Thursday, October 22, 2009

NETWORKING BARU SEBC DI PUTRA JAYA

SEBC telah mendapat networking baru melalui seorang ahli sebuah kelab motor superbike dari Putrajaya. Beliau adalah adik Zulhashimi yang secara kebetulannya berjumpa dengan group SEBC di majlis tahlil arwah anak saudara Pakleh pada tiga empat hari yang lalu. Secara kebetulan pulak adik Zulhashimi ni memang dah kenal dengan saya dan pernah bersama saya sewaktu beliau berada di Taiping. Beliau juga adalah sahabat kepada adik saya. Sekarang ni beliau telah berhijrah ke Putrajaya dan ada syarikat Tour sendiri.

Beliau berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan SEBC apabila mendapat tahu SEBC banyak buat kerja2 amal. SEBC diminta anjurkan program dan group superbike dari Putrajaya akan turun memberikan sokongan. Ini adalah satu perkembangan yang amat baik. Insyaallah saya dan AJK SEBC akan mengaturkan satu program bersama-sama dengan group ini.

Dalam perbualan tempohari adik Zul mencadangkan supaya saya bertukar kepada CB400 dan beliau ada link untuk mendapatkan motosikal tersebut. Saya memang berminat juga dengan CB400 ni tapi Vulcan VN500 saya ni pun sayang juga. Apatah lagi motosikal saya ni specnya semua yang ori dan bukan diubahsuai. tengoklah macam mana, kalau ada offer harga baik bolehlah saya pertimbangkan juga...

Saya ada tanya dia, bolehkah group superbike nak ikut motor kami? Dia jawab tak ada masalah. Yang penting kita nak berkawan saja.... Inilah jawapan orang yang budiman yang tak pernah membezakan motosikal apa yang orang lain pakai. Betullah macam tu, hidup di atas dunia ni janganlah sombong.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment