Monday, October 5, 2009

OPEN HOUSE SEBC 2009
















AHAD, 4HB OKTOBER, 2009 - SEBC telah mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri 2009 bertempat di rumah Che Mat di Taman Sungai Mas, Taiping. Majlis bermula pada jam 9.00 malam dan telah dihadiri oleh seramai kira-kira 8oo orang tetamu. Alhamdulillah ianya mendapat sambutan yang begitu hangat ditambah lagi dengan kedudukan Che Mat sebagai Pengerusi RT Kawasan Sg Mas.
Walaupun hujan turun namun semua ahli SEBC dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut. Menu yang disediakan ialah laksa, bihun sup, lemang dan juga satay.
Ahli-ahli SEBC telah bergotong-royong menjayakan majlis tersebut dan ianya berbaloi dengan jumlah kehadiran yang begitu membanggakan!
Pihak syarikat MILO telah memberikan minuman secara percuma untuk 700 cawan dan pihak SEBC ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan tersebut.
Pihak SEBC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya kepada Che Mat yang telah bermurah hati menaja Rumah Terbuka SEBC ini. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan dapat sama-sama kita membantu untuk menghidupkan SEBC. Kepada semua ahli yang telah bersusah-payah menolong menjayakan program ini juga diucapkan jutaan terima kasih daun keladi. Kepada para tetamu yang telah sudi hadir ke rumah terbuka kami, kami amat menghargai kehadiran anda semua dan semoga persahabatan kita akan berpanjangan insya Allah.

Sekian, terima kasih

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment