Monday, October 5, 2009

RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI PRESIDEN SEBC




Settings















JUMAAT,2HB OKTOBER, 2009 - Abg Rahim selaku Presiden SEBC telah sudi mengadakan rumah terbukanya di Kg Laneh, Padang Rengas, Perak. Ramai keluarga SEBC yang hadir dan majlis seolah-olah seperti kenduri kahwin pulak.. Majlis telah bermula pada jam 10.00 malam.
Ahli keluarga SEBC mula berkumpul di Caltex Simpang pada jam 9.00 malam. Sebanyak 9 buah kereta dan 10 buah motosikal telah digunakan untuk berkonvoi ke rumah Presiden SEBC.
Kami tiba di rumah Abg Rahim pada lebih kurang jam 10.00 malam dan hidangan telah tersedia. Abg Aziz Radio telah membacakan doa selamat. Menu yang disediakan pula punya la banyak. Hidangan nasi lauk kampung bersama ulam-ulaman ternyata begitu menyelerakan.
Berkesempatan dengan open house itu juga SEBC telah meraikan 5 keluarga yang lahir pada bulan Oktober iaitu Cikgu Razuan, Abg Aziz Radio, Kamal, Liza (isteri Zaman) dan 2 anaknya serta Nur Fasihah (anak saya).
Selepas sambutan itu saya sempat menerangkan serba sedikit tentang program Ekspedisi ke Cameron Highland yang akan berlangsung pada 10hb. Oktober, 2009 yang akan datang ini.
Selepas itu kami pun bersurai. Ternyata hubungan kami seperti sebuah keluarga yang amat rapat.

Sekian, terima kasih

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WEARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment