group Taiping dan Padang Rengas bergabung di Hentian R&R Sg. Perak
semangat berpasukan- membantu motosikal Abg Dollah yang pancit
bersarapan di Simpang Pulai
tiba di lokasi pertama- Green View Garden
parkir motosikal di Green View Garden
sedap mata memandang
Abg Aziz YB sempat berposing
tiba di Tanah Rata
Presiden memeriksa motosikalnya yang rosak
Sdra Kamal & isterinya yang pemurah
Hallo Brother! we are here...
lihatlah kami bagai sebuah keluarga..
kumpulan murid2 ponteng sekolah agama he he he..
selesai solat
selesai solat dan kita boleh meneruskan aktiviti lain
Masjid Abu Bakar, Tanah Rata
mengisi minyak di Brinchang sebelum berlepas balik
bertemu group vespa dari Kati di Kea Farm
shopping sayur
tiba di Spg Pulai untuk minum petang
memecut sampai tersangkut di atas 4X4 he he..
ahli2 sedang memilih makanan
warung di Spg Pulai
berhenti di Kuala Kangsar menunggu group Taiping tiba sewaktu balik
Sdra Man Driving School ucap tahniah di atas kejayaan konvoi
Sdra Zaman Ketua Marshall SEBC menyambut kami di KK
Paklong pun bersemangat menyambut ketibaan konvoi
Geegoluck Bendahari SEBC tersengih menyambut kami
menjamu selera di rumah Timb. Presiden SEBC di Taman Panglima Jaya
Sabtu, 10hb. Oktober, 2009 (Sabtu) - Seramai 20 orang ahli keluarga SEBC bersama dengan 11 buah motosikal serta 2 buah kereta telah berjaya menyempurnakan ekspedisi bermotosikal dari Taiping ke Cameron Highlands sebagaimana yang dirancangkan. Alhamdulillah inilah ekspedisi sulung SEBC dan ianya akan dijadikan acara tahunan selepas ini.Konvoi mula berkumpul di tol Changkat Jering seawal jam 7.00 pagi. Semasa saya melepasi Sekolah Kebangsaan Changkat Jering, saya telah terserempak dengan Sdra Nasrul (SU SEBC) yang tercegat di tepi jalan sambil memberikan isyarat kepada saya. Rupanya motosikal dia kehabisan minyak. Nasib baik saya ada simpan sebotol minyak spare dalam saddle bag saya. Inilah akibat jika motosikal kita tiada meter minyak dan penunggangnya main belasah je..
Tepat jam 7.30 pagi kami berlepas ke Hentian Rehat & Rawat Sg Perak dan group Pdg Rengas yang diketuai oleh Abg Rahim sedia menunggu di sana. Selesai isi minyak, SEBC mengadakan taklimat ringkas dan juga bacaan doa selamat. Selepas itu kami mula berlepas ke Spg Pulai pada jam 8.30 pagi. Baru 5 minit perjalanan, tayar depan motosikal Abg Dollah telah pancit. Nasib baik SEBC menyediakan 4X4 untuk rescue. Apa lagi, motosikal Abg Dollah diangkat ke atas 4X4 dan dihantar ke kedai motosikal di Jalan Sg Siput. Di sinilah semangat setiakawan dan semangat berpasukan teruji. Lebihkurang jam 9.00 pagi segalanya selesai dan kami berlepas ke Tol Spg Pulai di mana Sdra Kamal dan keluarganya menunggu di sana kerana beliau terlepas dari group konvoi ketika bersarapan di warung berhadapan Balai Bomba & Penyelamat Spg Pulai untuk lebihkurang 30 minit sebelum meneruskan semula perjalanan. Terima kasih kepada Abg Thamin yang belanja saya makan pada pagi tu.
Selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan mendaki bukit ke Cameron Highlands menyusuri pemandangan yang maha indah. Ahli2 SEBC yang baru pertama kali menyertai konvoi seperti ini merasakan pengalaman yang begitu menyeronokkan.
Kami tiba di Green View Garden pada jam 11.15 pagi dan ahli2 SEBC mengambil kesempatan untuk ke wash room serta berehat sambil memeriksa motosikal serta membetulkan urat2 yang dah terasa kurang selesa. Cuaca sejuk membantu merehatkan kami di sini. Selepas itu kami meneruskan perjalanan tepat pada jam 11.50 pagi menuju ke Tanah Rata. Setiba di Brinchang, motosikal Abg Rahim Presiden pula rosak akibat bosch tayar hadapan pecah. Apa lagi, motosikalnya diangkat ke atas 4X4 yang sedia menunggu. Akhirnya kami selamat tiba di tanah Rata pada jam 12.15 tengahari. Kami menghabiskan masa 90 minit di situ. Sdra Kamal dan isterinya membawa juadah untuk makan tengahari dan terima kasih di atas kemurahan hati beliau sekeluarga belanja kami makan tengahari. Memang sedap masakan isteri beliau.
Jam 1.35 thari kami menuju ke Masjid Abu Bakar yang terletak di atas bukit Tanah Rata untuk menunaikan solat jamak-qasar Zohor dan Asar. Kami menghabiskan masa 40 minit di situ. Tepat ajam 2.10 petang, konvoi bergerak ke stesen minyak Petronas Brinchang untuk mengisi minyak dan kemudian menuju ke Kea Farm untuk membeli-belah sayur-sayuran. Sampai di sana saya sempat berkenal-kenalan dengan lan dari group Vespa, Kati, Kuala Kangsar. Kami sempat bertukar-tukar no telefon dan akan adakan aktiviti bersama dengan kelab ini.
Tepat jam 3.40 kami mula bergerak turun ke bawah dan sepanjang perjalanan kami gagal menenmui kedai motosikal dan motosikal Abg Rahim kekal berada di atas 4X4 Pakyeh.
Lebihkurang jam 5.15 kami tiba di Spg Pulai dan berhenti minum di warung di hadapan Balai Bomba & Penyelamat Spg Pulai. kali ni kami minum di warung lain pula. Selepas itu kami berlepas ke exit Kuala Kangsar di mana Geegoluck, Zaman, Paklong dan Man Driving School menyambut kami. Inilah semangat setiakawan yang sejati! Mereka dapat merasakan betapa seronoknya ekspedisi kami. Selepas itu kami terus bergerak ke rumah saya untuk menikmatu jamuan ringan menu selatan iaitu soto. Ahli2 yang tidak menyertai konvoi terus ke rumah saya untuk bersama-sama dengan kami termasuklah Shahidan dan Hj Ady (ahli baru SEBC).
Alhamdulillah kami berjaya dengan ekspedisi ini dan paling membanggakan ialah SEBC berdiri dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan pihak2 lain. SEBC mampu mengendalikan program sendiri tanpa menumpang program orang lain. Ini semua adalah berkat kerjasama dan semangat bersatu padu ahli2 keluarga SEBC. Di pertengahan perjalanan, saya dapat menarik seorang ahli baru yang berminat dengan kumpulan kami dan beliau adalah Hj Khairul yang sempat berkenal-kenalan dengan kami di Sg Perak.
SEBC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga SEBC serta mereka yang bermurah hati memberikan sumbangan wang ringgit sebagai tambahan kepada ekspedisi ini khususnya kepada Bain dan juga Che Mat. InsyaAllah selepas ini kita akan ke Padang Besar pula sebagai memberikan peluang kepada rakan2 kita yang tidak dapat ke Cameron Highlands
tempohari.
Komen beberapa peserta konvoi:
Abg Rahim (Presiden):
"Saya rasa seronok sangat dengan konvoi sulung SEBC ni walaupun saya agak terkilan kerana motosikal saya rosak semasa menghampiri Brinchang. Saya hanya dapat memerhatikan saja keseronakan kawan2 menunggang motosikal. Apapun terima kasih di atas semangat setia kawan ahli2 SEBC"
Abg Tamin:
"Inilah kali pertama saya dengan Kak Jamaliah berkonvoi menggunakan motosikal ke Cameron Highland. Saya sangat-sangat happy dengan aktiviti ni. Lain kali kita datang lagi. Kita semua ada semangat setiakawan dan kekeluargaan kita amat rapat! tahniah semua!!"
Che Mat:
"Saya syok betul! Lepas ni kita konvoi lagi jauh pulak dan saya bagi 4X4 saya untuk 2nd Rescue Team. Kita punya semangat setiakawan memang tinggi. Disiplin kita pun tinggi. Tahniahlah!"
Abg Aziz YB:
"Saya harap kita dapat buat lagi ekspedisi macam ni. Kita ada semangat bekerjasama serta berpasukan yang mantap. Konvoi kita pulak ada disiplin, bila time solat kita berhenti solat. Tu yang syok tu.. tahniah semua!!"
Abg Saad:
"Saya rasa kelainan dengan konvoi SEBC ni berbanding dengan konvoi kelab terdahulu. Kita memang ada semangat setiakawan dan kita tak tinggal kawan2 yang sedang dalam kesusahan"
Kak Jamaliah:
"Akak rasa seronok sangat dengan kelab ni. Kita macam adik beradik. Di samping berkonvoi kita tak lupa suruhan agama. Semoga kita berkekalan macam ni.."
Mat Rock:
"Konvoi dengan motosikal lagi syok berbanding dengan konvoi keretal. Kita kena mai sekali lagi ni. Ajak kawan2 ramaikan lagi ekspedisi macam ni. Memang syok la pehh...."
Geegoluck:
"Aku mewakili kawan2 yang tak dapat pegi nak melahirkan rasa sedih yang amat sangat kerana tak dapat join group. Tapi atas semangat setiakawan, kami 4 orang datang ke Kuala Kangsar sambut konvoi dan aku nak ucapkan BRAVO kepada kawan2"
Itulah sebahagian daripada komen kawan2 yang dapat saya paparkan.
Sekian, terima kasih
simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"
No comments:
Post a Comment