yang sebaik-baik akhlaknya. Sebaik-baik pemimpin adalah yang memberikan keputusan dengan benar (haq) dan tidak mengikut hawa nafsunya.
Wallahualam.
Sekian, terima kasih.
simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
No comments:
Post a Comment