Monday, October 19, 2009

KONVOI SEBC - PELANCARAN KEMPEN 1 MALAYSIA OLEH UMNO BHG BUKIT GANTANG










gambar2 di atas dapat menceritakan segalanya....

ISNIN, 19hb. Oktober, 2009- Seramai 21 orang ahli SEBC bersama dengan 19 buah motosikal telah diberi penghormatan oleh Umno Bahagian Bukit Gantang untuk mengiringi YB Dato'Hj Sharaani, Exco Kerajaan Neg. Perak bagi melancarkan Program 1 Malaysiadi Dewan Bunga Raya, Changkat Jering. Kumpulan konvoi SEBC telah menunggu di Tol Changkat Jering pada jam 7.50 malam dan YB Dato' Hj Shaarani telah tiba pada jam 08.15 malam. Konvoi SEBC telah mengiringi beliau sehinggalah ke dewan berkenaan.
Alhamdulillah, pasukan konvoi telah menerima ucapan penghargaan daripada YB Dato' Hj Shaarani sendiri sewaktu beliau bersalam-salaman dengan kami sebaik tiba di dewan. Sdra Kamaruddin B Abu Bakar (Naib Ketua Umno Bhg Bt Gantang) juga merakamkan jutaan terima kasih dan amat berpuashati dengan komitmen SEBC. Alhamdulillah inilah konvoi sulung kami mengiringi VVIP dan pihak SEBC telah menerima tempahan konvoi untuk beberapa majlis yang akan datang.
Majlis pelancaran i Malaysia itu telah berlangsung dalam suasana penuh gilang-gemilang. Selepas menjamu selera kami telah berkunjung ke majlis tahlil arwah anak saudara Pakleh di Kg Air Puteh. Setiba di sana, tahlil sedang bemula dan kami menyertainya sehingga selesai.
Akhirnya setelah selesai, kami bergerak ke kedai Geegoluck untuk minum2. Minuman ditaja oleh Geegoluck. Thank's Bro! Ini semua Bro punya jasa beb... Berkat kegigihan dan ketabahan SEBC akhirnya telah membuahkan hasil.

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment