
inilah bot kepunyaan Pakyeh

kami berlepas ke laut

laluan yang begitu indah dan berseni

hutan dara paya bakau

saya bersama Abg Aziz Radio

we are brothers

Abg Aziz YB sedang cuba memandu bot.. Ah Keat makan bahulu..

saya bergambar di chalet Kuala Sangga

Chalet Kuala Sangga... boleh tahan

pemandangan di laut lepas

perkampungan nelayan

jeti di gok arang
Kami telah berpeluang menaiki bot kepunyaan Pakyeh dan meronda sekitar Kuala Sepetang hinggalah ke Kuala Sangga pada hari Isnin 15 Febuari yang lalu. Bot Pakyeh boleh tahan besarnya dan saya bersama-sama dengan Pakyeh, Abg Tamin, Cg Wan, Abg Aziz YB, Abg Aziz Radio, Ah Keat beserta 2 orang anak Pakyeh meluangkan masa selama 2 jam di laut. Ramai rakan dari kalangan berbangsa Tionghua yang kami jumpa sedang berpesiaran dengan bot di sana.Sungguh menyeronokkan.. Nampaknya program ini boleh dikomersilkan oleh SEBC. Selepas ini bolehlah kita merancang untuk mengadakan aktiviti memancing pula..
Terima kasih Pakyeh di atas kesudian memberikan peluang keemasan tersebut kepada kami. Terima kasih daun keladi, kalau boleh kita 'boating' lagi... he he
simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
No comments:
Post a Comment