Tuesday, October 20, 2009

UBAHSUAI MOTOSIKAL JAGUH

SEBC ingin melahirkan rasa bangga dan seronok di atas kecenderungan sebahagian ahli2nya yang begitu ghairah mengubahsuai motosikal Jaguh masing2.
Al-kisahnya banyaklah komponan motosikal jenis lain telah dipasangkan kepada motosikal Jaguh dan ada di antaranya "totally changed".

Mat Rock sekarang dalam proses mengubahsuai enjin motosikalnya dan saya telah melihat sendiri bagaimana foreman muda tersebut melakukannya di rumah beliau. Dari pengamatan saya, foreman ni memang expert dan boleh membaiki motor-motor besar juga. Mat Rock bukan sahaja telah up-grade fizikal motosikal Jaguh beliau tetapi "top-speed" motosikal beliau juga telah meningkat. Orang ada duit...

Paklong juga khabarnya telah mengubahsuai motosikal beliau dan khabarnya motosikal beliau sekarang ni pun dah agak ranggi sikit berbanding dulu. Khabarnya mudguard depan belakang pun dah labuh. Hebat tu Paklong..

Cikgu Razuan pun dah beli side box kiri-kanan dan mudguard labuh depan-belakang. Dia senyap2 saja beli dan sedang menunggu masa yang sesuai untuk memasangnya.

Bendahari kita Geegoluck pun sebenarnya dah order mudguard labuh depan-belakang tetapi sayangnya mudguard tersebut telah 'dikebas' oleh orang lain..

Abang Saad pula tak payah cakap le, memang motor dia ni macam2 yang dia akan pasang. Sebenarnya dia dah buat hanldle berantai sendiri tetapi tak jadi pasang kerana tak boleh nak 'croome'. Abang Saad ni memang kreatif terutama dalam menggunakan bahan2 terbuang.

Saya pula lebih suka kepada keadaan motosikal yang 'original' dan simple2 saja. Motosikal saya hanya untuk kegunaan saya berulang-alik dari Taiping ke kampus saya di Sg Petani bila setiap kali cuti sekolah. Jadilah, ada box untuk bawa laptop dan beg kuliah serta saddle-bag untuk bawa baju hujan dan serba sedikit spanar.

Yang paling saya tabik ialah Che Mat kerana beliau pernah berkata kepada saya iaitu "saya bukan tak boleh pakai motor besar, tetapi saya belum puas pakai Jaguh dan parking kat rumah saya pun tak muat". Inilah prinsip daripada semangat padi, walaupun ekonomi kukuh tetapi langsung tak berlagak dan suka menderma pula.

InsyaAllah, saya akan siarkan gambar2 motosikal ahli yang telah diubahsuai nanti untuk tatapan umum..

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment