Wednesday, September 2, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA SEBC-SEKOLAH SEMANGAT MAJU TAIPING


Gambar Pusat Gerakan aulong di mana SEBC akan menjalankan kebanyakan aktivitinya. Kelihatan di dalam gambar adalah lori Che Mat semasa kerja-kerja mengangkut barang tempohari.


Satu majlis berbuka puasa ahli-ahli SEBC - staf Sekolah Semangat Maju akan diadakan pada 18hb. September, 2009 / 27 Ramadhan, 1430H (Jumaat) yang akan datang. Majlis ini akan menyusul selepas majlis berbuka puasa SEBC bersama anak-anak yatim Ummu Soffiah, Trong yang insyaAllah akan berlangsung pada 4hb. September, 2009 (Jumaat) ini.
SEBC akan memberikan sedikit sumbangan berupa bantuan kerusi roda kepada pihak Bengkel Sekolah Semangat Maju dan upacara penyerahan akan disempurnakan kepada Mr Lau, Pengerusi Sekolah Semangat Maju, Taiping.
Majlis berbuka puasa dan penyampaian itu nanti akan berlangsung di dewan terbuka, Pusat Gerakan, Aulong yang kini telah menjadi Bengkel Sekolah Semangat Maju, Taiping. Alhamdulillah, walaupun masih baru, kelab SEBC kini telah mempunyai tempat yang selesa untuk melaksanakan aktiviti-aktivitinya kerana SEBC kini adalah rakan kepada Sekolah Semangat Maju, Taiping.
Majlis berbuka puasa pada 18hb. September itu nanti merupakan majlis penutup untuk SEBC bagi bulan Ramadhan kali ini. Selepas program tersebut, SEBC akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya SEBC yang juga akan kita adakan di Pusat Gerakan, Aulong. Nampaknya kebanyakan aktiviti SEBC di Taiping akan diadakan di sini saja lah.
sekian untuk makluman, terima kasih.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment