SEBC ingin memaklumkan beberapa perkara penting berkaitan dengan program yang tersebut di atas kepada para ahli:
Program : Ekspedisi Bermotosikal SEBC Taiping - Cameron Highlands
Tarikh : 10hb. Oktober, 2009 (Sabtu)
Jumlah peserta : dijangka 30 orang
Jumlah motosikal : 16 buah
Jumlah kereta : 3 buah
Tentatif Program :
07.00 am - semua peserta group Taiping & Bagan Serai berkumpul di Tol Changkat Jering
07.30 am - bergerak ke R&R Sg Perak
07.50 am - tiba di R&R Sg Perak dan disambut oleh group Padang Rengas
- mengisi minyak
- taklimat konvoi
- ucapan Presiden SEBC
- bacaan doa
08.30 am - bertolak ke Simpang Pulai
- final checking motosikal
08.45 am - bergerak ke Cameron Highlands
09.45 am - dijangka tiba di pertengahan perjalanan Simpang Pulai - Cameron
- berhenti rehat
- checking motosikal
10.15 - meneruskan perjalanan ke Ringlet
- berhenti rehat / wash room
10.20 am - meneruskan perjalanan ke stesen Petronas Brinchang
11.20 am - dijangka tiba di stesen minyak Petronas Brinchang
- isi minyak
- checking motosikal
- rehat 11.50 am
- menuju ke Tanah Rata
12.30 th - dijangka tiba di Tanah Rata
- aktiviti bebas
01.30 th - menuju ke masjid untuk solat jamak & qasar (zohor & asar)
- makan tengahari
- rehat
02.15 pm- bergerak ke Kea Farm
- membeli sayur-sayuran
03.15 pm - bergerak turun ke Simpang Pulai
04.45 pm - dijangka tiba di check point Simpang Pulai
- rehat / wash room
05.00 pm - bergerak ke Taiping
06.10 pm - dijangka tiba di rumah Timb. Presiden di 966, Lrg &, Tmn Panglima Jaya, Assam Kumbang bagi jamuan ringan - soto - ucapan penutup oleh Presiden SEBC
- bersurai * perubahan masa adalah tertakluk kepada keadaan
Penting:
1. Semua SEBC Bikers diminta menyelenggara jentera masing2 2. Semua peraturan semasa taklimat konvoi pada 08hb. Okt. 2009 hendaklah dipatuhi 3. Semua perserta bermotosikal diwajibkan memakai vest keselamatan 4. Semua peserta diminta membawa baju hujan 5. SEBC akan menyediakan 2 buah pacuan 4 roda milik Che Mat dan Pakyeh sebagai Rescue Team 6. Sila dapatkan rehat secukupnya sebelum hari ekspedisi dijalankan
Nota: SEBC menganjurkan ekspedisi ini adalah untuk menyemai semangat kekitaan dan kekeluargaan serta menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan. Kita beriadah kerana Allah dan semoga ekspedisi kita mendapat perlindungan dan beroleh keberkatanNya jua, insya Allah
Sekian untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan seterusnya, terima kasih.
Hidup SEBC!
simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
No comments:
Post a Comment