Kepada para pembaca yang melayari laman blog ini mungkin akan menggunakan peluang bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina ini untuk membuat perjalanan jauh pulang ke kampung halaman masing-masing, SEBC mengucapkan selamat memandu dan berhati-hatilah di jalanraya. Rancanglah perjalanan anda dan buatlah penyelenggaraan yang sepatutnya terhadap kenderaan anda. Jangan memandu di dalam keadaan yang gopoh dan keletihan. Bagi penunggang motosikal, anda perlu lebih berhati2 melebihi pemandu kenderaan lain kerana motosikal rodanya dua.... Kalau tidak eksiden pun kita mungkin terjatuh sendiri..
Kepada ahli2 SEBC jangan lupa pada 14 Febuari 1020 (Ahad) ini kita akan berkonvoi ke open house Dato Ong di Jalan Tembusu Assam Kumbang. Beliau menjemput semua ahli Kelab untuk meraikan Tahun Baru Cina di rumahnya.
Akhir sekali Selamat Tahun Baru Cina, terima kasih.
simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
No comments:
Post a Comment