Monday, October 12, 2009

BERSANTAI DI PETANG MINGGU


bersedia untuk bergerak


dah nak maghrib ni beb..

Dua gambar di atas berlokasikan Taman Tasik Taiping tempat di mana group SEBC selalu berkumpul sebelum berkonvoi ke mana-mana destinasi


Ahad, 11hb. Oktober, 2009- Beberapa orang ahli keluarga SEBC telah mengambil kesempatan bersantai sambil bersembang2 dengan ahli keluarga SEBC pada petang hari minggu yang lalu. Saya telah dipanggil oleh Abg Aziz YB supaya join sama dengan mereka di Taman Tasik Taiping. Sebetulnya pada petang itu saya dan orang rumah saya sedang sibuk mengemas rumah selepas mengadakan sedikit kenduri untu ahli keluarga SEBC pada sebelah malamnya. Geegoluck pula minta saya bawakan spanar untuk repair motor dia di sana. Apa lagi, selesai saja tugas, saya dan isteri pun bergegas ke lokasi yang dimaklumkan dengan membawa bersama peralatan yang diminta.
Selepas itu kami ke Restoran A Rahman TMC makan roti canai. Selesai solat maghrib di Masjid India, kami menziarahi ibu Pakyeh yang dirawat di TMC. Selesai di situ, saya terus melawat emak Abg Saad yang kurang sihat di Tekah. Alhamdulillah, sempat juga menziarah keluarga SEBC yang kurang sihat walaupun di dalam masa yang agak terhad.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment