Sunday, October 25, 2009

BERSANTAI DI PETANG AHAD















AHAD, 25hb. Oktober, 2009- Seramai lebihkurang 60 orang ahli keluarga SEBC telah berkumpul di kedai Geegoluck kerana SEBC mengadakan program bersantai sambil minum petang. Menunya mudah sahaja iaitu kerang bakar, ikan bakar, sotong bakar dan juga ada sedikit nasi minyak yang disumbang oleh Kak Mah kerana bernazar di atas kejayaan anaknya mendapat kerja sebagai Akauntan di Putrajaya. Air minumannya juga simple iaitu air anggur. Kehadiran di luar jangkaan dan makanan memang licin sehingga geegoluck terpaksa mengeluarkan stok ikan sembilang bagi menggantikan ikan keli yang begitu laris.

Sebelum makan, Abg Aziz Radio mengepalai bacaan tahlil dan doa kesyukuran untuk majlis tersebut.

Pakyeh pula telah menempah set karaoke pulak untuk ahli2 yang gian nak menyanyi secara suka-suka. Apa lagi... macam2 bakat la yang boleh dilihat!./ Pitching lari ka tak lari ka semua ada. Herman Tino, Jamal Abdillah dan artis 60'an boleh menangis kalau tengok artis2 SEBC ni menyanyi.. he he

Itulah kekuatan dan kelebihan SEBC setakaat hari ini. Sebut saja terus jadi kerana komitmen yang tinggi ahli2nya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Bro Faizal (Ketua Zon Penang) yang sanggup bersusah-payah turun bersama anak isteri. Terima kasih juga kepada Bro Zaman yang hadir juga walauapun terpaksa balik ke KL semula pada malam itu. Terima kasihlah semua.

Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan majlis santai ini khususnya buat Bro Geegoluck yang begitu bermurah hati, Kak Mah dan suami, Pakyeh serta semua individu yang terlibat memberikan sumbangan ikhlas. Semoga Allah memurahkan rezeki kalian semua..

Apa yang seronoknya majlis begitu meriah sehinggalah ke jam 12.00 malam dan majlis tersebut sebenarnya telahpun bermula sejak sebelum jam 05.00 petang lagi

simple bike easy ride
"KITA BERSAUDARA-WE ARE BROTHERS"

No comments:

Post a Comment