Wednesday, October 14, 2009

BILA ALAM MULA BANGKIT

Bila alam mula bangkit
tentang hutan dan pokoknya
semakin hari semakin kurang bilangannya
akibat kegelojohan dan ketamakan manusia
menebang, menggondol penuh haloba

Bila alam mula bangkit
tentang sungai yang semakin tercemar airnya
tentang ikan yang semakin sukar nafasnya
tentang air yang semakin keruh warnanya
akibat kegelojohan dan ketamakan manusia
membuang sisa toksid semahu-mahunya

Bila alam mula bangkit
tentang bukit dan gunung yang mula bosan berdiri
bila lereng-lerengnya asyik dirobek
akibat kegelojohan dan ketamakan manusia

Bila alam mula bangkit
tentang amarahnya ribut, banjir dan gempa
angin tiada penghadangnya
banjir tiada penebingnya
gempa tiada penemboknya
akibat kegelojohan dan ketamakan manusia

Bila alam mula bangkit
manusia juga yang menerima akibatnya
semuanya adalah kerana
akibat kegelojohan dan kedegilan manusia


mukther rizam
taiping
08hb. oktober, 2009

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment